14 December 2015

Rasa-rasa Jiwa..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 

Hari Isnin mula bekerja
Ada juga sudah bekerja semalam
Mulakan tugas dengan hati gembira
Jangan dihiasi dengan wajah yang muram

Typing error itu biasa
Backspace itu sentiasa
Ketawa ketawa juga
Jangan dilengah kerja yang ada

Ikan cencaru di masak kari
Campur dua biji kentag dibelah belah
Walau khusyuk lunas kerja dimeja sendiri
Sekali sekala tegurlah kawan sebelah

Hujung minggu pergi berkelah
Sambil memancing Sungai Kelah
Bila dimarah jangan gelabah
Maniskan muka dan bertabahlah

Orang kanan ada peranan
Sebelah kiri jangan disisihkan
Dua dua sentiasa diperlukan
Untuk merialisasikan rancangan

Ada panggil epok epok
Ada menggelarnya karipap
Ada beza ke tidak
Matlamatnya untuk dingap
hihi..

**begitulah kehidupan ini..pasakkan matlamat..bina usaha..untuk mencapai satu satu matlamat terkadang memerlukan banyak cara untuk menggapainya*

10 comments:

  1. salam kak selalu senyum baca seloka akak, anugerah tuhan buat akak ni

    ReplyDelete
  2. huuu! cerianya..cantik..sajak pun mantap bagus berhikmah

    ReplyDelete
  3. TKK ada infor untuk yang dibenarkan sahaja. Ialah hak blogger tak dapat nak cakap apa2.

    ReplyDelete
  4. saya sentiasa berfikiran positif tak boleh amalkan salah sangka..
    Terima kasih PC ya selalu datang ke laman Etuza. Tak ada dosa sebenarnya saling berkunjung..malah dapat ilmu yang ada.

    ReplyDelete
  5. Hari ini hari selasa,
    Esok pula rabu menanti,
    Jalankan tanggungjawab dengan bijaksana,
    Agar rezeki sentiasa diberkati.

    Tuai padi antara masa,
    Esok jangan layu-layuan,
    Kerja terbengkalai jangan leka,
    Tanggungjawab bersama sesama teman.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..