05 August 2015

menjamu mata..mengisi perut

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jeling jeling tengok jam
Perut berdangdut bergazal berock
Selagi boleh patuhi masa pada jam
Sebelum berlaku babak bos amuk mengamuk

Itu,,itu,,ini dan ini
Terus bungkus pergi kaunter
Perut lapar minta diisi
Sebelum kepala pening berpusar pusar

Tadah tangan baca bismillah
Jangan lupa pelawa yang memandang
Makan menggunakan sudu itu tidak salah
Asal budaya dan adat tidak lupa sewenang wenang

Sendawa bertalu talu
Isyarat supaya berhenti santap
Beradablah ketika makan tu
tanda kita insan beradab

Pencuci mulut buah longan
Sesudah makan cuci tangan
Kalau boleh jangan lupakan
Ucap alhamdulillah selepas makan







4 comments:

  1. selamat menjamu selera..selamat hari raya 😄

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dan salam ukhuwah..

    Sungguh pandai berkata-kata,
    Saya di sini biasa sahaja,
    Salah Ukhuwah dari saya,
    Dari Jepun negara ke-dua,

    :)

    ReplyDelete
  3. @NanyFadhly
    Terima kasih datang berziarah
    Walau sekadar dialam maya
    Moga kita menjalin ukhwah
    Berkongsi ilmu apa adanya..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..