15 December 2015

Cakap Memang Senang..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

membebel
Google Image

Syukur atas limpahan nikmat..alhamdulillah.
Bulu mata yang halus dan kening juga nikmat.
Lidah yang boleh menutur kata dan merasa itu juga nikmat.
Setiap hari bercakap pot pet pot pet juga nikmat.Ada yang jadi pening bila tidak becakap satu hari..dapat bercakap dengan pokok bunga pun boleh normal semula moodnya..hahahaha..parah..parah..

PC selalu dengar orang cakap berangan itu percuma..betul..tiada had hendak berangan..bukan macam kuota internet prepaid..tengah tengah syok komen entry kawan sekali siput menyerang..tangggg macam dihempap empat tan buah durian rasanya..sabar..sabar..dugaan..Senang sebut tidak bermakna mudah untuk melaksanakannya..tidak percaya??Kalau ditanya kepada 10 orang kawan kita..bila mati hendak masuk syurga atau neraka?PC yakin semua pilih hendak masuk syurga..*kalau ada yang cakap nak masuk neraka tu..tarik dia ke tepi..tanya elok elok..dia tahu tak neraka itu apa?!?

Kalau kita rasa dunia ini syurga kita silap besar
Bila kita rasa dunia ini neraka kita salah sangat..Sebab syurga atau neraka itu di akhirat..
Dunia??Ibarat kita ada seekar kebun.Tanam pokok buah buahan.Tidak semua pokok itu hidup dan pokok yang hidup itu tidak semua mengeluarkan hasil yang berkualiti..yang berkualiti mahal harganya dieksport ke luar negara..yang kurang berkualiti dijual longgok..yang busuk..ketanah semula..maka nak ke syurga mesti kena ada kualiti..
Serah semua kepada Allah.Yakin sentiasa dengan Allah.Ujian sentiasa mencemburui kita.Rahmat Allah itu tiket ke syurga sebenarnya.Gemilangkan ibadah kita.Amalan itu menarik Allah agar sentiasa memandang kita.

6 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..