17 July 2015

♡♡tulang empat kerat oiii..♡♡

Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡ 

amboiii tajukk..

Google image 

1Syawal mucul sudah
Berkumpul semua di teratak bonda ayahanda
Kewajipan walau pun sunnat ditunai sudah
Sila nikmati juadah yang ada

Marhaban menjadi satu tradisi 
Mengerat ukhuwah sesama tetangga
Cepu kosong cepat diisi
Moga tidak ada tetamu yang menganga

Sekali sekala semua berjumpa
Mulut becok mengalahkan bertih
Tersenyum sini ketawa sana
Walhal tubuh sebebseben 

Pandang atas indahnya langit
Melatah latah dengar bunyi mercun
Bau ketiak pun naik hangit
Bekerja keras sekali setahun

Banyak sikit bukan ukuran
Hati riang lompat lompat
Duit raya sekadar hiburan
Usah dipertikar berapa yang dapat

Sini wish sana wish
Ini autopublish



1 comment:

  1. Selamat hari raya kak. :)
    Taqabbalallahu minna wa minkum.
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..