01 October 2015

Terus melangkaH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

* terus melangkah *

Pejam celik pejam celik
Pantas detik berlalu
Eratkan ukhuwah adik beradik
In sya Allah hubungan dirahmati selalu

Hujung tahun mula berkira kira
Berapa baki cuti tahunan
Khabarkan pada anak anak pasti gembira
Tidak lain tidak bukan ajak berjalan

Hujung tahun musim tengkujuh
Ditambah pula sekarang jerebu
Hendak beriadah tidak usah jauh
Dalam negara pun belum habis jemu

Demam peperiksaan kian membahang
Sama sama kita salung mendoakan
Lelah belajar jangan tinggal sembahyang
Jika tidak mahu hilang keberkatan

Bulan Oktober sudah menjelma
Mungkin ada hari hari istimewa ingin dirai bersama
Amalkan besederhana dalam setiap perkara
Moga tiada pembaziran apa adanya



9 comments:

  1. cuti sekolah dah nak dekat.. jerebu pula xberlalu pergi lagi.. nak bawak adik2 gi jalan pun bimbang jerebu..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita terus melangkah ^-^

    ReplyDelete
  3. hujung tahun adalah yg paling sibukk

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
  4. @Zizie Zack
    Betul zie...kurang elok untuk kesihtan la..

    ReplyDelete
  5. @Eintan Nurfuzie
    Dalam situasi sekarang..banyak aktiviti terpaksa dihadkan..

    ReplyDelete
  6. kejap je masa sekarang, tup tup dah hujung tahun, Azam tahun ni dah terlaksana ke belum hehe . moga kita diberi keberkatan dalam masa kita

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..