13 November 2015

Genggam Erat-erat..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
jaga martabatmu sebaiknya,pelihara akhlakmu serapinya
bukan untuk selama tapi untuk hingga penghujung akad yang menghalalkan

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
ya nafsu sentiasa bergelora nampak cantik segenap pandangan
betul akal bijak mencerna namun belum tentu betul caranya

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
awasi langkah langkahmu
biar pun langkahnya kecil namun maksiat itu ada di mana mana
jangan kamu tejerumus ke dalamnya
tidak usah sesat dalam perangkapnya

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
ingat bondamu fikirkan ayahandamu
paling teratas sulam erat erat rasa cinta kepada Tuhan Yang Satu
jangan terkeliru yang mana satu jalan asalmu

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
cuba cuba itu nafsu
galaslah sebaiknya tanggungjawab sepenuhnya dibahumu
moga keberkatan hidup mewangi selalu

Wahai jejaka soleh muslimah solehah
kali ini kalian pemula keturunan Adam dan Hawa 
isi setiap jiwa bakal pewaris dengan kalimah berTUHANKAN Allah
berpaksikan Al Quran dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW
In sha Allah di dunia kamu dirahmati,di akhirat kamu dirai bidadari syurgawi




9 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..