Berbalik Pada Hati

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Daun pandan dihiris halus
Direnjis wangian untuk hantaran
Didiklah hati moga tulus
In sha Allah menjadi kesukaan

Tepak sirih adat merisik
Gadis sunti tertunduk malu
Jagalah muslimah suara yang gemersik
Kerana itu salah satu auratmu

Anak teruna menyulam kasih
Menghalalkan hubungan yang telah terjalin
Bukan sekadar halal malahan mesti bersih
Barulah suci darah daging ditubuh badan

Minyak atar semerbak harum
Memakai haruman itu sunnah
Tidak salah berasa kagum
Kagumlah dengan kejadian ciptaan Allah

Buah tembikai diukir cantik
Hiasan utama dimeja pengantin
Jangan dikesali rupa yang tidak cantik
Kerana cukup bagi Allah apa yang dalaman

Belalang dan katak melompat lompat
Di balik lalang tumbuh meliar
Lunaskan tugas mana yang sempat
Jangan dituduh suka mengular




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam kak! wah pantun! mcm lama dah tak baca akak pantun

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam Yana..alahai..hihihihi..dah kurang sikit la Yana.. :)

      Padam
  2. Nanti je.cik akak.balas pantun..hahaha...otak tak berfungsi nie..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama