31 December 2015

Cubaan..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Google image

Hari ini hari Khamis
Khamis terakhir di bulan Disember
Banyak kenangan pahit dan manis
Biarpun payah berlagaklah slumber

Bangun tidur awal pagi
Belum gosok gigi sudah menjamah tapai
Amalkan sikap berdedikasi
In sha Allah matlamat pasti tercapai

Perap ayam bersama rempah dan garam
Bawang dicincang didedah jangan
Hidup mesti ada azam
Moga tidak dibelenggu angan-angan

Hendak utus surat mesti ada alamat
Silap alamat salah tempat
Cubalah tentukan satu matlamat
Itu asas mahu selamat

Balik kampung lalu highway
Kawasan rehat dan rawat berhenti singgah
Rajin-rajinlah sertai segmen atau giveaway
Salah satu kaedah menambah ukhuwah

11 comments:

  1. Wahh berpantun. Hehehe. Selamat Tahun Baru

    ReplyDelete
  2. RnR musimcuti ni selalu penoh sesak org ye mak PC ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wak...nak parking kereta pun susah wak...

      Delete
  3. Selamat tahun baru akak! Moga tahun 2016 bakal menjadi tahun yg lebih baik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baharu 2016 Ana...moga terus success dunia dan seterusnya di akhirat juga..

      Delete
  4. Assalamualaikum, singgah ptg di sini, dan selamat tahun baru pada semua.. ;)

    ReplyDelete
  5. wah berpantun di hari khamis yg indah ni. sebut pasal tapai, teringin la nk mkn tapai. hmmmm..suka tapai yg dah basah, berair, masam manis...letak dlm peti ais...aaaaa! nak buat sendiri tp x reti

    selamat tahun baru PD...

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru 2016.. betul tu, kena tetapkan matlamat hidup..

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini PC...selamat tahun baru 2016...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..