03 November 2015

Sabar Dahulu..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 

Mendung di langit tanda nak hujan
Sediakan payung bersungguh sungguh
Air ditempayan jangan terus dicurahkan
Takut matahari selit menyinggah

Kesesakkan lalu lintas itu lumrah
Biar pun lorong kian bertambah
Tidak semua perkara mampu diubah 
Biar pun usia kian bertambah

Ibu arnab sakit perut
Cirit birit sepanjang hari
Tidak semua kata harus diturut
Kelak takut merosak diri

Lintah jantan pacat betina
Hisap darah hingga kenyang
Jangan asyik suka menduga
Terkena diri sendiri jangan terasa bengang

5 comments:

  1. singgah petang ke perdu cinta
    membaca seloka pelbagai ragam
    hujan disini sehingga senja
    semoga dingin sampai ke malam

    boleh tak tuu PC hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyyyyyy...alhamdulillah kak ana......terbaiklah...

      Pergi kedai beli garam
      Lenggang lenggok sopan santun
      Rupanya ada bakat terpendam
      Kak ana pun pandai berpantun
      :) :)

      Delete
  2. Aiza tak pandai berpantun.. Sekadar membaca.. Pantun bukan sebarang pantun.. Penuh dengan mesej dan peringatan berguna..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..