19 April 2015

♡♡tanda ingatan♡♡

10:53 PM 4
♡♡tanda ingatan♡♡
Bissmillahirahmanirrahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡

Dingin malam..nikmat..hangat juga nikmat..alhamdulillah Ya Allah..satu pintu tertutup..pastinya beribu lagi pintu terbuka untuk kita..syukuri setiap apa yang kita ada..teruskan usaha untuk perolehi apa yang dicita..daripada Allah pastinya kembali juga pada Allah..selawat cinta untukmu Ya Rasulullah..

Sekuntum untuk sang kekasih,,biarkan dia meroyan..tidak sah belum tentu menjadi yang halal dik..baik simpan duit dalam tabung..hihi..sejambak untuk si isteri,,kerana dia hadiah daripada Allah kan..kan..sepasu untukmu wahai ibu..terapi jiwa..perawat minda..moga redhanya senantiasa bersama kita..mawar merah dipersembahkan..segarnya mewangi..keringnya kekal harum..bezanya siapa penerimanya..tapis dan telus harapnya..di mana bumi dipijak..di situ hakikat yang perlu dilalui..

Kesakitan itu ujian..kesihatan juga dugaan..kesabaran itu perjuangan..kemarahan parasit kehidupan..amaran datang pelbagai bentuk..banyak cara..macam macam kaedah..untuk mengingatkan kita..daripada DIA untuk kita..lupa itu racunnya..pujian,, ye..pujian..
boleh buat kita terbius dengan amaran Pencipta..

Jangan tersedu menangis di penjuru katil bila dikata tidak comel..tidak usah termakan dek caci yang menyengat..kerana hati kita yang sedang Allah pantau dan pandang..jadilah insan yang bijak dan hebat di mana hebat dan bijaknya itu tidak menyakiti insan lain dan tidak merasakan dirinya berada di atas..kan SEMUA ALLAH PUNYA..

12 April 2015

♡♡ikut kemampuan♡♡

11:22 PM 9
Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah




Hujan renyai dan lebat bersilih ganti..seakan berirama menyatu dengan desiran angin yang mengasyikkan..rezeki kepada alam dan isinya..syukur Ya Allah..magisnya rindu yang tidak pernah terluak walau sedikit pada mu ya Rasulullah SAW..selawat dan salam..tunggu kami di mahligai syurga..

Ikut rasa binasa,,ikut hati mati,,ikut nafsu lesu..tapi itulah yang syok hendak buatkan..kan..jangan pening..ikut yang disuruh,,tinggal apa yang dilarang..bukan ikut suka hati..buruk padahnya..tak gitu..hendak bertestimoni pun biar kena dengan caranya ye..harap maklum..

Keterdayaan manusia sangat terhad,,amat terbatas..jangan suka mencabar..jangan mudah melatah bila dicabar.."kalau ko hebat,,sila makan 2 periuk laksa.."mau lebam terkeluar pusat kawan tu dik..bersungguh dulu masa baby maknya tekan dengan duit syiling,,tuam dengan daun sireh hangat hendak benamkan pusat tu.."kalau gagah pegilah tidur sebulan atas pokok kelapa yang ada sarang lebah bersaiz tempayang pusaka jiran sebelah..ada bran..ada bran.."hamboi..poyos saja bunyinya ye..cuba awak buat dulu..hihi..

Biasa biasa yang luar biasa itulah istimewa..hebat tetapi senantiasa mewah dengan kesederhanaan itulah kejayaan..hidup ini perjuangan..beratnya ke mana..kebajikan..atau kemungkaran..Allah sentiasa memerhati..bukan jasad tetapi hati,,Allah juga sentiasa menguji..mengikut keterdayaan hamba yang dicintai..moga hidup dan matinya kita dalam redha Ilahi..

07 April 2015

♡♡belajar♡♡

8:11 PM 6
♡♡belajar♡♡
Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah..

Mensyukuri itu perlu tanda kita ini menghargai setiap nikmat..berselawat mesti senantiasa tanda balasan kasih kekasih Allah..berterima kasih sesama makhluk lambang berbudi pekerti mulia..

Anak kancil terbatuk batuk
Tersilap makan pucuk hutan
Jangan tunggu hendak diketuk
Baru agenda giat dilunaskan

Semut api saiznya kecil
Gigitannya buat mata berair
Jangan asyik duduk mengail
Hingga alpa keluarga dipinggir

Alif ba ta
A B C
Jangan syok mengata
One day you can see

Belajar sentiasa digalak dalam agama..mengajar itu satu perkongsian..asal setiap apa yang dituntut itu bermanfaat..silakan..

01 April 2015

♡♡jemaah..mewah nikmat♡♡

9:54 PM 5
♡♡jemaah..mewah nikmat♡♡
Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah

DIA berdiri dengan sifat dan zatnya sendiri..meniupkan nyawa kepada kita yang bukan kepalang nilai harganya..denyutan pertama..buat jiwa jiwa merasa sangat bertuah..terasa bagai diawangan..syukur pada sesiapa yang Allah kurnia..gula itu manis..namun keenakkannya seketika..selawatlah kerana bahagianya menusuk jiwa..untuk baginda Rasulullah saw yang sentiasa mengutamakan ummatnya..

Secupak..segantang..
syukur sedikit..banyak lebih mensyukuri..ingat sentiasa ye..sedikit kita memberi..lebih yang berlebihan itu kita sedekah dan hadiahkan..kita,,dia,,mereka..dapat sama sama menikmati..tak gitu..Allah tidak mengizinkan sesuatu itu brberlaku atau terjadi..dengan sia sia..semuanya bersebab,,setiap satunya mendatangkan manfaat..trust Allah..

Lebih besar..lebih luas..lebih banyak..lebih itu..lebih ini..bila dengar saja perkataan "lebih" boleh hilang mengantuk..mata yang kuyu segar bugar mengalahkan sayur yang hidup subur diladang..itu kalau part yang sweet sweet,,best best saja ye..yang sentap..rentap dan ranap..hah..zazzz lari laju laju..bukan semua begitukan..ada juga yang tidak molek kita syok buat..kihkihkih..goooosip..berganda pahala bila perkara baik itu kita lakukan  berjemaah..dan bergemmah jugalah dalam menghindar yang mungkar mungkar..