19 October 2015

Kawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 


||kawal||

Hari Isnin kembali bekerja
Ada juga sudah bermula semalam
Walau ada yang kita tidak suka
Cuba elakkan bermuka masam

Mood kita sukar diduga
Turun naik macam roller coaster 
Wujudkan suasana ceria
In sya Allah boleh menjadi penyabar

Kerja bertimbun di atas meja
Cuba hendak selesaikan tapi tidak larat
Wahai bos semua bukan sengaja
Mohonlah maaf jika tidak memenuhi syarat

Secawan kopi penghilang dahaga
Sambil makan roti potong
Bila kita sudah berjaya
Elak dari bersikap sombong

Burung merak tercabut ekor
Cantiknya tetap ada bila dipandang
Selalulah beristighfar
Moga hilang rasa mahu meradang

9 comments:

  1. mood ok..cuma mood anak yg kt taska x ok..duk teringat ke dia je ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah, ,harap anak di taska ok..amin. :)

      Delete
  2. mood Monday saya ok hari ni..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Lissa tiada monday blues hari ni. hehe

    ReplyDelete
  4. nasib baikla hari isnin kelas satu je..hehee :p

    ReplyDelete
  5. mood kita kdang pengaruhi mood org lain, Alhamdulillah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..