13 November 2015

Ketulusan Di Hati..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google

Syukur atas setiap nikmat daripada ILAHI
Hujung tahun lumrahnya musim tengkujuh..hujan mungkain separuh hari..atau juga sepanjang hari..bukan hari hari lain tidak hujan tetapi skala hujan yang turun pada hujung hujung tahu berbeza sekali.Berhati hati pada setiap tindakkan.Jaga keselamatan diri dan ahli keluarga.Berpesana pesan sentiasa satu sama lain.

Membantu daripada HATI.pastinya tidak mengenal rasa jemu atau berputus asa..ya itu hebatnya hati yang lurus kerana PENCIPTA..putihnya kerana kejar syurga..Insya Allah.Amin.Tahap suka itu berbeza.Kadar rasa cinta tidak sama.Rasa kasih sayang juga bergantung pada jiwa empunya jasad.Sempadan?pastinya kehidupan perlu sempada agar kita tidak terlajak tingkah,tidak lupa asalnya kita..asalnya tanah..ke tanah juga hujungnya..

Kasih sayang dan simpati itu pengikat.Manusia dan alam.Manusia dan haiwan.
Ada yang gemar bercucuk tanam.Tumbuhan untuk sumber makanan atau sekadar tumbuhan untuk santapan mata dan ketenangan jiwa..pokok hiasan.Tidak kurang yang gemar memelihara haiwan sebagai haiwan kesayangan..baik jenis reptilia,mamalia,serangga..mangsa..pemangsa..dan lazimnya kucing menjadi pilihan.
Keluarga PC di kampung juga pelihara kucing.Kelahiran-Kematian di depan mata.Tidak kurang menghilang entah ke mana..Tapi pasti akan ada yang datang mengganti yang juga tidak tahu asalnya dari mana.Rezeki.

Sayang bukan hanya ketika sihat lincah dan gebu mulusnya dia.Tapi kasih juga ketika sakit lesu dan comotnya dia.Setulus hati PC mengagumi Muslimah Solehah Ini
Kak PC doakan agar Allah permudahkan setiap laluan yang adik lalui untuk terus berbakti

  

14 comments:

  1. Allhamdulillah... x apa la musim hujan ke panas ke.... janji kita selalu syukur kan sis... apa yg Dia tentukan adalah terbaik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...betul..setiap apa yang Allah beri kita syukuri..sebaik baik perancangkan Allah..

      Delete
  2. Biar pun...itu adalh rezeki..sebab kebarangkalian..akan munculnya pelangi yang indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik akak..pelangi yang mendamaikan..

      Delete
  3. Harap hujan tahun ni tak ada banjir teruk..amin

    ReplyDelete
  4. Semoga hujan yang rurun membawa rahmat..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kann dik, hujan rahmat dariNya.. Mungkin ada yang lebih memerlukan cuaca hujan setelah kita melalui cuaca panas dan jerebu tempoh hari.. Pokok bunga rose akak suka hujan, kembang x sudah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...hujan yang turuh penuh dengah rahmat..sebab ada sesetengah kata ketika hujan sunat untuk berdoa..langit terbuka luas..wah..mesti harum kak..bila ros mengembang..syukur alhamdulillah..

      Delete
  7. Hujan adalah satu rahmat dariNya...kadang kita takut bila hujan tapi kadang kita memohon kepadaNya agar hujan di turunkan bila kemaruk...Jadi kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang telah di berikan..setiap kejadian pasti ada hikmatnya..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..