Jangan sekadar berkisaH

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Jangan sekadar berkisaH
Google image


.. jangan sekadar berkisah..

24 September 2015.Khamis.10 Zulhijjah 1436H
Selagi bernyawa.Setiap tahun.Meraikan bersama.

Berdoa.Sentiasa.Gigih.Sabar.Demi Zuriat yang diingini.
Akhirnya Allah mendengar dan menganugerahkan Nabi Ibrahim zuriat.
Dari seorang isteri.Siti Hajar.Nabi Ismail satu satunya putera dikurnia.

Menanti kehadiran zuriat begitu lama tidak menghalang Nabi Ibrahim untuk terus mentaati perintah Allah SWT.Begitu juga Nabi Ismail.
Tetap taat.Kerana Allah SWT.Wahyu daripada mimpi.Akur.
Nabi Ibrahim A.S bersedia untuk mengorbankan anak yang dikasihi,Nabi Ismail.

Berkata Nabi Ismail kepada ayahnya..

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Ganjaran.Serahan hati kepada dan kerana  Allah.Parang yang tajam menjadi tumpul dileher Nabi Ismail.

Allah SWT berfirman

"Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan"

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu
 boleh rujuk sini

Moga kita niatkan setiap amalan kerana Allah.bulatkan hati.luruskan niat.
Selamat bersedekah di aidil adha.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kisah Nabi Ibrahim mengajar banyak perkara pada kita jika tahu menilainya.

    BalasPadam
  2. @kak gojes
    Betul tu KG..wajar dihayati dengan mata hati..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama