31 October 2015

Sama sama Dating

8:00 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Image Google

Ihsan..lakukan sesuatu bersungguh sungguh seolah kita melihat Allah dan yakin setiap apa yang kita lakukan Allah sentiasa melihatnya.Dalam segenap hal kebaikkan..mahupun sebaliknya..

Nikmat ber"dating" luar biasa..kita dan DIA..disaksikan malaikat semua..yang setia mencatat pahala pada setiap kebaikkan walau hanya sebesar zarah..Allahu.mungkin 5 kali tidak mencukupi..sila tambah lagi..teruskan..alhamdulillah..

PC cuba..kita semua usaha..kita sama sama bertatih..yang telah pun berlari berhati hati..banyak laluan yang perlu kita perhati dan lalui..

Berdating sesama manusia tanpa pihak ketiga yang juga wujud jasadnya maka gantinya syaitan durjana..berkhalwat tidak kira dimana dan dengan siapa haram dan mengaibkan akhirnya..tetapi ber"dating" dengan Allah..ber"khalwat" dengan DIA..nikmat ketenangan dapat dirasa..Tambahlah masa dating dengan solat solat sunnat walau sekadar dihiasi surah surah lazim yang pendek dan ringkas itu sudah memadai..


Mesti PEDULI

4:00 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 


Dulu..
"JANGAN BUSY BODY BOLEH"

Sekarang bukan busy body tapi
"JANGAN BUAT BUAT BUSY BOLEH"
hendak membantu minta izin in sha Allah orang taklah jeling jeling

Dulu..
"PERIUK NASI MASING MASING"

Sekarang bukan untuk tekak sendiri tapi
"JANGAN KEDEKUT REZEKI YANG ADA YA"
Memberilah ikut tahap kemampuan masing masing

Dulu..
"ANAK AKU AKU JAGA,ANAK ENGKAU ENGKAU JAGA"

Sekarang tidak lagi boleh begitu
"ANAK AWAK ANAK SAYA KITA SAMA SAMA NASIHATI"
Bila masing masing berlapang dada masalah sosial boleh diminimumkan

Ada yang tidak suka membezakan dulu dan sekarang..ada yang merasakan sudah tidak releven lagi untuk memuji muji yang dahulu dan nempak baiknya saja pada yang dulu dulu..dan lebih suka yang sekarang..betul..PC tidak menidakkan zaman semakin berubah..kita perlu seiring dengan kemajuan..tapi ingat tiada dulu tiada sekarang..dulu itu pemula..sekarang sekadar penyambung legasi saja..yang tiada mula dan tiada akhir hanya Allah SWT sahaja.


Meadow Gold-The Indulgence Collection

12:30 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image

Tengah duduk santai..tiba tiba teringat dia ni..selalu tengok sahaja awak berlegar legar kalau tidak di blog sendiri..dia berlegar legar di blog kawan kawan..nampak..klik..klik..klik..ini bukan tulang rusuk kiri bergegar..tapi tekak macam ada sepasang  rama rama yang super cute sedang menari nari chacha..*ngences PC*..awak tunggu..tunggu..hehe..wahai en nuffnang bertambah lagi wishlist PC la..*sobs..sobs..sobs bawah meja makan..nak nangis bawah kerusi tak muat dik*

Meadow Gold-The Indulgence Collection ada 4 perisa ya..
1)Flavour red velvet
2))Flavour Caramel
3)Flavour Chocolate
4)Flavour Macadamia

Belum dapat rasa..tak sempat cair dimulut dan tekak tengok tenung dah cair di mata..di hati..kihkihkih..



Ketenangan

7:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Ketenangan itu perlu 
dicari dan mesti dihargai..

30 October 2015

Politik Rasulullah SAW

8:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Ikutlah cara politik Rasulullah SAW

Dalam sebuah hadis menceritakan "Tidak akan sia-sia bagi mereka yang bermesyuarat dan tidak akan kecewa bagi orang yang beristikharah".

********************

Indahnya..bermesyuarat disertai dengan istikharah..berbincang,meminta pandangan sesama sahabat tetapi tidak mengetepikan pandangan Allah..tidak membelakangi pemutus bagi segala keputusan..subhanallah..dan kita sekarang..adakah kita mengamalkannya..atau hanya mendahulukan pandangan manusia yang sama sama banyak kurangnya..Allahu..*bila sebut istikharah sengih sengih ingat nak kahwin saja*

****************************************

Jangan cari Allah hanya bila dalam kesusahan,,kesedihan,,kesempitan

Dulukan Allah dalam apa juga keadaan
Kegembiraan,,kesenangan,,kebahagiaan

Kita Sembang

4:00 PM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image


Petang petang ni PC nak sembang santailah dengan ukhuwah..*padahal hari hari membebel pun*..ok aksesori atau barang apa yang kawan kawan wajibkan sentiasa ada bila keluar berjalan jalan santai atau menghadiri majlis..formal dan tidak formal..

Mengenakan pakaian lengkap itu  memanglah mesti..kalau tidak  esok masuk surat khabar muka pertama dik..ha..semua orang cabut lari..kecuali yang sama spesislah sama sama mengiring..kan..kan..*owh ada member baru katanya nanti*
Kalau PC angkut saja handbag tu..sebab semua keperluan dalam tu..bukan isi kehendak..haha..kadang en suami pun tumpang barang..

Itu yang kita lalui sehari hari..kebiasaan.Bezanya mungkin cara yang tidak sama.Kita sayang setiap barang yang kita miliki,kita jaga,kita hargai.Jadi aplikasikan juga pada sesama manusia.Mana yang telah berkahwin hargailah suami dan isteri masing masing.Ibu bapa sayangi anak anak..adik adik yang ada rasa rasa nak bercintan cintun tu tanya pada diri..tidak salah..itu naluri manusia normal..tapi semak hati..betulkan niat..jangan tanya jiran sebelah sebab dia pun tengah mabuk asmara..tanya Allah..in sya Allah ada jawapannya..

Di dunia kita tanggung..Di akhirat kita jawab
**ingat tu PC**

Halalnya Suci

1:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 

Syukur setiap kurniaan nikmat kehidupan di muka bumi Allah SWT.
Sikit jangan dikesali,,banyak jangan lupa disyukuri
Salam Jumaat untuk semua ukhuwah.Selamat beristirehat bagi yang tidak bekerja hari ini..yang bertugas selamat melaksanakan amanah yang diberi.Niatkan kerana Allah.

Mencari yang halal itu fardhu dan mencari yang suci itu tersangatlah dituntut.Dalam soal mencari,membeli dan memilih makanan sila pastikan kebersihan dan kesuciannya..terutama apabila berada di luar rumah.In sya Allah ada saja tempat yang bersih dan menjaga kualiti setiap hidangan yang dijual..dan kita hanya perlu bijak memilih.

Makanan dah halal dan bersih,,jasad dah terpelihara,,kosmetik juga pastikan halal dan suci..di pasaran pun sudah banyak alatan kosmetik yang berstatus halal dan suci..halal serta suci rohani dan jasmani..pakej..tersangatlah cun..kalah mok cun ya..alhamdulillah.
Buatlah pilihan yang terbaik.

Mulakan

8:00 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Air dari 7 lautan pun
tidak mampu mencuci 
dosa dosa melainkan 
dengan taubatan nasuha..

29 October 2015

MADINAH

8:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bumi Madinah istimewa..destinasi hijrah Rasulullah SAW..Allah memilih bumi Madinah untuk Rasulullah SAW menyebarkan agama dan dakwah Islam.Mengapa??

Madinah adalah benteng keimanan 
"Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular pulang ke sarangnya"
(Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah)

"Madinah umpama pembersih karat pada besi"
(Riwayat Bukhari dan Imam Malik)

Madinah tidak akan dimasuki Dajjal
"Tiada negeri yang tidak dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah"
(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Image
Google image 

Hujan Pun Tahu Hormat

4:00 PM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Syukur.Hujan.Hujan.Hujan.Bukan sahaja di pantai timur..di selatan juga sudah kerap hujan.Hujung tahun musim tengkujuh.Itu dulu.Tetapi sejak beberapa tahun ini hujung tahun akan bertembung 2 musim,jerebu dan tengkujuh.Moga jerebu terus berlalu pergi bersama angin dan titisan hujan.in sya Allah.Amin.

Mungkin ini hanya perasaan PC ke PC kuat perasan..*hikhikhik alas dagu bertongkat siku*..bukan sekali dua tetapi sudah banyak kali..hujan yang begitu lebat mencurah curah turun akan reda seketika  bila mana azan solat berkumandang..subhanallah.Allahu.Bukti kekuasaan Allah..bila seruan azan itu dilaungkan berhentilah seketika dari sebarang pekerjaan..Kalaulah hujan itu boleh berbicara dan kita memahami bahasa hujan..rasanya PC tidak mampu menunjuk muka..

Bila sang hujan turun membasahi bumi,kita sering berkeluh kesah
Sejuk,terganggu perjalanan,banjir
Bila sang hujan tidak langsung berbudi menyumbang walau setitis,kita juga mengeluh lagi
Tanaman tidak subur,ternakkan kehausan,,kemarau berpanjangan
Hakikatnya pernahkah kita fikir.Merajukkah sang hujan.



Jatuhkan Ego Bangkitlah Maruah

12:00 PM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image


Sebut saja ego.Negatif.Sombong.Berlagak.Keras kepala.Perasan perfect.*eh Mr perfact takut lipas la hihi*hakikatnya ada rasa sedikit ego itu penting kerana ego menyuntik keyakinan diri..tapi biarlah ego itu bertempat dan pastikan kena caranya nak tunjuk ego..jangan pulak menindas..*bukan kutu nak tindas tindas ni..hehe*kalau la ego itu negatif semata mana mungkin ada skuter brand EGO..bila dipositifkan baiklah jadinya..in sya Allah..

A: AWAK BOLEH BUAT KE?
B: SEE MY LEG LA..
egokan bunyinya..tapi mungkin dia nak tunjukkan keyakinan diri dan nak orang berasa yakin dengan dia.

A: BETUL AWAK BOLEH MEMANDU NI?
B: BOLEH,LAGI PUN SAYA DAH ADA LESEN..
ego jugakan..tapi kalau tak yakin tidak boleh buat..

Cumanya selagi boleh setiap apa yang kita cuba ingin lakukan sandarkanlah kepada Allah..cukup dengan menyebut alhamdulillah atau in sha Allah..tidak rugi pun sebaliknya lebih dipandang mulia..kerana akhlak dan budi pekerti..

Tidak semua orang boleh menghadam dengan baik dan betul setiap apa yang kita cuba sampaikan..walau pun niat kita sebenarnya putih.

Perhatikan Betul-betul

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Hebatnya seorang pejuang 
itu bukan bergantung 
semata-mata pada canggihnya senjata..tetapi bagaimana 
dia menyusun strateginya 
untuk menawan musuh..

28 October 2015

SIFAT MALU RASULULLAH SAW

8:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Abu Sa'id Al -Khudri r.a meriwayatkan berkenaan sifat malu Baginda SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud..

"Bahawasanya Rasulullah SAW lebih malu daripada anak gadis di kamarnya.Sesungguhnya apabila Baginda tidak menyukai sesuatu kami dapat mengetahui dari wajahnya."
{Hadis riwayat At-Tarmizi,Bukhari,Muslim,Ibnu Majah,Ahmad,Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad}

Image
Google image 

Malu dan sabar itu sebahagian juga separuh daripada iman 
Adakala meluah rasa hati cukup dengan reaksi wajah
Dan bila mula bertindak itu bukan kerana menunjukkan kegagahan sebaliknya mempertahan..
Sabar itu gagah
Tenang itu hebat
Bijak itu kuat
Redha itu juara
^,*

2 hala..2 beza

4:00 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 


Komunikasi.Macam mudah sebenarnya payah.Silap faham maksudnya disampaikan bertebaran fitnah pula jadinya.Dengar.Fahami.Awak dengar saya cakap.Saya dengar awak cakap.Bincang,muafakat.Komunikasi 2 hala.
Ibu-bapa-anak anak/Suami-isteri/Menantu-mertua/Guru-pelajar
Bila 2 hala menjadi 1,dan apabila 1 hala menjadi 2.Bakal huru hara jika tidak kena cara.

Jauh bezanya.Tidak akan boleh diundur.Usia.Masa.Kekal menjadi sejarah.Esok yang bakal mengganti.Bakal PC dan kita semua lalui.Apa,bagaimana kita tidak tahu.Tiba saatnya ya itulah hakikatnya.Terkadang kita tidak mampu menikmati pengalaman indah itu berlaku pada diri sendiri tapi Allah beri peluang insan insan sekeliling menikmatinya.Kebahagiaan itu dirai bersama.

TOLONG

12:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 


Bangun pagi bengkak mata
Kena cium semut gatal
Terima kasih pada semua
Hulur salam suai kenal

Pagi raya makan ketupat palas
Sambil menonton siaran ulangan
Budi kalian tidak terbalas
Pasti Allah gandakan ganjaran

Perdu Cinta blog picisan
Silapnya banyak di sana sini
Terima kasih ukhuwah rajin tinggal pesan
Motivasi PC perbaiki diri

Balas kunjungan rutin harian
Menghayati  nukilan cukup membahagiakan
Walau berjauhan rasa bersebelahan
Moga pertalian ini terus berkekalan

Jalan jalan pakai skirt kembang
Pakai kasut bertali tali
Sila maklum dikotak sembang
Rasa berbesar hati  PC follow kembali

Wahai ukhuwah yang PC sayangi
Jaga diri jaga peribadi
Jaga sunnah jaga Ilahi
Moga lancar di akhirat nanti

MOGA TIDAK AMBIL MUDAH

7:00 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Sedang kita ralit dan 
asyik melihat..jangan 
lupa kita juga dalam 
pemerhatian..berhati-hatilah 
dengan setiap apa yang 
kita lihat..jagalah pandangan..

27 October 2015

A H MA D A L B A B

8:30 PM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Syukur atas segala nikmat.alhamdulillah.

Susah tak nak berubah daripada kurang baik ke lebih...lebih..lebih baik?
Bergantung pada niat dan semangat..bersungguh..in sya Allah boleh.Jadi jangan pandang sinis pada mereka yang sedang bertatih untuk berubah.beri sokongan pada mereka!?!?..silap haribulan..haaaa dia lebih baik dari kita..amin.cukup Allah yang menilai..*tak sia sia Syawal tanam pokok payafa*

Senangkan nak jadi jahat?
Tunggu dia melintas sediakan maajun arnab 2 kilo lastik sebiji sebiji..dah jadi jahat..tidak pun pancitkan tayar basikal dia..dah jadi jahat..nauzubillahiminzaliq..

Realiti persoalan mahupun tindakan pada suatu perkara itu dapat di nilai sedari awal..sukarnya untuk berada di landasan kebaikan..berbanding mudahnya ternoda dengan onarnya dunia.Beratnya di mana..dosa atau pahala..laluannya tetap sirat yang sama..bezanya kita berjaya hingga ke hujungnya atau binasa dipertengahan lintasan..


A ntara H adiah enarik A kan D apat  
A dalah L aluan elahan A tas B ara



Ikut rasA

3:30 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ikut rasa
Google image 

◆•ikut rasa•◆

Ikut nafsu lesu..ikut hati mati..ikut rasa binasa..ikut suka??silap simpang neraka..betul lorongnya syurga..terserah..*pucat kita*
Mudah difahami tapi sukar untuk diterjemah dengan tindakkan..
Masing masing punya hak..individu punya pilihan..ya,betul lagi tepat dan padat..tambah lagi..mantap..* tunjuk jempol*PC akan buat apa yang PC rasa betul*ikut pendapat diri sendiri,,perasan bagus ceh* lalalala...rasanya setiap orang begitu..bebas melakukan sesuatu..

Terima hakikat kita ini manusia biasa..terkadang melakukan sesuatu itu dek kerana mengikut nafsu atau terburu buru..atau mungkin kerana emosi yang tidak menentu..contoh tengah marah pegi gigit telinga suami,,terpaksalah suami tidur pakai halmet sambil nangis tersedu sedu..Sedar..kita mula sedar bila mula ada yang menegur..teguran daripada insan disekeliling yang merasakan bagai ada yang tidak kena..perlu diperbaiki..alhamdulillah..itulah isyarat agar kita berubah..berfikiran terbuka tetapi waras dan matang...berlapang dada tetapi merendah diri..du'a moga Allah hadiahkan dan pilihkan untuk kita sahabat yang comel akhlaknya..amin..

Ambil peluang

8:00 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Pandanglah alam ini 
Bak pandangan helang 
Namun hargailah nikmat
Alam bak embun pagi 


26 October 2015

Terus pada zon amal ma'ruf

8:30 PM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk


Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya

(Surah Al Bayyinah)
(Ayat 7 dan 8)

Syaitan dan iblis setia dan berpegang teguh pada janjinya untuk terus menyesatkan anak cucu Nabi Adam AS hingga hari kiamat..bila kita mahu membuat kebaikkan pasti ada bisikan bisikan halus meniup lembut tapi kejam..jangan terpedaya..

Kenapa kita mesti tunduk dengan hasutan syaitonnirojim sedangkan dia sendiri tetap tunduk bila berhadapan dengan Allah SWT..Subhanallah.Allahu.

Image
Google image 


Insan

3:30 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Image
Google image 


Masalah tetap datang dan pergi 
Siang malam silih berganti
Kepada yang memandu berhati hati
Ingat ada insan sedang menanti

Letih badan ke hulu ke hilir
Melunas tugas bukan calang calang
Hindari sifat suka menyin
dir

Kelak diri dipinggirkan orang

Menunggang motosikal berkuasa tinggi
Gagah perkasa setiap sisi
Hidup sentiasa merendah diri
Tingginya darjat disisi Ilahi

Kayuh basikal sambil makan kuih keria
Kuih krianya manis lembut sekali
Jangan asyik sentiasa hendak bersuka ria
Hidup di dunia hanya sekali

Pancing ikan umpannya cicak
Umpan mengena senyum nampak gusi
Tidak salah buat rambut ala ala terpacak
Asal tidak melanggar hukum agama Islam yang disayangi

G U C C I

8:00 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

||G U C C I||

Perfectionist atau biasa biasa dan cukup besederhana itu hak masing masing..rezeki masing masing dan pilihan masing masing..
Pada pandangan Allah semua sama..jangan risau ye..

Ini 
Image
Google image 
Atau ini..


Image
Google image 

Silakan..hehe..

Keutamaannya adalah
                                         ^
                                         ^
                                         ^
G> Gandakan U>Usaha C>Cuba C>Cari I>Inisiatif..dalam segenap sitiasi..bawalah GUCCI ini ke mana mana..percuma..siapa tahu berkat kesungguhan GUCCI percuma..mampu memiliki yang berbayar pula..



25 October 2015

Susuk tanpa pengeraS

9:03 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Image  Google 

||susuk tanpa pengeras||

Sebut saja susuk tidak menjadi satu kepelikkan kepada masyarakat kita.PC tidak tahu pun apa sebenarnya susuk itu secara khusus.Bergantung pada niat dan tujuan mengambil atau mengamalkan susuk tersebut dan ikut selera pengamalnya..untuk menaikkan seri wajah..untuk menambah kekuatan tubuh badan...atau keperluan keperluan lain..

Tidak semua orang pandai dan boleh memasukkan atau memasang susuk..justeru perlu berjumpa dengan yang pakar..pastinya ada pengeras yang perlu dibayar..nak susuk tanpa pengeras??percuma??selamat??
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
WUDHUK
manjakan diri dengan wudhuk
In sya Allah 

Semakin sedar..

3:30 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nuffnang


||semakin sedar||

Alhamdulillah..bak kata pepatah.."hendak pastinya berusaha sedaya upaya..tidak mahu berusaha juga sedaya upaya mencari alasan"...berkat info yang dikongsi di media cetak,,media elektronik juga media masa(sosial)..semakin ramai wanita atau para ibu yang sedar akan kepentingan serta khasiat susu ibu..lantas mengamalkan pemberian susu ibu(breastfeeding) kepada anak anak mereka secara eksklusif..syukur..selagi ada rezeki untuk anak berilah..itu hak mereka..kecuali sememangnya ada kekangan yang tidak dapat dielak.

"Yang perempuan besok besok bila dah kawin..dah jadi mak orang..bagi anak susu ibu..yang lakinya ni para suami jangan pulak patahkan semangat isteri..bagi sokongan..jangan ingat esok di akhirat..anak anak saja yang ke neraka sebab ada dosa dengan mak bapak..mak bapak pun kena tahu anak anak boleh tuntut hak meraka di sana..salah satunya hak air susu..hak bagi nama yang baik..ingat tu..air susu dari Allah..minta dengan Allah..usaha..tapi kalau dah tak boleh..nak buat macam mana..redha saja"..ini lah pesan ustaz PC..PC ingat ustaz..cuma rezeki sedang Allah rencanakan..amin.

Jadi cantik sangatlah bila pihak Nuffnang sama sama mrnyokong Kementerian Kesihatan dalam agenda ini..

Image
Image
Image





P A K U

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Image Google 

||P A K U||

Bila dah mula meroyan..mula la semua peribahasa..simpulan bahasa keluar..mengata dulang paku serpih..mengata orang dia yang lebih"..yang ganas sikit dia ada penutupnya.."phuiii"..hehe..ingat jangat fikir puas hati kita saja..orang lain juga ada cara masing masing nak puaskan hati..tidak rugi berhemah sentiasa.

Hantu paku..orang tua tua selalu sebut hantu paku gara gara hendak menakut nakutkan anak atau cucu yang sukar dengar kata..bila dimomokkan dengan perkara sebegitu sedikit sebanyak mereka mendengar kata..alhamdulillah..tidak kurang yang kalis dan kebal..Allahu..

Gergaji tajam sangat.Tukul besi power..belum ketuk paku dah bengkok.Zink kilat memancar mancar..tapi paku tak ada..hehehe..mood ke laut terus tukang buat rumah tu..terus start motor pergi ngeteh dulu sementara tuan rumah beli paku 4 kilogram..begitulah resamnya hidup ini saling melengkapi dan saling memerlukan..yang utama Pastikan Allah Kekal Utuh di hati kita..

24 October 2015

Sujud itu..

8:30 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sujud
Image Google

||sujud itu..||

Subhanallah,ada yang didatangi malaikan Izrail lalu mengambil nyawanya.Ketika sujud.Saat betapa hampirnya diri seorang hamba dengan Allah SWT.MasyaALLAH.Kita tidak tahu adakah setiap sujud kita itu sujud yang terakhir atau masih ada lagi peluang peluang sujud yang lain.MANFAATKAN.

*************************************************************************************************************

Antara waktu waktu terbaik untuk berdoa

-Satu pertiga malam
-Sewaktu hujan turun
-Waktu di antara dua khutbah khatib ketika solat Jumaat
-Sewaktu syahadah akhir setiap kali waktu solat
-Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf
-Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
-Waktu dhuha

**********************************************************************************************

Rasulullah saw. bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والنسائي
“Keadaan hamba yang paling dekat dari Allah ialah di saat ia sujud, maka perbanyakalah berdoa padanya”. (H.r. Ahmad, Muslim, Abu Daud dan An-Nasai)

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والنسائي
“Adapun pada waktu sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, sungguh sangat besar harapan akan diijabah untuk kamu” . (H.r. Ahmad, Muslim, Abu Daud dan An-Nasai)

**************************************************************************************************************
Jangan kecewa bila doa tidak dimakbulkan.Bukan tidak tapi Allah mungkin lewatkan sedikit.Jangan hampa bila seolah Allah tidak menerima.Bukan begitu sebaliknya teruskan mohon padaNYA.


Cepat-cepat tampaL

4:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Image Google

||cepat-cepat tampal||

Musibah sukar dihidu.Boleh buat kita terkedu.Mugkin nanar seketika.Tidak mustahil pitam dan pengsan.Bukan macam buah durian yang senang menyebarkan bauny yang harum.Cari ikut arah bau in sya Allah jumpalah raja buah itu..*sila pakai topi keledar bila mengutip buah tersebut..alah terbau baulah pulak ni..bubur kacang,durian crepe..owh nafsu*.

Zaman sekolah rendah.Melihat van pejabat kesihatan umpama mimpi ngeri bagi sesetengah murid.Walau pun jururawat tu comel macam barbie,,jarum tetap tajam dik..bunyi mesin untuk tampal gigi pun berhantu je rasanya..dalam kelas pun rasa duduk punggung tak jejak atas kerusi..potonglah barisan tiba masa sampai juga giliran awak..*PC jadi tiba tiba takut bila tengok kawan nangis jerit jerit..kecut usus kita..haha*..jarak seminggu lori milo pula datang..hai yang nangis itulah yang beratur paling depan..haha..budak budakkan..

Perbetulkan kesilapan.Jernihkan keadaan.Positifkan hati.Bukan untuk kalian saja bahkan terlebih lebih lagi untuk diri PC sendiri.Jangan biarkan kebocoran hati yang batin terus menular,merosak dan membusuk.Binasa diri sendiri.Carilah kekuatan diri untuk mengurangkan sedikit kelemahan yang ada.Jadilah diri sendiri. 




C E L C O M

12:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
image
Image Google

||C E L C O M||

C - cuba  E - elak  L - lalai  C - cuba  O - ontime  M - MASYAALLAH 

Susah hendak dielak tapi tidak bermakna tidak boleh dicuba.Cuba.Cuba.Cuba.
Sama kaedahnya hendak ilmu.Iqraq.Bacalah.

 T E T A P I ingat..

Nampak macam negatif.Cuba fikir cara positif.
Dalam kelalaian itu terkadang ada hikmah.Allah sudah pun menyusunnya.
Setiap daripada tindakan,kesan tindakan atau keputusan tindakan..jangan tinggal "alhamdulillah".


Waspada..

7:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


||waspada||

Jangan memandang serong 
pada tangan yang sering menerima,,mungkin suatu 
masa tangan itu pula 
yang banyak memberi,,


23 October 2015

Contohi Akhlak Rasulullah SAW

8:00 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

||contohi Akhlak Rasulullah SAW||

Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW.
BAHAWA AKHLAK RASULULLAH SAW ADALAH AL-QURAN
{Sebagaimana yang diceritakan Saidatina Aisyah}

Dan menurut hadis berikut yang disampaikan sendiri oleh Saidatina Aisyah 

Hadis

Rasulullah SAW  bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji,tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan
dengan kejahatan.Baginda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada.
{Hadis riwayat At-Tarmizi,Abu Dawud dan Ahmad}

Subhanallah.Tidak hairanlah mengapa ramai musuh Islam yang runtuh keegoan mereka.Jatuh segala hasad dengki dan dengan rela hati memeluk Agama Islam.Turut sama dalam setiap peperangan melawan musuh musuh Islam..mengejar syahid..

Terus melangkah biar pun bertatih

4:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 

||terus melangkah biar pun bertatih||

Mengeluh.Itu biasa dilakukan.Kadang bukan disengajakan.
Subhanallah.Alhamdulillah.Tarik hembus.Tarik hembus.Nafas.
Bila susah.Ada lagi yang lebih susah.Bersyukur dan redha.
Apabila senang.Jangan lupa ada yang lebih senang dan mewah.Ikut resam padi semakin menunduk bila berisi.

Letih.Kerana kerja atau kerana perkara sia sia.Pilih betul betul.Alang alang biar letih berpahala.Moga moga Allah hadiahkan syurga.Lompat bintang pun lupa masa itu.Dilayan bidadari bidadari syurga.Amin.

Comel.Semua baby comel.Baby face comel ke tidak??!?..krik..krik.
Semangat.Jalan setapak dua-jatuh terduduk-bangun-selangkah tiga-tersungkur-duduk-bangun.Masuk bawah meja.Terselit celah kerusi.Benjol sana.Lebam sini.Biasa.Akhirnya tegap berdiri.Mantap berlari.Yeyy.Hendak berjaya bukan mudah.Hendak gagal sangat senang.Niat yang baik diadun dengan semangat yang padu in sya Allah boleh.

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

3:55 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Siapa?..Siapa?..

12:13 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

||siapa?..siapa?..||

Bangun pagi minum air kelapa
Isinya dimakan dengan gula tebu
Paling utama dijaga segala tertib dan rukunnya
Tunaikanlah solah tidak usah terburu waktu

Awal pagi turun ke bendang
Sambil melihat burung merbah
Suaranya merdu bila berkumandang
Pastinya beliau Bilal bin Rabbah

Hatinya walang(sedih,duka) bukan kepalang
Pinangannya ditolak setiap wanita 
Syahidnya Saad As-Sulami di medan perang
Jasadnya menjadi dambaan bidadari syurga

Saidina Umar,Uthman,Ali,Abu Bakar sahabat Rasulullah 
Susah senang ditempuh bersama
Di medan perang semangatnya tidak pernah luluh
Setia bekorban demi agama juga yang ESA

Saidatina Aisyah bijak bistari
Perawi hadis kesayangan Rasulullah
Biar pun diusia muda bergelar isteri
Kecintaan beliau terhadap Rasulullah dan hadis sentiasa teguh

Sama samalah..

7:30 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

||sama samalah||

Bila kita menyimpan rapi celanya orang..
Allah cukup rapi 
menutupi cela hamba yang dikasihi..

22 October 2015

KHATAM AL-NUBUWWAH

8:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 


||KHATAM AL-NUBUWWAH||

Mungkin ada yang sudah sedia maklum apa yang dimaksudkan dengan KHATAM AL-NUBUWWAH.Alhamdulillah.Bagaimana pun PC ingin kongsikan mengenainya.Kita ulangkaji sama sama.
Selawat dan salam buatmuYa Rasulullah SAW 

**************************************************

KHATAM AL-NUBUWWAH merupakan satu tanda di badan Rasulullah SAW sebagai menunjukkan bahawa Baginda adalah penutup segala nabi nabi dan rasul.

**********************

Antara hadis hadis yang menceritakan mengenai bentuk KHATAM AL-NUBUWWAH tersebut

"Aku pernah melihat khatam (tanda kenabian).Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah SAW.Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung merpati"
[Diriwayatkan oleh Sa'id bin Ya'qub At-Thalaqani dari Ayub bin Jabir,dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a]

"Aku bertanya kepada Abu Said Al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah SAW.Dia menjawab,"Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah SAW,merupakan daging yang timbul."
[Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Bisyr bin Al-Wadlah,dari Abu Aqil Ad-Dauraqi yang bersumber dari abu Nadirah Al-Aufi]

Moga tidak terus diuji iman yang rapuh..

4:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image

||moga tidak terus diuji iman yang rapuh||

Allahu.Allahu.Allhu.
Semua milik MU..semua..segala galanya..jasad ini..jasad mereka..nyawa juga.
Pinjaman yang tidak ternilai.Balasnya janji taat.Hadiahnya pahala dan syurga.Moga layak.

Allahu.Allahu.Allahu.
Ajaibnya kuasa kasih sayang MU.Sentiasa memandang kami yang sering mengingkari.Berdoas.Sangat berdoasa.Setiap ujian itu tanda ENGKAU tidak pernah berpaling daripada kami.Syukur.

Allahu.Allahu.Allahu.
Teruslah pandang kami.Teruslah tegur kami.Teruslah bimbing hati hati kami.
Pandanglah walau sedikit kebaikkan yang kami lakukan gantilah dengan kedamaian.
Tegurlah kami dengan lembut agar hati kami terus terpaut.Hanya MU tempat kami berpaut.Bimbinglah kami.

Allahu.Allahu.Allahu.
Iman kami belum cukup tebal untuk ENGKAU timbunkan dengan ujian.Allahu.
Ringankanlah sedikit demi sedikit dugaan ini.Kurangkanlah sedikit demi sedikt ujian ini.
Subhanallah.Alhamdulillah.

Allahu.Allahu.Allahu.
Kami selemah lemah hamba.Kami sekerdil kerdil makhluk.Pelihara iman kami.
Berilah lagi peluang untuk kami pebaiki diri.Bukan untuk duniawi tapi untuk bekalan hidup di sana kelak.Amalan yang masih sedikit.Apatah lagi pahala terlalu sedikit.MasyaAllah.
Moga setiap dugaan yang menjenggah menebalkan lagi keimanan kami Ya Allah.Amin.