31 January 2016

Janji Allah..

10:30 PM 2
Janji Allah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for janji Allah
Google Image

JANJI ALLAH ||"Saya susah awak tolong..awak susah saya tolong..kalau kita sama sama susah harap pada pertolongan Allah".."kita belajar sama-sama..makan sama-sama..tidur sama-sama..eh tidur tidak boleh haram dosa..kan bukan muhrim..tunggu saya dan awak jadi yang halal ya"..hihi..alih alih masing masih kahwin dengan orang lain..haaa kan..itulah contoh janji-janji manis daripada mulutmu gitu..

Berat..kalau dihalusi..berat sebenarnya berjanji..berat daripada sudut hukumnya kerana mungkiri janji boleh munafik..munafik yang jelas..Allahu..astarghfirullahalazim..moga kita terhindar daripada begitu..tapi percayalah dengan janji Allah..janji yang pasti..janji yang tidak pernah didustai..

A001
Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata,
A002
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
A003
Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
A004
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
A005
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
A006
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
A007
Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
A008
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Jangan pernah raguiNYA...buang rasa sangsi..PC ingatkan juga pada diri sendiri...kerana terkadang kesali diri sendiri..banyak sangat menyoal sedangkan jawapannya telah ada..









Berbaki Sebelas

4:00 PM 2
Berbaki Sebelas
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for wallpaper number eleven
Google Image

BERBAKI SEBELAS ||Syukur atas segenap nikmat..alhamdulillah..selamat petang ukhuwah..memandangkan esok merupakan hari wilayah dan tidak bekerja bagi warga wilayah persekutuan pasti ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung..atau pun sekadar menghabiskan masa yang ada santai mesra di rumah masing-masing..atau memenuhi undangan majlis-majlis tertentu..jaga diri,jaga kesihatan,jaga semua..

Hari ini hari terakhir dibulan Januari..ada berbaki sebelas bulan lagi di tahun 2016 ini..dan berapa hari untuk kita..hanya Allah yang lebih mengetahui..jalanilah kehidupan dengan meminimumkan yang negatif..sebaliknya maksimumkan yang positif..in sha Allah..andai kita  bersyukur pasti berganda setiap perkara baik itu..amin..sesungguhnya kufur nikmat itu akan menyempitkan pintu-pintu reeki kita secara tidak langsung mengurangkan seri di wajah kita...

Berubah Bila Ada Peluang

1:00 PM 0
Berubah Bila Ada Peluang
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google Image

BERUBAH BILA ADA PELUANG ||Ada yang berusaha untuk berubah namun adakala ajal terlebih dahulu menyapa..tidak kurang yang berusaha untuk berubah namun terkandas ditengah jalan kerana keliru dengan banyaknya simpang..dan ada juga yang berubah terus kekal dalam perubahan kebaikkan itu serta sentiasa melalui proses pembelajaran untuk mencari redhaNYA..

Peluang andai dimanfaatkan pastinya membuahkan hasil..perubah andai kerana Allah pasti lebih terasa nikmatnya hidup di dunia untuk mencari akhirat...

Boleh!!

8:30 AM 3
Boleh!!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for wallpaper rainbow hd heart
Google Image

Cuba 'PELANGIKAN' hati kita tatkala diselaputi gelita jiwa..moga itu dapat mentarbiah kita tentang redha..percayalah ianya SUKAR..sebab itu mengapa Allah meninggikan darjat bagi orang-orang yang bersabar dan redha..
-Perdu Cinta-

30 January 2016

Siapa Kita Untuk Menidakkan

9:00 PM 3
Siapa Kita Untuk Menidakkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SIAPA KITA UNTUK MENIDAKKAN || Subhanallah..Allahuakbar..Alhamdulillah..moga malam ini dan malam-malam mendatang memberi ketenangan pada kita semua..itu harapan kita..itu apa yang kita inginkan..jangan lupa kehendak Allah..

A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
A083
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Surah Yassin
Ayat 82 dan 83

Sangat jelas..betul dan jelas Al Quran itu di dalammya terkandung semua jawapan pada setiap persoalan manusia yang sentiasa mencari lemah dan nampak kurangnya sesama insan di sana sini..cuba membongkar dan cuba memperlekeh kuasanya Allah SWT..nuzubillahiminzaliq..pastinya bukan sia-sia Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW..untuk kita jadikan panduan..in sha Allah..

Selamat malam indah semua ~,0

Melangkahlah Walau Hanya Setapak

5:00 PM 2
Melangkahlah Walau Hanya Setapak
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Google Quotes

MELANGKAHLAH WALAU HANYA SETAPAK || Hendak mencapai satu-satu kejayaan tidak mudah tapi bukan susah..hendak kecundang pun bukan mustahil tapi kalau kita bersiap sedia sedari awal tidak mudah goyah..in sha Allah..minta pertolongan Allah kemudian baru minta pertolongan sesama manusia...

Kehebatan ayam pada tajinya..hinggakan ada pepatah "tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia tiada siapa pun yang tahu"..tambah sikit..tuahnya kita hanya ada dalam perancangan Allah sedari kita dalam rahim si ibu lagi..dan bila kita berjaya lakukan sesuatu yang dirasakan mustahil pada pandangan orang lain..kemudian disokong dengan usaha du,a dan tawakkal yang berterusan...amin...Allah yang Maha Hebat memberi kita sedikit nikmat rasa hebat itu..Allah Ya Razzaq yang tidak pernah kedekut..siapa usaha lebih akan dapat lebih..dan sebaliknya..

Allahu..terasa kerdilnya diri..Allahu terasa lemahnya iman..Allahu terasa macam-macam rasa..itu kita hamba..buat sesuatu yang baik kerana Allah..kebaikkan itu akan kembal i kepada kita juga..tidak di dunia..pastinya di akhirat kelak..




Kompang Menjadi Buruan

1:00 PM 1
Kompang Menjadi Buruan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KOMPANG MENJADI BURUAN || Rasa-rasanya la kan...semua orang tahu dan kenal kompang..kalau di tanya dengan anak-anak atau adik-adik kenal tak kompang..haruslah mereka kenal dan pastinya berkait rapat dengan pengantin..*orang kawin gitu katanya..hihihi*..dulu la..sekarang dah universal fungsi kompang ni..cikgu sekolah nak bersara pun diiring dengan kompang..nangis-nangis juga..dengar kompang goyang gerudi juga kepala tu..hihihi..tak gitu..lagu janam..janam kot..haaaa..ok jom kita selidik sikit sejarah si kompang ni ya..

Image result for wallpaper kompang
Google Image
Merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang yang lazimnya berukuran lilit 16 inci. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, kulit lembu, kerbau atau getah sintetik.
Untuk menegangkan permukaan kompang seurat rotan(sedak) atau gelung plastik akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu pada kompang tersebut..tujuannya untuk menghasilkan bunyi yang kuat..
Ada dua bahagian kompang..belulang iaitu muka(kulit) dan baluh iaitu bahagian badan(kayu).Asal usul kompang adalah dari negara Arab.
Diharap kompang tidak pupus kerana ianya salah satu alat muzik tradisional..ada nilai yang tersendiri..

Moga Diterima Segala Du'a

8:30 AM 1
Moga Diterima Segala Du'a
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Biarlah PAHALA kita melebihi debuan dan pepasir..dan biarkan DOSA kita seperti buih dilautan..banyak tetapi terhapus dimamah gelombang..amin..-Perdu Cinta-

29 January 2016

Solat Jumaat DAN Solat Sunnatnya

9:00 PM 2
 Solat Jumaat DAN Solat Sunnatnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Daripada Ibn Umar RA, Bahawa Nabi Muhammad SAW tidak akan bersembahyang setelah selesai SEMBAHYANG JUMAAT sehinggalah balik ke rumahnya, kemudian Baginda sembahyang sunat dua rakaat di rumahnya.
(Hadith Riwayat Muslim)
SOLAT JUMAAT DAN SOLAT SUNNATNYA || Alhamdulillah dan tahniah kepada kaum adam yang menunaikan solat Jumaat hari ini...ha bukan main berseri seri ya..bagus-bagus..kepada yang tidak menunaikan solat Jumaat pastikan ada sebab yang betul betul kukuh mengapa tidak berdating tadi..ahaa..

Sudah menunaikan solat Jumaat..tidak perlu lagi dah menunaikan solat zuhur..ini bagi kaum adam yang menunaikan solat Jumaatlah..yang tidak tu..faham-faham ya..ya..ok..apa kata dah balik ke rumah..tunaikan pula solat sunnat rawatib sama ada dua rakaat atau pun empat rakaat..tapi mesti ingat dalam pada kita bersungguh melakukan amalan amalan yang disunnatkan jangan sampai merosakkan amalan amalan wajib biarpun amalan sunnat yang kita buat itu sunnat muakad yang sangat sangat dituntut oleh Rasulullah SAW.

Tiada istilah terlambat...selagi hidup,proses pembelajaran akan berterusan..in sha Allah..mungkin hari ini kita terlepas..moga hari hari mendatang kita masih berkesempatan..amin..

Lemau La Pulak

5:00 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Kredit

LEMAU LA PULAK ||Sebut saja lemau mesti ingat makanan saja yang lemau...macam keropok dah lemau..liat..kalau kita ni lemau maknanya malas..letih..lesu..wah aura negatif mula merasuk ni..syoh.....syooohhhh...pergilah kau wahai lemau..hihi..*dah macam halau tupai yang sedang berdating atas pokok rambutan..belanja awek makan buah rambutan ya..*

Kalau lemau pada perkara sia-sia tidak mengapa..tapi elakkanlah daripada rasa lemau pada perkara yang ringan tapi berat hukumnya..waktu-waktu lemau ini macam macam akan terlintas di benak dan minda kita..cepat cepat tepis..tidak kisahlah walau sumbang kuda kudanya..*perumpamaan ok..*

Ada masa-masanya seolah terlebih tenaga..kadang ada juga macam bateri kosong peratus..itulah kita manusia..tidak kiralah sesiapa pun sebenarnya..yang penting dalam waktu bertenaga atau lemah..sihat atau sakit..ingat Allah sentiasa.. 

Hari Penuh Keberkatan

12:00 PM 9
Hari Penuh Keberkatan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 image

HARI PENUH KEBERKATAN || Syukur atas setiap nikmat..alhamdulillah..kerana kita dipilih dan terpilih untuk bertemu lagi penghulu segala hari yang di panggil Saidul Aiyam..peluang ini mungkin yang terakhir..kita tidak pernah tahu punkan..hargai setiap apa yang Allah pinjamkan kepada kita sebaiknya..

Jadikan setiap Jumaat permulaan baru..moga kita sentiasa dipermudahkan pada setiap langkah mendekatiNYA..amin..

Jangan Asyik Buat Tidak Tahu

9:00 AM 16
Jangan Asyik Buat Tidak Tahu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu selagi mana kita tidak berusaha untuk ambil tahu dan memandang berat pada satu-satu perkara
-Perdu Cinta-

28 January 2016

Semakin Sayang..Semakin Diuji

11:10 PM 5
Semakin Sayang..Semakin Diuji
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google Quotes

SEMAKIN SAYANG SEMAKIN DIUJI || Hadiah..kata kata pujian..itu antara tanda-tanda sayang yang ditunjukkan sesama insan..tapi Allah akan memberi ujian bila DIA mahu memberi satu kebaikkan dan kasih sayang kepada hambanya..kenapa??..supaya kita semakin mendekatinya..sentiasa merayu meminta pertolongan daripadaNYA..hanya kepadaNYA..

Ujian >> kita sabar >> Allah beri ganjaran pahala..
Ujian >>  daripada manusia >> kadang-kadang ada yang hilang nyawa..putus kepala..jari 20 tinggal 5..jauh beza cara Allah mentarbiah hati kita..sebab itu mengapa Allah itu wajar ditempat pertama..


Janganlah Asyik Serong

4:00 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

JANGANLAH ASYIK SERONG ||Pernah dengar tak mak mak kita ke atau mak cik mak cik kita kadang tu dia pesan..ha potong serong wajik..baru lah cantik..terutama waktu kenduri kendaralah..kan bila dah berkumpul..di dapur pastinya kecoh..begitu begini..maklumlah ramai orang banyak ragam dan ideanya..walau kadang ke laut pendapat yang di beri..hahahaha..apa yang potong serong wajik..kuih la lazimnya..tapi tidak semualah kuih sesuai dipotong serong wajik..jadi sebelum potong tanya dulu sebelum telinga kita digunting  dengan gunting buat potong lada kering..

Adat yang baik jarang dibiarkan lapuk dek hujan lekang dek panas biasanya..seni..sedap mata memandang..lapang hati..tak gitu..tapi bila ada sahaja silap pastinya akan timbul pandangan serong..kalau dulu dari telinga ke telinga...mulut ke mulut..*tanga dan pinti jadi portnya*..tapi sekarang lebih advance..mata >> mulut >> share..kadang telinga pun macam telah kebas untuk menerima penjelasan..kenapa??..banyak sangat basa basi..(berdolak dalihnya)..perlu juga di ingat..tidak semua yang kita lihat itu btul..yang kita dengar ittu benar..yang kita sampaikan itu tepat..kerana kita manusia sering terdedah untuk lakukan kesilapan..

 image

Serba Serbi Pantas

1:00 PM 10
Serba Serbi Pantas
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SERBA SERBI PANTAS ||Dahulu...

Berjalan kaki itu juga pantas..tapi rupanya kayuhan basikal itu lebih pantas..
menunggang motosikal 10 minit..lebih pantas..kemudian kereta..lebih pantas tapi walau lebih bermodal..yang diharapkan lebih pantas..tapi hati kita tetap girang..dan tenang..kerana biasa-biasa itu pegangan..

SERBA SERBI PANTAS ||Kini dan sekarang...
LRT,,komuter,,monorel,,dan seangkatan dengannya..juga pantas..
Kapal terbang,,kapal laut mewah,,baik kepunyaan syarikat atau miik peribadi..juga utamakan yang pantas..itulah ciri utamanya..siapa yang pilih pantas..ya kita..
Siapa pantas dia berjaya..siapa pantas dia hebat..siapa pantas dialah juara..
Bukan zaman termenung di atas tangga..kerana semua serba pantas..

SERBA SERBI PANTAS || Terkadang Buat Kita Terlupa
Tiada salah mengejar kepantasan..
Tidal silap menjadi yang pertama setiap pertandingan..tapi jangan sampai diabaikan sesuatu yang penting dan berharga dalam kita berada dalam situasi serba serbi pantas ini..




Begitu Berharga

9:00 AM 4
Begitu Berharga
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google Image

Belilah kepercayaan jangan jual kehormatan kerana maruah begitu berharga-Perdu Cinta-

27 January 2016

Jadilah Kuat

11:00 PM 1
Jadilah Kuat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

JADILAH KUAT || Sejak kebelakangan ini rasanya sedari awal tahun 2016 ini pelbagai viral yang keluar...seolah tidak menunjukkan tanda tanda bakal berakhir atau tamat...viral yang baik...pahalanya dikecapi juga...jika viral sebaliknya terpulanglah atas kewarasan nikmat akal yang dipinjamkan...siapa PC untuk menelah...Allah sentiasa melihat..terbaru Rashid mengambil alih perhatian..kali ini Rashid bawa aura positif..moga kita jadilah individu yang kuat...in sha Allah masyarakat dan negara juga akan teguh..pada kebaikkan dan ketulusan yang telus..

******^^^^^^^^********^^^^^^^^********^^^^^^^^********^^^^^^^^******

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ، وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ ، اِحْـرِصْ عَـلَـى مَا يَـنْـفَـعُـكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَـعْجَـزْ ، وَإِنْ أَصَابَكَ شَـيْءٌ فَـلَا تَقُلْ: لَوْ أَنِـّيْ فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَـذَا ، وَلَـكِنْ قُلْ: قَـدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَـفْـتَـحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allah, dan Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki, kerana ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.
(Hadis riwayat Muslim) 

******^^^^^^^^********^^^^^^^^********^^^^^^^^********^^^^^^^^******
Kekuatan bukan untuk menindas...bukan untuk mengambil kesempatan...tetapi kekuatan itu untuk saling dan sentiasa melindungi...kadangkala kita tidak perlu pun kekuatan fizikal kerana kekuatan dalaman juga boleh membuat kita kelihatah gagah..in sha Allah....

Usah Dilongkangkan Mulut Yang Comel

4:30 PM 10
Usah Dilongkangkan Mulut Yang Comel
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

USAH DILONGKANGKAN MULUT YANG COMEL || Sebut perkataan dan bercakaplah perkara yang baik-baik kerana ianya menjadi du'a yang indah-indah..

SEGMEN 1 : PERMATABIRU - JOM FOLLOW BLOG SAYA

4:26 PM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

image
sini..sini..

Jom kita join..simple..tapi boleh membantu ramai blogger..bantu apa??..bantu tambah ukhuwah..

Tarikh akhir : 29/1/2016

Wednesday Wordless || Bergabung Meletop

12:28 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

WEDNESDAY WORDLESS || BERGABUNG MELETOP..hihi..sekarang alhamdulillah walau pun cuaca panas tapi Allah sertakan juga tiupan angin...hangat >> nyaman...bergegar sliding door dik..macam menggigil gitu..test power..kadang kita perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan sesuatu..moden >> kreativiti ilham dari Allah..gunalah akal sebaiknya..cubalah..try and error kekdahnya..

Teguhkan Pendirian

9:00 AM 7
Teguhkan Pendirian
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Jadilah seteguhnya benteng supaya mampu melindungi..Jangan menjadi tebing pasir yang kian musnah dipukul ombak..-Perdu Cinta-

26 January 2016

Amalkan Sunnah Kekasih Allah

9:30 PM 6
Amalkan Sunnah Kekasih Allah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Daripada Huzaifah RA katanya, Nabi SAW apabila Baginda bangun daripada tidur maka Baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

AMALKAN SUNNAH KEKASIH ALLAH || Perbuatan dan percakapan Rasulullah itu sunnah..bila tengok anak anak kecik nangis meraung sampai jiran sebelah pun datang..hihi..alahai sayang..alangkah moleknya kalau mereka boleh faham bahawa amalan memberus gigi itu sunnah..tapi dah nama pun budak-budak..di paksa lakukan perkara yang mereka tidak suka..haruslah menangis..jangan kata budak orang dewasa pun kalau di paksa boleh meroyan..berangin satu badan..tak gitu..bersyukurlah wahai ibu bapa yang anaknya suka gosok gigi..hihihi..
 
Biarpun kita tidak pernah melihat baginda..moga melaksanakan sunnah baginda akan mendekatkan kita kepadanya..amin.. 
 

Sebab Blog Berhantu

4:30 PM 8
Sebab Blog Berhantu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google Image

SEBAB BLOG BERHANTU ||Blog menjadi salah satu medium untuk blogger menambah kenalan..mendapat input dan berkongsi output..sepenuh masa,separuh masa atau sekadar suka-suka itu tertakluk pada pilihan blogger itu sendiri..dan tidak dinafikan ada yang berjaya menjana pendapatan dan menjadi "seseorang" melalui blog dengan izin Allah SWT..alhamdulillah tahniah...yang baik kita contohi..yang biasa-biasa bukan anda tidak berjaya..no..tapi yakin rezeki orang lain-lain..pasti bersebab mengapa Allah atur begitu..

Followers yang berpuluh ribu..silap silap beratus ribu...pageview yang mencecah puluhan juta..tidak ke membuntang mata,membintang dan bersalji kepala kita....tengok macan mudahkan..tapi kita tidak tahu betapa basah ketiak mereka berusaha...sakit otak mereka memerah idea..sengal bahu menaip entry..orang lain tidur mereka berjaga meluah idea untuk dikongsi bersama..tahajut menjadi sahabat..dhuha menjadi kawan..

Kalau tertanya-tanya kenapa dan sebab blog dia boleh berhantu...ini pendapat PC..

>>tajuk yang memerangkap jiwa..image yang dikongsi memikat mata,,

>>entry yang diberi memikat hati..terkesan!..makan dalam..walau pun simple tapi padat....haa..dan selit selit la dengan lawak-lawak sopan dan manja..

>>fon entry yang dipilih dan saiznya sangat penting...mudah difahami dan dilihat..

>>bahasa yang sedap untuk disebut dan sesuai untuk semua peringkat usia untuk membaca dan menyebutnya..tak adalah bila sebut terasa sesak di dada..dahsyat tu..

>>sedap mata memandang..kemas segenap sudut..mainan warna..psikologi juga sebenarnya..dari mata turun ke hatikan..tak gitu..

>>semua dah lengkap..dah cun melecun..yang ni walau terakhir tapi sangat laa penting...loading blog kita...bukan ada mesra seo sahaja malahan mesti mesra pengunjung sebab penggerak utama adalah sahabat sahabat yang rajin nak klik url blog kita..mereka sangat bermakna...sedihnya kalau belum pun sempat tajuk entry keluar dah klik "x"...sebu rasa perut...huhuhuhuhuhu..

Bukan mudah nak buat orang gila bayang pada blog kita..jatuh cinta pada hasil entry kita dan rasa tertarik-tarik untuk singgah baca tinggal komen di blog kita...BUKAN mudah..tapi berkat usaha boleh..minta dengan Allah..TERIMA KASIH luangkan masa baca SEBAB BLOG BERHANTU...





MenDEWASA

12:00 PM 14
MenDEWASA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google Image

MENDEWASA ||Syukur atas segenap nikmat..alhamdulillah..sedar atau tidak masa yang berlalu itu membawa 1001 kisah..meninggalkan 1001 pengajaran..cuma kita,adakah kita mengambil iktibar pada setiap apa yang berlaku sama ada pada diri sendiri atau orang lain..kita terus menjadi dewasa dengan usia yang dipinjamkan..syukurlah..

Masalah..pengalaman..teguran dan nasihat serta motivasi juga ilmu itulah yang mengiringi kedewasaan kita..bila kita berasakan pantasnya waktu berlalu itu bermakna kita sedang usahakan sesuatu..kerana setiap detik waktu yang dimanfaatkan ia lebih cepar dirasakan berlalu...cubalah..hakikatnya itu cumalah perasaan kerana waktu akan berganjak mengikut putarannya..sama ada kita bertindak atau terus ketinggalan..

Dewasalah dengan tidak menyisihkan nikmat Allah..tidak menolak apa yang disyariatkan..
Belajarlah dewasa dengan kerendahan hati..moga kita mendewasakan iktikad kita pada DIA yang satu..