28 December 2015

Panas Enjin..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Pagi pagi sarapan roti
Sambil sarapan menonton televisyen
Eh sudah hari Isnin ni
Jangan tension 

Ibu berlembut ayah bertegas
Bukan tidak sayang tapi terlalu kasih
Selamat menjalankan tugas
Moga kita sentiasa gigih

Pagi petang makan pengat
Pengat pisang bersama sagu rendang
Hari hari suntiklah semangat
Agar diri sentiasa menang

Girangnya hati pulang ke kampung
Melepas rindu dengan insan tersayang
Tunggu PC datang bertandang
Boleh kita kembali bersembang

Serang bukan sembarang serang
Bukan serang bawa parang
Tapi serang terang terang
Tunggu PC datang

5 comments:

  1. Berpantun hari isnin ye PC..
    Tengah tunggu PC datang menyembang lah ni :)

    ReplyDelete
  2. Cik akak lawa memikat hati...
    Entri pc penuh bermakna...
    Tak hilang komen entri..
    Kerana isu yang dibahaskan sungguh bermakna..

    Pengat durian berbau wangi...
    Di makan bersama kuih baulu...
    Sekali cik akak terjah komen nak komen lagi...
    Hingga pc baca dah naik jemu....

    Hahaha

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..