16 September 2015

Berkasih sayang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Berkasih sayang
Google image 

*♡* berkasih sayang *♡*

16 September hari Malaysia 
Sama merai kita semua
Tidak kira bangsa agama
Moga ukhuwah setia bersama

Duduk ditangga termenung jauh
Bertongkatkan tangan memikir sesuatu
Gembira terasa bila riuh
Diharap agar sentiasa begitu

Berpimpin tangan berganding bahu
Yang sedikit dijamah yang banyak dikongsi
Janganlah buat buat tidak tahu
Cubalah bertanya bila nampak sesuatu ditangisi

Buah pulasan buah durian
Gugur sebiji terus dibelah
Jangan jemu untuk melaksanakan
Setiap ajaran sunnah Rasulullah

Bunga orkid bunga kenanga
Tanam dalam pasu bersebelahan
Berkasih sayang berpada pada
Jadikan agama sebagai sandaran

Sakit perut terkentut kentut
Kepit kepit cover malu
Jangan bangga diri sedikit ilmu yang dituntut
Rajin rajin bertanya selalu

13 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..