15 November 2015

Luar Biasa,,Edisi Terhad,,

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google 

Bila sebut Burung Merak terbayang keindahan corak dan warna pada setiap pelepah bulu ditubuhnya.Cantik.Menarik.Tertarik.
Dek keindahan itu kisah yang diriwayatkan zaman ribena jauh benar bezanya.Bila watak dengan penampilan tidak sama jauh sekali serupa.

Kecantikkan menjadikan dia bongkak dan sombong. Itulah kisah yang acap kali didengar.Corak pada setiap inci bulu pelepahnya juga menjadi sumber inspirasi pereka pereka fesyen dalam mengolah idea.Seandainya burung merak tahu tidak ke lebih angkuh dia..hehe..silap silap minta royalti..

Biarkan kisah keangkuhan bernoktah.Kecantikan semula jadi bukti kekuasaan Allah..Allah yang mencipta dengan penuh kesempurnaan.Alhamdulillah.Indah pada pandangan mata..moga menjadi edisi terhad.Bila diterjemah pada manusia..lazimnya yang cantik itu sombong,yang bijak itu angkuh,yang kaya itu bongkak.Ada tetapi bukan semua.Jangan menjadi nila yang setitik merosak susu sebelanga..Tidak kurang yang lawa paras rupa cantik akhlaknya..mewah hartanya pemurah hatinya..pintar akalnya luhur tuturnya.

17 comments:

  1. bila sebut merak kayangan KG ingat lagu p ramlee
    hehehe

    ReplyDelete
  2. kata ustaz poyo tu, "kalo dpt calon isteri/suami, tak lawa tak chomey takper, leh tutup lampu," harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...amboi wak..gelap ye wak tak nampak..biarpun dalam gelap tidak cantik asal akhlaknya comel letklah di mana pun in sha Allah ok..

      Delete
  3. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Semua orang itu cantik, don't worry. Tapi, tak semua cantik dalamannya. Padahal, tu yang paling penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkadang tidak cantik luar tapi cantik dalam..ada juga cantik luar dan cantik dalam..besederhana dalam segenap kecantikkan iu lebih cantik..

      Delete
  4. Rupa cantik tapi akhlak hancur maka hilanglah kecantikan tu.. semoga kecantikan luaran dan dalaman seiringan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sebolehnya seimbangkan..jangan kecantikkan luaran itu membawa kerosakkan pada hati..

      Delete
  5. Hati kena jaga, cantik tak salah yang salah kita ni, dah la pinjam dari Allah nak sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ingat selalu..mesti pesan selalu pada diri..kita ada yang punya..

      Delete
  6. Zaman sekarang orang lebih mencari cantik luaran..nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..in sya Allah moga cantik juga yang dalam :)

      Delete
  7. Tidak semuanya begitu..
    Kecantukan yang dicari, akhlaknya serta budi pekerti. :)

    ReplyDelete
  8. cantik si merak kan..keajiban Dia yang ciptakan untuk kita lihat betapa besar nya kuasaNya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..