23 September 2015

RagaM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ragam
Google image

..ragam..

Disentuh kuncup malu
TItulah pokok semalu
Kalau pokok pun tahu begitu
Mengapa manusia tiada rasa malu

Pucuk betik rasanya pahit
Direbus dengan sedikit minyak
Telunjuk lurus kelingking berkait
Begitulah sekarang yang banyak

Daun senduduk dalam hutan
Boleh membantu merawat luka
Jangan mudah dengar hasutan
Menyebabkab diri dipandang hina

Rebung buluh diracik tipis
Tujuannya hendak dibuat jeruk
Jangan biar kebaikkan diri terhakis
Takut berakhir seperti kain buruk

Tebu hitam sukar dicari
Tebu kuning tumbuh melata
Dalam hidup musuh jangan dicari
Kerana kawan itu juga harta


8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. skg ramai yg xde dh rasa malu...makin bangga pun ada...padahal..terang2 buat benda yg xelok...nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. cuaca mendung sepanjang hari
    terima takdirnya dengan redha
    singgah bertemu adinda PC
    selamat hari raya aidil adha

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..