20 September 2015

Santai jE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
santai je
Google image

(*)  santai je (*)


Daun sireh daun kadok
Seakan sama tapi tak serupa
Bila makan sila laa duduk
Barulah nampak sopan pada pandangan mata


Jala bubu pukat
Bot tunda bot tarik
Mula mula menyakat
Eh lama lama tertarik


Halia kunyet serai
Daun kesum pucuk singkil
Robohnya kerana bercerai
Hindari sikap haji bakhil


Panjang pendek kurus gemuk
Muda tua sihat sakit
Rezeki datang bukan sekali segerobok
Cubalah usaha berdikit dikit


Sambal kicap pedas pekat
Soto ayam daun sup pegedil
Latih diri bersikap muafakat
Jangan tunjuk sikap degil


Cicak mati tersepit pintu
Lidah terjelir nak mengucap tidak tahu
Jangan diganggu harta yatim piatu
Ingat sikit tu malaikat Malik setia menunggu





2 comments:

  1. best best semua pantun :)
    semua ada moral value

    ReplyDelete
  2. @mirza syazwina
    Allahu biasa2 je dik..cuba adik buat pantun mesti best juga..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..