01 November 2015

Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 


Bangun pagi pergi sekolah
Jalan pantas takut terlewat
Jangan mulut mudah meluah
Yang pahit itulah ubat

Susah dan sakit itu ujian
Tanda kasih Allah pada hamba
Jangan mudah buat keputusan
Kemudian hati menyesal tidak berguna

Diumpat dikeji dicaci
Mainan kehidupan
Tutup telinga cekalkan hati
Suntik semangat pandang hadapan 

Masam masin manis pahit
Bukan sekadar lidah dapat merasa
Biarpun terasa tersepit
Anggap itu mendidik jiwa

13 comments:

  1. Salam singgah hujung minggu PC...yang pahit itu kadang menjadi ubat yang berkesan kan PC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...setuju...kena hati2..dan fikir sebelum bertindak :)

      Delete
  2. Sentiasa positif dan cuba buang segala perkara negatif dalam diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin....kit boleh dengan syarat usaha..in sha Allah :)

      Delete
  3. Pahit2 pun berkhasiat selalunya...

    ReplyDelete
  4. Sepahit-pahit peria...peria itu lebih khasiat...bergitu juga dgn kehidupan...yang pahit lah menjadikan kita lebih dewasa dan matang dari setiap sudut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju cik akak...dalam kehidupan...tidak sepanjangnya pahitkan..hujungnya in sha Allah ada kemanisannya..amin.. :)

      Delete
  5. yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..