20 August 2015

Selesai maghrib..tunggu isyaK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hari khamis malam jumaat
Duduk bersila atas sejadah
Lepas tamat baca yasin buat doa selamat
Tak perlu yang panjang ringkas cukup dah

Bila hukumnya wajib maka mesti buat
Nak tambah pahala sokong dengan yang hukumnya sunnat
Biarlah kita mula macam lambat
Asal bukan kita jadi tukang penamat

Tolong ketip kuku yang panjang
Jangan suka cepat terpengaruh
Tidak jangka apa bakal mendatang
Usaha berdoa terus berserah

Bintang indah dilangit yang pekat
Dingin angin menyapa pipi
Jangan hidup dek kerana pangkat
Esok lusa akan ditinggal pergi

Sepuluh sen dua puluh sen
Sembunyi tabung bawah besen
Nikmatnya makan telur masin
Ucap alhamdulillah selepas bersin

3 rakaat ditunai sudah
Berzikir berselawat dalam hati
Sebelum bangun lipat sejadah
Ingatkan diri solat isyak sekejap lagi


8 comments:

  1. Alhamdulillah dah selesai solat isyak...

    ReplyDelete
  2. pegi kdai beli gula
    asyik-asyik pegi kedai
    moga kita org bertaqwa
    nnt kt sana x kena tibai.


    ReplyDelete
  3. makan telur masin + nasi panas2 mmg padu! ehehhe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat menunaikan dan menambahkan amalan :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..