11 August 2015

♡♡pantun lagi..dan lagi♡♡

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jom..jom..
Google image 


Buah mengkudu rasanya pahit
Kalau nak manis itu gula
Bersabar itu memang pahit
Apa salahnya kalau hujungnya bahagia gembira

Daun sireh daun kadok
Silap beza tersalah petik
Kalau tidak mahu berasa kekok
Pastikan sentiasa rajin berlatih ya dik

Serai halia kunyit lengkuas
Mesti diperhati betul betul
Hidup ini tidak pernah puas
Silap langkah orang datang pukul

Mutiara bersembunyi dalam tiram
Kulitnya keras pelindung diri
Hidup jangan bersikap kejam
Esok lusa susah sendiri

Ulat bulu ulat gamat
Semua dikumpul dalam perahu
Dunia pasti akan kiamat
Rahsia itu hanya Allah yang tahu

Gigi susu sudah patah
Terantuk si bucu meja
Jangan disakat orang melatah
Takut takut padah jadinya

Rambut kerinting bergulung gulung
Malas disikat macam sabut
Peliharalah cinta yang agung
Kalau nak cinta kita disambut

Anak rusa sakit perut
Lidahnya bengkak tumbuh ulser
Bila bersembang jangan suka mencarut
Ingat ingat malaikat pun dengar juga yer

4 comments:

  1. peti sarat muatan jering
    regukan dengan ulam pengaga
    hati dan mulut kena seiring
    baru dihormati dan bahagia

    biarlah makan usah ditegah
    nikmatnya sedap rasa di tekak
    jika di dunia sering bertelagah
    bagaimana di padang mahsyar kelak

    ReplyDelete
  2. Berjalan-jalan di Pontian
    Bawa bersama bekal pengat
    Terima kasih atas perkongsian
    Nasihat diberi berguna sangat

    ReplyDelete
  3. alamak...rasa mcm nk berpantun..tp xbape reti hihihi

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..