24 July 2015

♡♡bissmillah..bye bye..tata..Assalammualaikum ♡♡

Makan sudah minum sudah
Bermaafan juga sudah
Lupakan yang sudah sudah
Moga setiap urusan menjadi mudah

Kerepek pisang kerepek ubi
Minum pula air keladi
Bersihkan minda sucikan hati
In sya Allah wajah berseri seri

Makan asam sakit perut
Bangun pagi cirit birit 
Andai bicara hendak diturut
Suami isteri jagalah perut

Dihidang kuih makannya buah
Syok berkisah itu dan ini
Tujuannya hendak panjang ukhuwah
Moga kasih sayang mekar bersemi

Rindu terluah melihat wajah
Baba mama mak abah
Langkah anak membawa maruah
Maruah yang jangan dipandang mudah  

Google image 


4 comments:

  1. seronok di permulaan, sedikit sedih dan hiba bila nak ditinggalkan.... salam jumaat kak...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak jua :) seronok pulak baca pantun kat sini :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..