♡♡biasan qalbu♡♡

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Google image 

Babah yang ku sanjungi
Kita saling berpandangan..tatkala anakmu mula mengenal..dirimu telah dulu mengenaliku..dirimu jejaka pertama..

Biarpun diriku satu satunya anakmu..namun dirimu membanting tulang bak menyara 10 anak serupa denganku..

Bila berjauhan..hati ini merindu..namun rindumu melebihi rinduku..ia tidak terluah dek bicara namun cahaya dimata sudah cukup buat kutahu dirimu lebih lebih merinduiku anakmu..

Babah yang ku sanjungi
Anakmu berusaha untuk menjadi wirawati..atau mungkin serikandi namun anakmu gagal lagi..kerana dirimu terlebih dulu menjadi wira sejati

Kuhulur tangan memimpin..kuterasa gembira bukan kepalang hakikatnya dirimu telah lama memimpinku..

Kujatuh dikala tidak mengerti apa apa kau sambut..kurebah tatkala ku telah dewasa kau tetap dakap..kutewas kerana tatkala dirimu lelah dek usia anakmu terkadang terlonggar genggaman..

Bila ku cuba memahami dirimu telah dulu menyelami..bila anakmu cuba menyembunyi..nalurimu pantas mengekori..
Sepanjang hayat ini..begitu mahal mutiara jernihmu babahku..
hinggalah hari akad dilafaz..terlerai segala simpulan..murahnya mutiaramu berderai..


Abah mertua yang ku sanjungi
Dirimu pahlawan kepada wira hatiku..
Dari besarnya sekadar segenggam..hingga menjadi penjagaku..dirimu tetap darah dagingnya..abadi selamanya

Abah mertua yang ku sanjungi
Ku menyayanginya kujuga menyayangimu abah..
Andai dibilang,,pastinya tidak tertanding walau meminjam pasir ditepian pantai..betapa banyaknya keringat yang telah dirimu titiskan,,

Abah mertua yang ku sanjungi
Bagiku anakmu adalah imam terbaikku..dan bagi suamiku anakmu,,dirimu adalah imam terbaiknya..sesungguhnya terlebih dulu dirimu menjadi imam kepada imamku..

Abah mertua yang ku sanjungi
Suamiku anakmu istimewa..kerana dirimu begitu berharga..sangat berharga..
Kucuba membina bahagia bersamanya..sedangkan dirimu telah dulu membina kehidupan untuknya..
Suamiku tetap anakmu..suamiku tetap pelindungmu..suamiku tetap milikmu..selagi Allah izin ia begitu..
Cukup suamiku anakmu menggalas tugas kerana diriku isterinya moga suamiku anakmu tidak berubah kerana memperisterikan diriku..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wira sejati kekal di hati abadi...

    BalasPadam
  2. Diri ini tidak lagi mempunyai bapa kerana telah diambil kembali oleh Maha Pencipta. Namun rindu padanya dihati tetap bertakhta...

    BalasPadam
  3. waaa....versi hero pulak yerr hihihi

    BalasPadam
  4. @Deanna Morni
    ayah pun besar peranannya dalam keluarga selain ibu...ok..adil dah..sama2 ada nukilan...hihi...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama