18 May 2015

○●○semakin mendekat..bersama dugaan DIA menghampiri○●○

Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡


Hati mula bertatih,,belajar menambah kasih..tidak nampak bukan bererti tiada..keteguhan iman mesti sentiasa digilap..biar silau berkilat..bila kita mula sayang..hendak beri sehabis baik..bila sudah asyik merasai nikmat cinta..ketidakcukupan rasanya tidak boleh wujud..melunaskan rukun Islam kedua dirasakan tidak puas..melaksanakan rukun Islam ketiga..seolah tidak mencukupi..kuasa rasa cinta..cinta agung..cinta mati untuk Ilahi..tambah yang sunat sunat..ganjarannya tetap bermanfaat..💖

Ada yang memulakannya dengan rasa malas curiga,,sebal didada,,atau mahu menutup pincang jasad sendiri..namun,hadiahnya ada yang mendapat terus redha Ilahi hingga jasad disemadi...tidak kurang yang masih langgar janji..hati berbelah bahagi..berbasa basi..jangan khuatir..cuba lagi dekatkan diri pada Ilahi..

Cuba..cuba..cuba..
Lesu..lesu..lesu..Owh gagal..😥
Hendak...hendah..hendak..
ermmmm malas..malas..malasssss..owh tewas..😣
Sampai bila??!?
Andai hendak..sila bangkit..mesti lawan..dengan bersungguh..

Semakin kita berusaha perbaiki diri,,mencantikkan iman pada diri,,berikhtiar menambah kualiti taat pada setiap suruhan Ilahi..amal maaruf..nahimungkar..seiring itu dugaan mendatang..itu tanda Allah sedang asyik memandang..menilai hati yang rawan..bermunajat meminta pertolongan..ingatkan diri Allah sentiasa disisi..biarlah Allah memberi ujian andai itu boleh menyatukan hati kita padaNYA daripada Allah berpaling membiarkan kita lalai dan leka di dunia dan jadi fakir kelak di sana..

12 comments:

  1. memang benar,kuatnya dugaan yang kadang kala cuba merobohkan kekuatan untuk bertahan,rapuhnya hati dan semoga ia akan terus bertahan melawan dugaan setiap kali ia datang bertandang,In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah melalui ujian akan menjadikan kita insan yg lebih baik..tanda Allah masih sygkan kita

    ReplyDelete
  3. biasalah. lumrah hidup. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kehidupan ini sememangnya begitu...

    ReplyDelete
  5. @anajingga
    aminn..moga Allah bantu kita untuk tingkatkan amal kebaikkan..

    ReplyDelete
  6. @anamizu
    kan..moga Allah pelihara kita semua..

    ReplyDelete
  7. semakin hati ingin membuat kebaikan, semakin itu Allah menurunkan ujianNya.. huhu

    ReplyDelete
  8. @Gee Lion
    tujuannya satu..Allah nak lihat setakat mana ikhlasnya ht kita..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..