26 November 2015

Jangan Dihitamkan..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 


Syukur atas setiap rezeki yang Allah kurniakan..
Sedikit.Banyak.Jauh.Dekat.Apa adanya.

Bila ungkapan in sha Allah itu dilafaz bukan kerana tidak yakin tapi terlalu yakin kebergantungan pada Allah SWT.

Bila setiap pujian itu dimula dengan subhanAllah bukan tidak menghargai insan atau setiap kejadian tapi terlebih dulu memuji PENCIPTAnya.

Jangan menghitamkan apa yang putih mengikut kehendak sendiri.
Selera berbeza.Pendapat tidak sama.Tetapi yang putih tetap putih sekiranya wahyunya begitu.

Mengubah boleh merosakkan.
Salah cakap atau dihitamkan maksud.
Terlajak pintar atau cuba menjadi pandai.

Contoh..
SANGAP itu MENGUAP*setahu PC dan dirujuk pada Kamus Dewan dan lazimnya dari kecil lagi..dengar mama-nenek-atok mesti sebut macam ni.."haaa dah pergi tido asyik sangap tak sudah..esok sekolah..*
Jarang dengar orang sebut MENGUAP kecuali bila berada di situasi formal..*mohon betulkan jika PC silap*
Adakah maksud SANGAP itu berbeza mengikut negeri,daerah dan budaya..hihi..

Kenapa PC kongsi entry ini...gara gara ada yang tegur kata PC mencarut lucah..*krik...krik...tergamam 5 saat*

12 comments:

  1. ramai orang suka menghitamkan apa yang putih mengikut kehendak sendiri begitulah hakikatnya kak PC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..itu yang membimbangkan mummy..sangat..kerana boleh mengelirukan..yang mana betul..yang mana salah.. :( betul tak..

      Delete
  2. Hurmm.. well nama pun hitam tapi ntah kdg2 org sendiri nak hitam kan walau tau akibat nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...lebih baik bina atau cipta sesuatu yg baru dan mendatangkan nanfaat dari merosak apa yang tidak sewajarnya..

      Delete
  3. zaman serba maju.. hati manusia dah semakin bayk yg hitam.. Nauzubillah...
    perkataan "sangap" tu hubby guna bila mengantuk sgt..huhu

    ReplyDelete
  4. Pasal In shaa Allah tu setuju sangat. Ada yg bila kita ckp in shaa Allah, dia macam tak percaya suruh cakap ok jgk. Padahal lafaz in shaa Allah tu lagi besar dr ok tuu.

    Kalau Klate, rasanya tak pernah dgr prkataan sangap tu. Baru tau sama mksud dgn menguap. :)

    ReplyDelete
  5. Salam PC...hai (sambil lambai2)

    Kadang2 saya pun slalu cepat sgt pikir lurus jek apa org ckp,atau apa saya baca...cepat jek pikir mcm "assume" bahaya sgt2 tapi kte semua da pilihan "untuk lontarkan pendapat kte" atau "diam dulu...research dulu...baru lontarkan" Fiza selalu pilih pendekatan yang kedua...walau org akan ckp Fiza lambat...tapi its ok...janji nye apa yang Fiza nk respon tu slalunya akan pikir rasa org lain jugak...hihihihi

    Hihihihi...oh "sangap" tu rasanya bila dah masuk U baru dengar perkataan tu...itu pun org maksudkan mende lain..baru tau maksudnye menguap...hihihihi

    tak pe PC, itulah kte nie cepat sgt assume kan?...kadang2 tersasar langsung apa yg di-assume tu ;-)

    ReplyDelete
  6. benda yg terang pun selalu digelapkan skrg ni..dunia!

    ReplyDelete
  7. Kdg2 sesetengah perkataan tu berbeza ikut dialek. :)

    ReplyDelete
  8. Kita kena faham setiap negeri maksud lain lain, salah faham tu biasa, tapi tak salah bertanya kan:)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..