♡♡emosi♡♡

Bissmillahirahmanirahim 


Pandangan sepasang mata...
gembira atau sedih..jarang sinar mata membohongi..letaklah liquid eyeliner ke..eyeshadow bagai..maskara 2 bakul..atau pun bulu mata daripada ekor merak..insyaAllah terkesan juga..lagi lagi lah kalau awak tu menangis..sudahnya macam ada 2 biji bola golf pada kelopak mata..ingat..bersedih itu boleh..bergembira apatah lagi..namun berpada pada..

Ungkapan daripada seulas bibir mungil yang mulus...
manis senyuman..atau hambar dan suram cahayanya mampu dinilai..yes..hati tidak boleh dilihat melalui luaran namun biasnya boleh terluah bila mana bicara meluncur telus dan tulus..jujur atau sebaliknya..rasa rasa macam diri sendiri yang tahu..selamat lah konon ye..hihi..Allah yang pertama tahu..

Tindak balas...reaksi...
diolah..dilatih..atau biasanya spontan..2 pihak,,pelaku dan penonton mahupun pendengar..bersorak tanda gembira atau pun bersorak juga..tapi sambil baling telur ayam ngeram 2 tahun tak menetas..harum sangat ye...yang penting bersedia..bukan mudah pilih sahabat ye..harap maklum..

Colourful boleh buat hari hari kita wonderful..atau powerful..bergantung bagaimana kita tarbiah diri sendiri..dan PC rasa macam nak jadi ultrawomen bila buka dashboard tak boleh nak scroll senarai blog teman teman yang PC follow..sedihnya bila hanya boleh lihat pada bloglist saja...maafkan PC kerana belum boleh ziarah ukhwah..sob...sob..sob..Allahu..Allahu..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Walaupun kata-kata PC menggambarkan sedih tapi tiap rantaian kata itu terlalu indah dan mendamaikan ^-^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama