28 September 2015

Soalnya hatI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Soalnya hati
Google image 

•○●Soalnya hati●○•

Hujan sudah berangin pun sudah
Doa tidak sesekali dilupakan
Hari hari mendatang terasa semakin berubah
Jerebu itu satu dugaan


Angkat barang jari berbirat
Rasanya enak si halwa buah pala
Biarpun bersugi hukumnya sunnat
Amalkan sentiasa kerana berpahala


Hobi pak joko tengok gusti
Bersama sahabat karib si rahmat kepit
Sememangnya yang wajib itu mesti
Tidak salah tambah yang sunnat


Dugaan datang tidak terjangka
Terkadang boleh gundah gulana
Itu semua kehendak DIA
Yakinlah sentiasa pada yang ESA


Pertemuan pastinya ada perpisahan
Alam maya penghubung ukhuwah
Jangan terlalu asyik memendam perasaan
Kelak meletup seluas kawah

2 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..