14 October 2015

Terus Gali

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image

||terus gali||

Hari pertama di bulan Muharram..alhamdulillah..bila masuk bulan Muharram..ingat cerita P Ramli..Ahmad Albab..seterusnya Safar dan Syawal..senyum sendiri.Dalam gelak ketawa ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita tersebut.

Sedia maklum bila soalan peperiksaan bocor*jantung pun bocor juga*..itu menjadi mimpi ngeri buat guru dan pelajar.Bergantung juga pada penerimaan individu.Tidak mustahil ada yang relax..kerana menganggap itu satu peluang untuk lebih mengulangkaji sambil makan kacang goreng dalam bilik sorang sorang..Tapi TIDAK bagi Allah..sedar atau tidak banyak sangat soalan bocor..siap jawapan diberi..kenapa??kerana sayang dan cinta pada hamba hambanya..itu pun kita asyik mencurangi DIA..asyik syak wasangka..Allahu.

**************************************************************************************

Sebut saja ambil kesempatan*negatif*..haaa ni sila ambil kesempatan habis habisan..
perbanyakkanlah berpuasa sunat di bulan Muharram ini..atau setidak tidaknya 

1)pada hari Tasu’a (9 Muharram)
2)pada hari Assyura (10 Muharram) 

*********************************************

Mengimbas dan kita ulangkaji perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam peperangan di bulan Muharram

Peperangan Ghatafan(Zu Amar)
*berlaku pada bulan Muharram tahun ke 3
*berlaku di kawasan Zu Amar terletak di Najed
*tentera yang terlibat seramai 450 orang
*Dutsur bin Harith (Ketua Musyrikin) memeluk agama Islam(mati syahid)

Peperangan Khaibar
*berlaku pada akhir bulan Muharram tahun ke 7
*terletak 100m sebelah utara Madinah ke arah Syam
*tentera yang terlibat 1600 orang,100 kenderaan
*terjadinya Perjanjian Hudaibiyah(Yahudi dan Muslimin)
*Yahudi Taima bersetuju membayar jizyah(cukai)

***************************************************************
Tidak semua orang di beri peluang kali kedua.Hargailah
Jangan angkuh dengan rezeki yang berpanjangan.Syukurilah
Hakikatnya kita bukan sesiapa tanpa bantuan daripadaNYA


4 comments:

  1. Dah banyak Allah swt bagi soalan bocor pada kita.. Tapi kita je tak hargainya atau purs-pura buat tak tahu.. Betapa ruginya kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pura pura buat tak tahulah aiza..Allahu...

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..