03 September 2015

Berseloka lagi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Berseloka lagi
Google image 

Bunga teratai bunga kekwa
Warnanya cukup memeriahkan suasana
Jangan asyik ketawa saja
Pelupa dan keras hati pula jadinya

Lakonan dan nyanyian itu hiburan
Ada kumpulan rock Wings,Search dan Mega
Jangan bercakap ketika makan
Itulah adab yang perlu dijaga

Gigi berlubang dikorek ulat
Muka monyok menahan sakit
Jadikan diri sentiasa kuat
Supaya dapat melawan sakit

Warna warni memang cantik
Buat mata tidak jemu memandang
Ikut hati hendak semua yang cantik cantik
Jangan yang buruk terus terbuang

Sengkuang timun dan nenas
Racik halus dibuat rojak
Beri idea biarlah bernas
Tapi jangan sampai bertekak

Tapai pulut tapai ubi
Daun pisang dibuat pembungkus
Beralah itu tidak rugi
Walau terasa hati bagai dikukus

Hendak hilangkan gemuruh makan gula gula
Gula gula lolipop jadi pilihan
Selamat tengahari semua
Makanlah perlahan lahan

12 comments:

  1. Hari ini kakak tak kerja
    dapat makan bersama keluarga
    habis sudah cuti anakanda
    sambung belajar nun juah di sana

    gurindam ini untuk diingat
    bahgia di dunia dan juga akhirat

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah PC,

    Sungguh indah bait2 pantun itu.. :-)

    ReplyDelete
  3. pantun best..create sendiri eik..hihi nice!

    ReplyDelete
  4. mecari idea makan tenghari
    ke sana sini sambil menyanyi
    perdu cinta jom join sekali
    segmen bloglist ada hadiah menanti

    JEMPUT JOIN SEGMEN :BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

    note : 2 org bertuah dapat hadiah special

    ReplyDelete
  5. pegi kedai makan bihun
    kedai tutuppp

    ReplyDelete
  6. @Kakzakie
    hati pasti rasa gembira
    bila anak anda sentiasa bersama
    moga semua kekal bahagia
    bukan sekadar di dunia,,hingga ke syurga juga..

    ReplyDelete
  7. @Aya Suria
    hehehe..aah aya..ala sikit sikit boleh la..PC perasan nak jadi pemantun..

    ReplyDelete
  8. @theyanaonly
    jalan jalan senang hati
    singgah kedai beli guli
    terima kasihsudi singgah sini
    Allhamdulillah PC dah join tadi

    ReplyDelete
  9. @beat
    dalam runningman ada HaHa
    Hahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  10. dia second saya first
    dia tenang saya rakus
    suka rangkap second last
    perghhh walau hati bagai dikukus!


    hehee

    ReplyDelete
  11. Wah siap berpantun seloka bagai..hehehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..