09 December 2015

Laluan Itu..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for langit mendung
Google Image


Perit.Pedih.Sakit.Bisa.
Laluan itu yang bakal kita semua lalui.
Siapa dulu.Kita dulu.Dia dulu.Mereka dulu.
Ini bukan pertandingan tapi ini suratan.Hakikat kenyataan.

Laluan itu.Kita tidak tahu.Malahan tiada sesiapa pun tahu.
Magisnya diakhirnya pada detik terakhir ianya dibayangkan bukan untuk kita tapi empunya jasad yang kian mendingin.Rahsia dia dan DIA.Bakal juga jadi rahsia kita dan DIA.Sayangnya dia tidak boleh membicarakannya.Tidak boleh mengkhabarkan kepada kita semua.Rahsia keputusan ujian sepanjang kehidupan di dunia.

Kadangkala kita sudah berasakan berlikunya laluan itu di dunia.
Pernahkah kita terfikir bagaimana laluan itu di sana untuk kita.Luruskah.Berliku likunya tetap sama atau lebih dahsyat lagi.SubhanAllah.Persoalannya bersediakah PC dan kita untuk kehidupan selepas kematian.




6 comments:

  1. Hakikat kenyataan, dunia selepas mati tiada siapa yg tahu.. bersedia kah kita dgn bekalan? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita terus tingkatkan amalan..muhasabah diri sedayanya..hai Pa'e..

      Delete
  2. Hanya Allah yang tahu ketentuan kita. Kita sebagai hamba, berusahalah untuk menghadapi hari itu.

    ReplyDelete
  3. :'( Bekalan pun belum bersedia, mcm mana nanti nyawa dicabut secara tidak sedar ye:(

    ReplyDelete
  4. bekalan belum cukup lagi. mati itu pasti.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..