30 November 2015

Lebih..Kurang..

8:00 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google image 


Syukur atas setiap nikmat yang Allah pinjamkan kepada PC dan kita semua..alhamdulillah..
Hari terakgir dibulan November

Lebihkan usaha untuk mencapai sasaran yang telah sedari awal tahun lagi dirancang..biarpun yang pertama dan terbaik itu datangnya dari perancangan Allah,,ada takdir yang boleh berubah bergantung pada usaha doa dan tawakkal(taqdir muallaq)..nampak tak betapa kasihnya Allah kepada kita..walaupun DIA yang mentadbir seluruh alam..namun tidak pula menzalimi hambanya melainkan kita menzalimi diri sendiri..

Kurangkan berkeluh kesah,,kesali diri..dan berputus asa kerana bantuan Allah akan hadir bila kita bersungguh untuk mencapai dan melakukan suatu yang baik dengan ikhlas dan niat yang tulus..kurangkan manis pada minuman lebihkan manis pada senyuman kan..kan..kurang gula penyakit lebih gula musibah..habis tu macam mana?..sederhana dalam setiap perkara..


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Surah Al Furqan
Ayat 67

Emosi

4:30 PM 3
Emosi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image


Marah.Sakit hati.
Gembira.Ketawa suka.
Muram.Murung.Sedih
Dendam.Dengki.Iri hati.

Baik yang positif mahupun yang negatif itulah emosi..adakala menurut emosi membawa bahagia tidak kurang menerima derita.

Yang keruh boleh menjadi jernih.
Yang jernih bertukar keruh.
Emosi boleh mempengaruhi.Sedar atau tanpa sedar.

Emosi boleh dilentur.Mampu dibentuk.Ikut acuan sewajarnya.
Kedudukannya pada hati..dalam jiwa.Semua orang ada.
Terlebih emosi boleh menjadikan kita terburu buru mungkin....tiada emosi membuatkan kita seolah tiada sesitiviti terhadap persekitaran..
Allahu..bagaimana solusinya..zikir..

Perjalanan..

11:30 AM 5
Perjalanan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 

Lampu hijau silakan jalan
Hati hati ketika melintas
Hidup ini satu pelajaran
Moga tidak mudah terbabas

Ambillah ibrah yang baik moga kita sentiasa dipandang mulia sebagai insan yang melangkah atas muka bumi Allah ini..

Jejantas itu satu kemudahan
Setiap orang boleh menggunakan
Bila diri ditimpa kesusahan
Pandang bawah ada lagi hidupnya dibelenggu keresahan

Bersyukurlah sentiasa..

Masak tempoyak ikan patin
Nasi panas berulam petai
Belajarlah menjadi insan perihatin
Bukan asyik syok memandai mandai

Petai???wawawee..perihatin pada tempatnya..pastikan kena waktunya..



Yakin Boleh!!

7:30 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image


Gagal..gagal..dan gagal..
Tidak mustahil kita boleh bangkit menjadi insan yang paling berjaya dan cemerlang..

29 November 2015

Bekam..Berbekam Rasulullah SAW

8:00 PM 1
Bekam..Berbekam Rasulullah SAW
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BEKAM..BERBEKAM RASULULLAH SAW ||
Bekam..kita lazim mendengar malahan mungkin melihat situasi berbekam.Walaupun tidak pernah melaluinya sendiri..cara berbekam dulu dulu jauh bezanya dengan zaman sekarangkan..keselamatan,kebersihan lebih diutamakan dan kosnya berbeza mengikut tempat.Tujuannya tidak lain untuk membuang atau mengeluarkan darah kotor yang terdapat pada tubuh selain merawat sesetengah penyakit yang dihidapi..niat sebagai usaha,,lebihnya serah pada Allah SWT..

Baginda SAW berbekam pada dua urat lehernya.Biasanya pada 17,19 dan 21 haribulan setiap bulan.Ketika itu darah kotor naik ke atas dan darah bersih akan mendap ke bawah.Baginda juga membayar upah bagi setiap bekam yang dilakukan. 


Kawan kawan ada pengalaman berbekam tak..share la..

Bekam lintah pun popular satu ketika dulu..

Teropong..

3:00 PM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Mata itu teropong hati
Mata terus memerhati mahu ditapis atau
 tidak bergantung pada warasnya akal..tebalnya iman.
Ingat sekali itu rezeki,,diulang itu dosa jika apa yang lihat itu maksiat.istighfar..
Seandainya ianya membawa manfaat lihatlah tanpa rasa jemu.alhamdulillah.
''Dari mata turunnya ke hati''..Hati mentafsir apa yang terlihat dek mata..
Andai kita mampu membaca riaknya mata itu semua hadirnya dari bisikan hati

sepasang mata
Sumber Google Image

Jangan lupa Allah SWT juga sentiasa melihat dengan caraNYA tersendiri
Malaikat sentiasa meneropong dengan kaedahnya juga yang tersendiri
Setiap tindakkan kita sama ada dalam jaga mahupun ketika lena juga sentiasa diperhati.Sering kita dengar ada yang diambil nyawanya ketika tidur..ketika solat..ketika berada di dalam bilik air sekalipun..jelas kita sentiasa diperhati dan diekori bukan hanya bayang bayang sendiri malah kuasa yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa di alam ini..Allah SWT..subhanAllah..kerdilnya kita..


Hujung Minggu Setiap Minggu..

12:30 PM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat berhujung minggu juga selamat bertugas
Alhamdulillah syukur atas secebis nikmat
Berhati hati memandu bagi yang dalam perjalanan ke majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya..jaga keselamat kita moga orang lain juga begitu..amin.

Hujung tahun.Cuti sekolah.Jualan murah sana sini.Peluang ibu bapa mencari kelengkapan untuk anak anak untuk sesi persekolahan tahun hadapan 2016..berdikit dikit kurang sedikit rasa bebannya walaupun itulah hakikatnya..in sya Allah moga Allah permudahkan setiap urusan untuk mengurus anak anak..lillahitaala.

Bila ibu bapa ikhlas dengan anak anak..in sha Allah rasa ikhlas daripada anak anak akan kembali kepada ibu bapa..percayalah Allah semai rasa rasa itu..kalaupun tidak dapat dirasai ketika ada hayat..bekalannya in sha Allah tetap akan sampai.amin..

image
Sumber Google Image


Belek..Telek Depan Cermin..

7:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

''Kadang kala perlu untuk memarahi diri sendiriKerana pesaing terhebat dan terdekat adalah diri kita sendiriPandang cermin buka sekadar untuk hiasi diri malah untuk melihat luaran agar boleh baiki aura dalaman''

28 November 2015

PC Di "Tag" ..Gara-gara 10 Soalan..

8:48 PM 3
PC Di "Tag" ..Gara-gara 10 Soalan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google image 

Sebenarnya PC tidak perasan pun..hinggalah pemilik blog adik Meeya Techik maklumkan...maaf ye Meeya..
Dan terima kasih tag akak PC tau..alololololo...

Jom kita sama sama tengok apa la 10 soalan daripada adik Meeya ni..in sha Allah kak PC cuba jawab ya.. :)

1. Introduce your self .
Assalammualaikum..Guna nama pena Jua Azura..selesa dan simple..
Sedang berusaha untuk perbaiki diri,,sentiasa.seorang isteri.

2. Part time / Full time blogger ?
Sebelum ini PC part time blogger oleh sebab sudah tidak bekerja full time blogger la jadinya..

3. Apa link blog ? Dan kenapa pilih link blog tu ?
perducinta.blogspot.my..kenapa??tafsiran PerduCinta itu pada PC adalah asas cinta..Allah,Rasulullah,in sya Allah nanti rasa kasih sayang dan cinta pada ibu bapa,diri sendiri dan agama menyusul.

4. Suka suasana kampung atau bandar ?
Kampung..tetapi sekali sekala perlu juga menikmati pesatnya pembangunan bandar untuk membuka minda agar lebih terbuka namun berbatas..

5. Kalau diberi peluang untuk travel , tempat mana yang anda akan pilih ?
Tanah suci Mekah..banyakkan beribadah itu bermakna kita sedang berehat bersama PENCIPTA..

6. Kalau marah , apa tindakan anda ?
Diamkan diri sambil istighfar dalam hati..elak keadaan menjadi lebih keruh..

7. Suka / Tidak online shopping ?
Bergantung pada keperluan dan kemampuan..

8. Binatang apa paling anda takut ?
Banyak sangat..salah satu ular

9. Asal mana ? Haa maroh maroh :P
Berasal dari Batu Pahat Johor

10. Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya , ucapan apa yang anda akan ucap ?
Moga success di dunia dan akhirat.Jadi hamba Allah yang taat..jadi anak yang muslimah solehah.

Alhamdulillah..hihi...macam retis gitchu.. :)
Moga ukhuwah terus erat..

Gedik Berpahala..

8:30 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Setiap kita ada citarasa sendiri..*haruslahkan..kan..kan*
Rasanya setiap pasangan ada gelaran istimewa khas untuk memudahkan komunikasi hari hari..tak gitu..amboi..so sweet yang kadang sour juga..haha..lumrah berumahtangga..ada pasang surut..ada turun naik..mood dan emosi..susah dan senang..sebab itulah berumah...tangga..

Kalau awak jaga saya elok elok
Saya akan jaga awak elok elok

Mummy..Daddy

Eh..terbabas ke Tuan Anas Mikhail la pulakk..ngeh..ngeh..ngeh..maklumlah tengah hot sangatkan..kan..kan..

Budak tingkatan 2 pun dah ber "Mummy" ber "Daddy" ber "Papa ber"Mama" bila bercakap dengan boyfriend girlfriend zaman sekarang ni you all..huurmmm..risau..tidak semuanya kecundang..ada juga yang sama sama berjaya hingga ke menara gading..mungkin itu cinta merangkumi semua aspek..memang kagum..alhamdulillah..sayangnya boleh dikira dengan jari..tak apalah,kita lihat,kita doakan..

Rasulullah SAW sendiri pun sentiasa memberi layanan yang baik untuk isteri isteri baginda..baik yang dikahwini itu janda atau anak dara..
Baginda juga memanggil Saidatina Aisyah(Ya Humairah).. 
"Wahai si pipi kemerah-merahan"..

Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Banyak sunnah Baginda SAW yang boleh kita ikuti..contohi..in sha Allah..sunnah itu untuk mendekatkan kita dengan Rasulullah SAW bukan dijadikan alasan untuk kepentingan peribadi.

Cukup Sekadar..

3:30 PM 0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image


Cukup sekadar...

Berserah tapi jangan mengalah

Menangis tapi jangan lupa bingkas bangkit

Mendengar tapi tapis sehabis habisnya
sesekali perlu tutup telinga juga

Terpandang tapi cukup sekadar itu 
jangan diulang ulang

Mengalas perut buka kenyang keterlaluan

Tersenyum seboleh elak dari 
nampak anak tekak

Allah untuk kita
Berada yang pertama dijiwa
In sha Allah lainnya bakal menyusul kemudian


Hebat Sangat..

11:30 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Minyak dan Air
Tidak boleh bersatu..
Tetapi tetap boleh bertemu
*ketara bezanya ideologi cukup sekadar hak peribadi tidak usah terbawa bawa dalam setiap urusan dan hubungan sesama insani*

Hitam dan Putih
Bezanya sangat ketara
Penyatuannya mencetus inspirasi kelabu
*adakala perbezaan itu berupaya menyatukan daripada segenap sudut kehidupan*

Langit dan Bumi
Terlalu jauh jaraknya
Namun sama sama berkhidmat untuk penghuninya
*cara saya,cara awak,cara kita tidak sama tapi niat itu mengikat hati kita untuk melakukan perkara yang serupa*

Lautan dan Daratan
Tebing memisahkan
Sesekali hempasan ombak menjejak daratan juga
*halangan itu dugaan,sempadan itu ujian..tiba saatnya kejayaan dikecapi juga*




Latihan Keras..

8:00 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

"Senyumlah biar pun disituasi genting 
moga manisnya akan menyusul kelak"

27 November 2015

Jagalah..

8:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google 

Allahu.

Pantulan..Biasan..

3:30 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cari kekuatan orang.Perbaiki kelemahan diri.
Bagaimana?..eh..eh..eh..
Yang baik contohi.Jadikan inspirasi dan motivasi.
Yang onar tolak tepi buang kesisi.

Selidik visi dan misi orang.Bina visi dan misi sendiri.
Apa?..ewah...ewah..ewah..
Matlamat perlu jelas.Cita cita mesti dilunas.
Sesekali cuba bertanya.Bukan gaya menyebuk tapi menyedok ilmu.

Cari jalan mana yang orang lalui.Usaha bina landasan sendiri.
Kenapa?..ala..la..la..la..la
Biar punya jati diri sendiri.Jangan membayangi dan tidak dibayangi.
Berada di landasan sendiri baru rasa susah senang erti berdikari.

Image
Google image 

Mana Tahu Ada Kain Sendiri Terkoyak..

11:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syukur.Alhamdulillah.
Moga semua sahabat berada dalam kasih sayang Allah.
Jumaat terakhir di bulan November..kurang seminggu kita bakal melangkah ke hujung tahun..
Disember.365 hari.Bulan penutup kiraan Masihi.

Mungkin ada yang telah memulakan langkah baru sedari awal hari pertama di bulan HIJRAH.1MUHARAM1437H..
Atau ada juga yang merencana untuk memulakan sesuatu yang baru bermula detik di malam tahun baru MASIHI 2016..terpulang.Asalkan niat yang baik baik kerana Allah..moga Allah lanjutkan hayat kita.amin.

Muhasabah.Mana tahu ada kain sendiri terkoyak.Jangan pandang mudah pada lubang yang kecil.Kelak boleh menjadi koyakkan yang besar.Begitulah kehidupan.Masalah biarpun kecil tetap dipanggil masalah..sebelum bertukar musibah molek dibendung awal.Dalam apa pun situasi ya.

Eh..eh..eh..
PC nak tanya ni
Ada tak ni
^
^
Image

Image

Image

Bila ukhuwah nak tinggalkan komen pada entry PC..ada tak..ada tak..
Ermmmm..kalau ada PC MINTA MAAF ye..tak tahu apa solusinya..
Dia ragui kawan kawan PC yang semua insan berhati mulia bukan robot tidak berjiwa..





Belajarlah Menangis..

7:30 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Belajarlah untuk menangis bila menadah tangan ketika bersungguh berdu'a mohon sesuatu daripadaNYA..
Lama kelamaan air mata itu menjadi peneman dan saksi tatkala berdua dengan DIA..
Dari hati untuk DIA pemberi rasa dijiwa..

Image
Google image 

26 November 2015

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Darda'

8:00 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 


Dari Abu Darda' r.a berkata,Easulullah SAW bersabda kepadaku dengan sembilan perkara

♡Janganlah engkau menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu walau pun engkau di potong dan di bakar.

♡Janganlah sekali kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah,

♡Jangan sekali kali engkau minum khamar (arak) sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua kejahatan.

♡Taatlah kepada kedua orang tuamu,seandai keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya,maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya.

♡Jangan engkau bertentangan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang bahawa engkau lebih daripadanya.

♡Janganlah engkau lari dari medan peperanganwalaupun engkau binasa dan semua teman temanmu lari.

♡Infakkan kelebihan hartamu kepada keluargamu.

♡Janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya.Pukullah kerana mendidik bukan kerana mendera.

♡Berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah.

[Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,Ibnu Majah,Thabrani]

Jangan Dihitamkan..

11:00 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 


Syukur atas setiap rezeki yang Allah kurniakan..
Sedikit.Banyak.Jauh.Dekat.Apa adanya.

Bila ungkapan in sha Allah itu dilafaz bukan kerana tidak yakin tapi terlalu yakin kebergantungan pada Allah SWT.

Bila setiap pujian itu dimula dengan subhanAllah bukan tidak menghargai insan atau setiap kejadian tapi terlebih dulu memuji PENCIPTAnya.

Jangan menghitamkan apa yang putih mengikut kehendak sendiri.
Selera berbeza.Pendapat tidak sama.Tetapi yang putih tetap putih sekiranya wahyunya begitu.

Mengubah boleh merosakkan.
Salah cakap atau dihitamkan maksud.
Terlajak pintar atau cuba menjadi pandai.

Contoh..
SANGAP itu MENGUAP*setahu PC dan dirujuk pada Kamus Dewan dan lazimnya dari kecil lagi..dengar mama-nenek-atok mesti sebut macam ni.."haaa dah pergi tido asyik sangap tak sudah..esok sekolah..*
Jarang dengar orang sebut MENGUAP kecuali bila berada di situasi formal..*mohon betulkan jika PC silap*
Adakah maksud SANGAP itu berbeza mengikut negeri,daerah dan budaya..hihi..

Kenapa PC kongsi entry ini...gara gara ada yang tegur kata PC mencarut lucah..*krik...krik...tergamam 5 saat*

Putih..

7:00 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 

Bila kita niat yang baik-baik,,yakinlah Allah akan hantar juga bantuan yang setaraf dengan niat tersebut..


25 November 2015

Berenang Dan Puasa..

8:00 PM 7
Berenang Dan Puasa..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Boleh tak kita berenang ketika berpuasa?

B O L E H

dengan syarat

kawal semampunya agar air tidak masuk ke dalam perut

 As-Syeikh Muhammad Salih Ibn Uthaimin pernah menyebut dalam fatwanya berenang itu mungkin boleh mencerdaskan dan meringankan beban ke atas seseorang ketika ibadah maka tiada larangan untuk itu.

Berenang untuk menyejukkan badan ketika berpuasa bukan satu kesalahan. Rasulullah SAW sendiri pernah menyejukkan badan ataupun mengurangkan dahaga dengan menyiram ke atas kepala air ketika baginda berpuasa. 

Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Kredit : DrMAZA.com

Rezeki yang tertangguH

4:30 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image


|rezeki yang tertangguh|

Kata kata itu satu doa.Betul.Kata kata boleh memotivasikan.Kata kata boleh menjatuhkan.Pilih nak jadi obor atau pisau yang menikam.

Niat.Umpama frame gambar.Kemas buatannya.Canti letak susun gambarnya.Ibarat surat.Salah alamat salah juga tempai sampainya surat.Syarat mati bukan tua.Betulkan niat sebelum terlambat.

Bertindak.Jangan melulu atau terburu buru.Menyesal.Patah balik.Boleh bukan boleh blah.Buang istilah terlambat bila mahu berubah.Cubalah sedayanya.

******************************************************************************

Kata kata.Niat.Bertindak
Rezeki lain lain.Masing masing.Macam macam bentuk dan cara yang kita dapat.
Ibu ayah kita tak merasa kesenangan,tapi anak anaknya berjaya
Kita tidak menikmatinya,in sya Allah anak anak keturunan kita memilikinya.Apa??apa apa saja.Kanapa??Mengapa??.Kerana itu semua rezeki yang tertangguh.

********************************************************************************

Siapa pun yang bertanya..mengenai apa sekali pun..jawablah in sya Allah ada rezeki..cuma Allah masih menangguhkannya..atau belum rezeki lagi..kalau boleh elakkan dari berkata "tiada rezeki" kerana kata kata itu DU'A.Allah tidak pernah menzalimi hambanya. 

Sebab Atau Alasan..

12:30 PM 10
Sebab Atau Alasan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Syukur atas setiap rahmat dan kasih sayang Allah..alhamdulillah.

Kenapa.Mengapa.Bagaimana.
Persoalan demi persoalan.
Betul.Salah.Diam.Bersuara.Pilih.
Berteka teki.

Sebab atau alasan hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
Zahiriah bila kita melakukan sesuatu itu dengan sebab atau tanpa sebab tanpa diketahui sesiapa pun ya itu sendirian..akan tetapi secara batiniahnya mana mungkin kita boleh menyembunyikan sesuatu itu daripada Allah.Semuanya dibawah kekuasaan Allah.

Memberi sebab itu melegakan.Mencipta alasan itu menyesakkan.
Tapi awas jangan awak rasa lega orang lain sesak nafas..emmm macam mana tu..*garu kepala..urut dada sendiri..*



Jom Kita Sama Sama Terjah..Soooo SWEETMUSLIMAH

10:30 AM 2
Jom Kita Sama Sama Terjah..Soooo SWEETMUSLIMAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syukur atas setiap nikmat..
Biar apapun rupa paras kita..dalam keadaan apa pun saiz fizikal kita..bersyukur..itu rezeki kita..bahagian kita..Allah anugerahkan untuk kita..ingat untuk kita jaga sebaik baiknya..kalau kita rasa ada kelebihan..jangan terlalu bermegah dengan kelebihan itu..kalau kita rasa alahai banyaknya kurangnya kita..ingat tiada manusia yang sempurna..
KESEMPURNAAN itu ALLAH PUNYA..sebagai hamba kita usaha perbaiki sekadar selayaknya kita ini sebagai hamba..amin..

Hujung tahu pastinya banyak CLEARANCE SALE di sana sini..tambahan cuti sekolah sudah pun bermulakan..ermmm..dan salah satunya PRODUK SWEETMUSLIMAH..

SweetMuslimah.com

Cuba tengok..cuba singgah di SWEETMUSLIMAH


Clearance Sales

Potongan harga sebanyak 50% sedikit sebanyak dapat memenuhi hajat kita untuk miliki pakaian yang diidamkan..CANTIK,SELESA,BERANEKA REKAAN..tapi HARGA TETAP BERPATUTAN..alhamdulillah..ini peluang..PC pun tengah dok intai intai SWEETMUSLIMAH

YES 2015

Sesiapa pun boleh singgah ke SWEETMUSLIMAH..abang,,ayah,,suami..*haaa ini salah satu cara support adik perempuan,anak anak perempuan,isteri,tunang..alahai..menjadi soooo SWEETMUSLIMAH..amin..lillahitaala..

ok..PC nak sambung jalan jalan di SWEETMUSLIMAH ni..


Bahagia..

7:30 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Melihat insan sekeliling itu bahagia kita turut marasakannya juga..ya itu adalah bahagia..
Bahagia atas deritanya orang lain..ya itu juga bahagia mungkin..bahagia bersalut sengsara..pilihlah kebahagiaan yang berada dalam erti yang sebenarnya apa itu BAHAGIA..



24 November 2015

Jangan Sangsi..Cinta Ilahi..

8:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Jom kita makeup hati cemel comel..

Sayangi Semua..

3:00 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bagi orang dewasa..merdeka itu setahun sekali..31 Ogos itulah sambutan hari kemerdekaan negara kita.Tapi cuba tanya anak anak atau adik adik..pastinya cuti sekolah itulah merdeka bagi mereka..hihi..boleh bangun lewat katanya*harap tidak dicutikan solatnya ye*,,tidak perlu tergesa gesa tunggu van atau bas sekolah awal pagi..Allahu..heaven sungguh ye..mungkin seronok bagi adik adik yang masih dipetingkat sekolah rendah (kebangsaan)..cuba tanya akak abang menengah atas..sendu saja jawapannya..sedih saja muka..haha..

Image
Google image 

Anak anak bercuti tapi ibu bapa bekerja*pastinya fikiran dan hati risaukan anak anak di rumah*..bagi ibu yang berada di rumah sepenuh masa in sha Allah masalah pemantauan anak mungkin kurang sedikit berbanding ibu bapa yang bekerja kedua duanya sepenuh masa*bukan bermakna ibu bapa bekerja abaikan anak anak ye..PC tidak maksudkan begitu..*..anak kecil tetap dihantar ke rumah pengasuh atau taska..bagaimana pula dengan anak anak yang sebelum ini sepenuh masa di sekolah balik ke rumah hanya tukar pakaian dan makan sebelum sambung sesi persekolahan sebelah petang pula..tapi situasi sekarang cuti sekolah pula..

Ini pandangan PC sekiranya ingin meninggalkan anak di rumah

*Sediakan makanan secukupnya
*Pesan pada anak agar jangan sesekali menggunakan dapur gas atau apa saja melibatkan alatan elektrik
*Kunci pintu jika hendak pergi berjumpa atau bermain dengan rakan rakan
*Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah terutama orang yang tidak dikenali
*Hadkan waktu bermain jangan sampai menganggu orang lain
*Minta tolong agar jiran berhampiran pantau pergerakkan mereka

Kita tidak mampu menjangkau takdir..kita usahalah sebaiknya..dalam situasi sekarang semua orang tidak kira siapa mesti berhati hati..moga Allah sentiasa mekindungi kita semua daripada musibah..amin..

Maaf Bukan Kerana Hendak Tunjuk Pandai..

1:00 PM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syukur atas setiap nikmat.Alhamdulillah.

Rezeki berbeza.Macam macam bentuk.
Kemahiran.Kepandaian.Pengalaman.
Berbeza.Kalau pun sama tapi ada tidak serupanya.

Image
Google image 


Awak kongsi dari sudut pengalaman dan kemahiran awak.
Saya kongsi dari sudut idea juga pandangan saya.
Yang baik jadi input bermanfaat.Kita lebih berilmu.Luas pengetahuan.Panjang talian ukhuwah.

Maaf..bukan kerana hendak tunjuk pandai.
Bila mula berbicara pada satu topik kebaikkan ambil ilmu yang cuba dikongsikan.Kenapa tidak saja melihat siapa yang menyampaikan..kerana mungkin yang sedang menyampaikan itu juga sedang berusahan mentarbiah diri untuk menjadi soleh atau solehah..menjadi muslim dan muslimah..yang sama sama gigih berusaha membuang debu dijiwa..kelabu diminda..sokonglah dengan secebis doa..


Satu Per Satu..

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 


Semakin kita bijak mengawal emosi itu tanda kita semakin pandai mengemudi masalah..
Semakin cerdik kita menguasai situasi itu bermakna kita sudah mula mampu mengatur langkah..

23 November 2015

Bidan Rasulullah SAW

8:00 PM 7
Bidan Rasulullah SAW
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Berusia 2 bulan..bukan di dunia nyata tapi berusia 2 bulan di alam rahim ibunya..menjadi yatim..ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat..itulah mulanya riwayat kehidupan kekasih Allah ini..Nabi Muhammad SAW..baginda dilahirkan di tengah tengah Kota Makkah.

Sebut saja bidan..pasti semua daripada kita sedia maklum..tugasnya mengurut wanita dalam pantang selepas bersalin..tapi tidak terkecuali juga wanita dan isteri yang sedang berusaha untuk hamil menggunakan khidmat mak bidan..hihi..

Mari rapat mari dekat..hihi..Rasulullah SAW pun ada bidan ya..
ASY-SYIFA BINTI ABDUL RAHMAN BIN AUF

Terima Kasih Datang Rapat..

4:00 PM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

E N A M iklan baru sudi singgah di blog PC..ALHAMDULILLAH..
terima kasih NUFFNANG..

♡PETRONAS KAD MESRA
♡U-MOBILE TEST DRIVE CAMPAIGN 
♡HUAWEI MATE S PHASE 2
♡ZURICH INSURANCE
♡SHARP AIR PURIFIER CAMPAIGN 
♡SHELL-PROJECT PLAYWELL

Seronok bila ada saja iklan yang bertandang di blog sendiri juga blog kawan kawan..sambil kutip ilmu..sambil suport..klik..klik..PC tidak mampu untuk memberi sumbangan besar..dengan cara klik setiap iklan di blog ukhwah buat kalian dan PC gembira..

Jangan Dilupa..

1:19 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google image 
Terompah

Masa yang berlalu tidak pernah mengabaikan dan menyisihkan benda benda klasik yang menjadi kebanggaan segelintir masyarakat..
Kalau zaman PC kecil kecil..arwah nenek rajin belikan terompah..hadiah harijadi katanya..haha..bangga..gembira..sekarang idea idea yang kreatif mampu menghasilkan kepelbagaian jenis terompah dan ukiran yang sangat cantik..
Agak agak anak anak serba moden kenal terompah tak..
*ke keliru terompah..terompet..hihi*


Sumber Google image 
Beca

Hendak naik beca atau hendak melihat beca lazimnya Negeri Melaka menjadi sumber terbaik..ditempat dan negeri lain ada tapi tidak begitu banyak..kalau sebelum ini kenderaan awam menjadi 
pesaing kepada beca..sekarang jurang semakin besar bila lebih ramai memiliki kenderaan peribadi..sekali sekala naik beca seronok juga..hihi..ok masuk wishlist..*beca bukan becak atau lopak*
Harapnya ia tidak terus dilupakan..sebaliknya dikomersilkan..

Apa lagi ya yang boleh di kategorikan antik atau lagend yang kawan kawan tahu...kongsi la..

Tulang Belakang..

8:00 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Mancis sahaja tidak mampu menyalakan sumbu tanpa ada minyaknya
Begitu juga kita yang sentiasa memerlukan sokongan untuk terus melangkah ke hadapan.. 

22 November 2015

Jentik Hati..

8:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jentik Hati

Image
Google image

Tanpa sedar kita melalaikan
Tanpa peduli kita memandang sepi
Cuba bangkit dari lagha sendiri..PC usaha perbaiki diri..

Moga masih Allah beri peluang
Moga Allah juga beri ruang
Sesisanya usia yang ada
Tidak tahu berapakah bakinya
Allah..ku ingin terus perbaiki
Bukan untuk disanjungi tapi untuk menakluk syurgawi

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Santai-santai..

4:00 PM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syukur atas setiap nikmat rezeki.
Kesihatan.Kegembiraan.Ketenangan.
Iman.Islam.
Selamat berhujung minggu ukhuwah.

Image
Google image 

Musim cuti sekolah bakal bermula..tapi ada juga yang telah bercutikan..
Pastinya cuti panjang hujung tahun ini memberi ruang dan peluang yang besar untuk ibu ayah membawa anak anak beriadah..tidak semestinya ke tempat yang mewah..tidak semestinya ke luar negara juga..memadai dapat luang masa bersama..tapi sekiranya punya rezeki masa,kewangan yang sepadan..tidak salah untuk menikmati indahnya dunia luar dari negara sendiri...dipersilakan..

Dalam bergembira jangan abai kesihatan dan keselamatan.
Dalam situasi santai syariat jangan diabai
Dalam menghayati nikmat dunia yang di sana jangan terlupa.
Besederhana dalam setiap keputusan.

Hibur Hati..

12:00 PM 5
Hibur Hati..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pandang kanan pandang kiri
Langkah kanan langkah kiri
Tidak semua kita hendak Allah terus beri
Allah tahu apa sebenarnya yang diperlukan diri

Kita manusia banyak cadangan
Tidak kurang juga angan angan
Jangan lupa Allah punya perancangan
Pasti yang terbaik untuk hamba kesayangan

Merajuk bukan sembarang merajuk
Merajuk susah hendak dipujuk
Dengan Allah jangan merajuk
Kelak diri habis teruk

Dicuit sikit melatah tak sudah
Nafas pendek kerana lelah
Berasa kecewa itu lumrah
Asal tidak cepat mengalah

Belakang parang memang tumpul
Rajin diasah tajam juga
Kecewa dihati jangan dikumpul
Kelak diri akan merana

Hujan hujan makan ABC
Kacang lebih enak sekali
Don't always trust what you see
Lebih baik siasat berkali kali

ALLAH loving..Insan caring..

8:00 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Sumber Google image 

Bila Allah SWT mula "loving" pada hambaNYA..
Ujian mula diberikan..ganjarannya pasti pahala dan syurga bagi yang sabar dan meredhainya..

Bila manusia mula "caring" pastinya disusuli dengan jata kata pujian..
Bijaklah memilih dan menerima setiap kata kata..

21 November 2015

Lidah itu..

8:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Manfaatkan selagi boleh..

5:11 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perkara lama jangan dikenang
Barang lama jangan dibuang
Dah macam pantun 2 kerat la pulak..hihi..

Perkara lama jangan dikenang?..kalau perkara itu baik pastinya jadi sweet memory..tak gitu..lagi lagi la kalau ada hard copynya..dok ulang alik la usha gambar kenang kenangan..itu dulu..sekarang lagilah..dengan smart phone yang super canggih..klik sana..klik sini..simpan..kot rasa rasa nak imbas..buka galeri tu..kot rasa nak kongsi attach kat blog..ha..gitu..ecececeh..hihi..yang baik apa salahnya..tak gitu..yang menyampah 5..yang suka 50..jadi ikut suka diri dan hati sendiri..asal berpada pada..

Barang lama jangan dibuang?..ini bergantung pada individu..ada yang suka menyimpan walau sudah tidak rupa barang..ada yang buruk sikit atau lusuh sikit,,terus buang..tak kurang yang kreatif..kitar semula..eh elok juga..*pakaian dalam dan luar sebolehnya bila sudah lusuh jangan dibuang dan biarkan merata,,bungkus elok elok tanam..lebih selamat diri dan maruah..amin*

image
Sumber Google Image

Jala atau jaring menangkap ikan ni..kalau ada yang lama lama sudah tidak boleh diguna untuk menangkap ikan..boleh guna untuk kepung pokok atau anak benih yang baru disemai atau sedang membesar..dapat juga mengelakkan dari serangan haiwan pemangsakan..kalau ada kelambu lama pun ok juga..janganlah kelambu cucu jiran sebelah yang baru lahir pergi ambil pulak..mau jadi hulk bapaknya..

image
Sumber Google Image

Tutup periuk lama..periuknya sudah bocor..sudah 15 kali tampal..tetap bocor juga..tebuk bawahnya boleh buat pasu..tutupnya ni boleh la buat kipas bila tak ada elektrik di rumah..hihi..sesekali nak bakar ikan..sementara kumpul duit nak beli kuali pemanggang ajaib tu kan..boleh la guna dulu tutup periuk ni..nak buat mee laksam tu ke..bakar belacan untuk buat sambal..boleh..jangan risau..in sha Allah menjadi..jangan salah guna pula..senyap senyap pergi ketuk kepala anak ayam baru menetas..takut ada telur menetas didahi kejap lagi..


Jangan Tergesa-gesa..

1:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Eh...tergsa gesa tu nak ke mana??
Biasanya bila kesuntukan waktu atau ada urusan penting yang perlu diuruskan lazimnya begitulah keadaannya..kadang cuma sakit perut saja pun..sakit perut bukan perkara kecil yang boleh di pandang mudah ya..haruslah tergesa gesa ke tandas..kalau bersopan santun..berlenggang lenggok..tidak ke boleh jadi kes besar..tapi kalau sudah berlaku redhakan saja..awas dengan kaki viral..bukan di rumah tapi di tempat awam..oho..aha..ini bahaya..hihi..

Bergetar rusuk kiri bila tengok keayuannya,,manis,,molek,,comel,,auwww..ingat semua bakal pergi dimamah usia..
Bergetar  rusuk kiri tengok dia senyum..sopan lagi santun..woooohoo..belum tengok dia naik angin,buang angin,kepala angin...
Bergetar rusuk kiri bila dia pandang i..ishh..ishh..blink..blink..bling..bling..mungkin dia tengok orang dibelakang you..huhu..
rusuk kiri yang bergetar atau nafsu yang menggeletar..subhanAllah..

Buat kesimpulan itu perlu untuk melaksanakan tindakan seterusnya.Tapi jangan tergesa gesa membuat keputusan tanpa usul periksa..sangat bahaya..






Rahsia..

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image


Rahsia.Kegembiraan.Kedukaan.
Kenapa??..Ujian keimanan untuk hamba hamba yang dicintaiNYA

20 November 2015

Saham..

8:30 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

image
Google image

Moga apa yang dikongsi sedikit sebanyak menambah saham baik di akhirat kelak..untuk kita semua..amin..