16 October 2015

Umpama bernafas dalam lumpuR

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Ihsan Google image 


||umpama bernafas dalam lumpur||

Berkira kira bukan kerana kedekut..tapi kerana takut dengan mulut mulut dan suara suara yang tidak sedap di dengari..penyelesaiannya satu..kembalilah pada niat asal..biarlah kerana Allah.Cukup.

Berasa serba salah dalam berusaha perbaiki diri atau mencantas kemungkaran..cuba berhenti dan fikir sejenak..ke mana kita bakal kembali kelak..terus bergelak ketawa atau meraung derita..Sambung perjuangan.

Paksa untuk berubah itu sukar..*tidak bohong*.Yang seronok,yang nikmat,banyaknya pada yang lagha (lalai),,kerana nafsu lebih suka pada jampi syaitan dan iblis..Hendak buat nakal jarang fikir 365 kali..cuba niat hendak buat baik,buat amal..mungkin fikir sampai 730 kali..INGAT TIDAK semua begitu..ada yang masih putih hatinya..jernih niatnya.

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

Surah An Nisa'
Ayat 13 dan 14

10 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..