25 August 2015

Hidup inI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hidup ini
Google image 

Sahabat Rasulullah SAW yang empat
Abu Bakar Umar Utsman dan Ali
Kalau diri tidak suka diumpat
Diri sendiri pun mesti diingatkan sekali

Buah khuldi penyebabnya
Termakan hasutan iblis durjana
Merana tidak kerana sakit semata
Mungkin juga doa doa dari insan teraniaya 

Syurga itu banyak pintu
Tidak mustahil salah satu kepunyaan kita
Syaratnya jiwa tidak kematu
Harapnya sentiasa bermohon pada yang Esa

Siti Maryam bonda Nabi Isa
Siti Aminah pula bonda Rasulullah 
Bila ditimpa musibah jangan berputus asa
Dekatkan lagi diri dengan Allah

Antara bukit Safa dan Marwah Siti Hajar berlari lari
Demi mendapatkan air untuk anakanda dikasihi
Berusahalah mengasihi diri sendiri
Tidak kira di mana jasad berdiri

9 comments:

  1. Akak, byk puisi akak buat. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  2. Akak, byk puisi akak buat. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH.. mencuba jadi yang lebih baik. Amin

    ReplyDelete
  4. @Shafuhan Smab
    Ilham dari Allah adik..alhamdulillah terima kasih..kadang tu macam lost juga..kadang pulak macam tak sedap ritmanya..

    ReplyDelete
  5. @Rita
    Teruskan mencuba ye rita..in sya Allah boleh..

    ReplyDelete
  6. @Zizie Zack
    Hehe..sikit sikit boleh la zie..kadang tu tak nice juga..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, perkongsian yang baik ^-^

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..