31 December 2015

Bersandar Pada Waktunya..

8:00 PM 1
Bersandar Pada Waktunya..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Selamat malam ukhuwah..mungkin saat dan ketika ini ada yang sedang menikmati juadah makan malam bersama ahli keluarga sama ada di rumah atau di warung dan tidak kurang di restoran juga..tidak kisah asalkan tidak membazir apabila memesan atau membeli makanan..atau sedang menghitung detik ke tahun baharu..subhanAllah..alhamdulillah..

Daripada Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah RA katanya sabda Rasulullah SAW,, Aku tidak makan sambil bersandar(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang  akan perkara ini..tidak mengapalah..untuk masa-masa mendatang kita ubah dan perbaiki..amalkan bukan semata kerana sunnah dan inginkan pahala tetapi untuk kesihatan dan kebaikkan pada diri kita juga...in sha Allah..

Cubaan..

11:30 AM 11
Cubaan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image

Google image

Hari ini hari Khamis
Khamis terakhir di bulan Disember
Banyak kenangan pahit dan manis
Biarpun payah berlagaklah slumber

Bangun tidur awal pagi
Belum gosok gigi sudah menjamah tapai
Amalkan sikap berdedikasi
In sha Allah matlamat pasti tercapai

Perap ayam bersama rempah dan garam
Bawang dicincang didedah jangan
Hidup mesti ada azam
Moga tidak dibelenggu angan-angan

Hendak utus surat mesti ada alamat
Silap alamat salah tempat
Cubalah tentukan satu matlamat
Itu asas mahu selamat

Balik kampung lalu highway
Kawasan rehat dan rawat berhenti singgah
Rajin-rajinlah sertai segmen atau giveaway
Salah satu kaedah menambah ukhuwah

Renung Dalam Termenung

7:30 AM 8
Renung Dalam Termenung
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google Image

Bila kita terasa beratnya bebanan di dunia..sedarlah,kita masih ada jalan untuk merungkainya..sedangkan di akhirat kelak kita hanya bergantung sepenuhnya pada rahmat Allah SWT dan ganjaran pahala amalan semasa hayat di dunia..

Bila Penyakit Menyerang Blogger

4:00 AM 8
Bila Penyakit Menyerang Blogger
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google Image

Salam sejahtera penuh kasih sayang ukhuwah sekalian..yang masih bercuti,selamat bercuti..yang baru mula bercuti manfaatkan masa yang ada itu sebaiknya..hujung tahun meriah dengan jualan murah sana sini..cuti sana sini..melancong sana sini..dan tidak kurang ibu ayah ke sana sini mencari keperluan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2016 tidak berapa hari saja lagi..wahai anak-anak syurga pandanglah dengan mata hati setiap perit jerih ibu ayah..

Tabungn mula menyusut..poket mula menipis..duit mengalir deras bak air hujan mencurah-curah..bukan masuk tapi keluar..Allahu..Allah-ibu ayah-anak-anak..PC seorang anak pernah melihat situasi sebegini..belajar memahami walau tidak berdaya membantu ketika itu..dan sekarang bila dengar sahabat mengeluh..PC faham situasi itu..

Ibu-ayah-bekerja sendiri-bermajikan-blogger..blogger??ya blogger..sebagai blogger baik sepenuh masa atau separuh masa pun ada penyakit yang akan menyerang..penyakit apa??..
^
^
^
^
Typo
PC tidak mahu menuding jari pada mana-mana blogger pun sebabnya PC yang selalu typo..dan PC sangat bersyukur kerana bila ada typo(salah ejaan)pada entry..pasti ada sahabat yang ikhlas menegur..TERIMA KASIH kalian..

Ketandusan idea
Sebelum PC berkecimpung dalam dunia blogger ini PC rajin singgah baca blog orang..memang tidak tahu jemu..nasiblah setiap blog yang PC singgah tak boleh rakam muka orang yang singgah blog..kalau tidak pastinya tuan blog muntah gara-gara jemu tengok balik-balik muka PC yang datang..PC rasa sedih bila blogger tidak update blog..*haaaa sekarang baru kau sedar diri PC oiiiii...hendak olah idea bukan macam kunyah kacang rebus..buang kuit-kunyah-telan..*

Terlebih Vitamin *M*..MALAS
Idea banyak tapi oleh kerana terlebih vitamin M pun bahaya juga..kadang rasa malas ini bukan dibuat-buat atau disengajakan ya...bukan begitu...ianya boleh datang sepontan dan boleh pergi tanpa dihalau...yang penting mesti dilawan...jangan terkejut bila rajin 24 entry boleh kongsi dik sehari..sejam satu kaedahnya..bukan PC ahahaha..

Kekangan waktu
Baik blogger sepenuh masa atau separuh masa juga ikut suka hati...kekangan waktu memang tidak boleh dinafi..adakala ada tugas atau kerja yang lebih penting terlebih dahulu perlu diuruskan..mesti dilunaskan...terabailah seketika blog tu...termasuklah faktor kesihatan...

Coverage Data Internet
Sihat...sakit...suam-suam kuku..atau sendu lagi sebu dan semput..bak kata mertua P Ramlee dalam cerita Ahmad Albab...kopinya sedap pekat melekat tapi sayang tawar tak ada gula...datanglah idea mencurah...karanglah panjang berjela..semaklah 450 kali ejaan..bila nak kongsi..masa itulah internet segan silu melampau nak timbul...tapi tidak mengapa...simpanlah jadi draf ya...line cun melecun cepat-cepat publish...

Jadikan dugaan pembakar semangat..yakin in sha Allah boleh..amin..






30 December 2015

Mungkin Mati Seketika..

8:00 PM 5
Mungkin Mati Seketika..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Merenung pada diri..bukan sekadar memandang sepi tetapi carilah mana harus diperbaiki..bermula daripada hati.. 

Image result for quotes about life
Google Image

Selamat malam ukhuwah..

Kelat Dan Manis 2015

3:30 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Perdu Cinta


Selamat petang ukhuwah semua..*senyum*..
Moga semua berada dalam situasi yang selesa dan gembira..alhamdulillah..amin..
Sakit itu lumrah..sesekali didatangi penyakit itu lumrah kita manusia yang hidup..Allah hendak ringankan sedikit dosa dosa kita..*fikirlah begitu untuk positifkan minda dan hati*..bersangka baiklah dengan Allah SWT..

In sha Allah lusa kita semua akan berada di tahun baharu 2016..subhanAllah..
Alhamdulillah pejam celik pejam celik PC sudah empat tahun berblog rupanya..bermula daripada kosong hinggalah hari ini..empat tahun berlalu..dengan izin suami..dengan sokongan kawan-kawan blogger dan moga diredhai Allah SWT setiap apa yang PC kongsikan..amin..perasaan takut?...sentiasa ada..ikhlas daripada hati ini..setiap kali hendak kongsi entry..takut mengguris hati yang membaca..takut ada yang rasa tidak selesa..terkadang hati berbelah bahagi..takut dambakan pahala tapi dapatnya dosa..Allahu..tidak semua boleh terima idea kita..tidak semua suka cara kita tapi bukan semua menolak kita..cuba dulu..lebihnya serah padaNYA..

Dunia blogger ini mengajar..makna kesabaran..itulah yang PC rasakan paling terkesan dihati..setiap hari belajar untuk perbaiki hati dan diri..apa yang PC kongsi itu semua daripada hati..untuk peringatan diri sendiri..suami selalu pesan.."sayang kongsi..sayang kena amalkan juga..dunia kita tanggung..akhirat kita jawab..jangan syok sendiri"..bila dengar macam itu..tersentak hati..percayalah PC sendiri sedang bertatih perbaiki diri dari kejahilanan dan kelalaian..cakap itu mudah..bercakap dan laksanakan itu sukar..dan kesukaran itu PC lalui..kelat dan manis silih berganti..moga PC dan kalian sentiasa dipermudahkan pada setiap urusan untuk menjadi insan yang hebat pada pandangan Allah SWT..amin..

**maaf entry kali ini luar biasa berjelanya..bila scroll..ffuyoooo..dah macam rumusan karangan..hihihi** 

Serba Salah ..

11:30 AM 2
Serba Salah ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image result for wallpaper mulut

Tidak tumbuh tidakkan melata..tidak sungguh orang tidak mengata..tapi logiknya zaman sekarang ini seolah tiada bezanya betul orang bercakap tidak betul orang tetap mengata..
*halamak..susahnya nak buat hari rabu tanpa kata..hihihihihi..dasar kuat bebel PC ni*


Tambah WANG Dengan DUIT

7:30 AM 11
Tambah WANG Dengan DUIT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for duit
Google Image
Demi wang..sanggup berpisah jauh..berhijrah tinggalkan keluarga..carilah wang dengan DUIT..Du'a..Usaha..Ikhtiar..Tawakkal..in sha Allah wang kita bukan sahaja bersih dan halal malah lebih keberkatannya.. 


29 December 2015

Mikraj Cinta..

8:53 PM 3
Mikraj Cinta..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mikraj Cinta..perjalanan kasih sayang..kun faya kun Allah..kasih sayang Rasulullah SAW terhadap ummat baginda..Allahu..baginda mengadap Allah untuk kita semua..untuk membantu kita..untuk menyampaikan apa yang Allah perlihatkan kepada baginda..ambil la pengajarannya..hargailah kasih sayang baginda..hargai pertolongan baginda..demi ummat sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam daripada 50 rakaat pada asalnya..

*****************************************************************************

A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Isra'
Ayat 1

******************************************************************************

Israk Mikraj..peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Al Haram ke Masjidil Al Aqsa seterusnya naik ke Sidratulmuntaha lalu kembali ke Mekah pada malam yang sama,peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul iaitu 3 tahun sebelum Hijrah.


Bila Jumpa Banyak Selekoh..

3:30 PM 11
Bila Jumpa Banyak Selekoh..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syukur atas segenap rezeki..alhamdulillah..moga Allah sentiasa luaskan pintu rezeki untuk kita semua..bukan sekadar di dunia...malahan berlebih lebih lagi di akhirat kelak..aminn..

Selawat dan salam buat mu ya Rasulullah SAW..syafaatmu kami dambakan..pembelaanmu kami harapkan di akhirat kelak..

Perjuangan hidup..banyak percaturannya juga..tidak semudah disangka..banyaknya diluar jangka..kita sememangnya tidak terduga tapi Allah tahu semuanya..segala galanya..pengetahuan kita tersangatlah sedikit dan terhad..hakikat ya..hakikat..*pandai anyam ketupat..alhamdulillah..boleh buat kek lazat lagi berkrim..syukur..mampu jahit baju berhelai helai seharian..nikmat..*..Allahu..bila kita mampu dan boleh lakuka sesuatu ya terasa begitu nikmat..ingat..itu sedikit sahaja..pinjaman..

Sepanjang perjalanan pasti temui banyak selekoh..*lebuhraya pun banyak selekoh dik..tak gitu*..andai kita berbunga bunga dengan nikmat..sebolehnya cuba membunga bungakan juga dugaan..logiklah sikit PC oiiii...ada ke orang bergembira suka sakan ditimpa dugaan..dilanda ujian..hurmmmm betul jugakan...betul sangat...tapi cubalah sikit sikit..bila kedukaan berakhir rasanya berbunga bunga itu lebih wangi dan banyak dihati kita..in sha Allah..

Image result for wallpaper jalan
Google Image


Power Sangat..

11:30 AM 11
Power Sangat..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image result for power
Google Image

Mudah..ringkas..cepat..
Itulah yang paling disukai kita..serba serbi hendak pantas..bila terkeut-kemut..dirasakan kura-kura lebih cepat..masa itulah bagai bersap-rasap rambut..rentong jiwa raga...angin satu badan..jangan tegur takut ada yang kena seligi..jangan pandang belakang takut kopak gigi..sila istighfar..jangan tambah vitamin pada syaitonnirajim..

Bila lebih banyak ''in 1''..itulah yang dicari-cari..lebih banyak bahan dan khasiat maka semkin banyaklah yang tertarik kerana daya tarikkan itu menari-narik hati..betul tak..keinginan untuk mencuba sememangnya ada dalam diri manusia..cuma apa yang kita pilih untuk dicuba itulah yang perlu diambil kira dan diawasi betul-betul..pertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjangnya ya..

Andai kita berbangga melihat banyaknya kelebihan hasil ciptaan manusia yang serba kekurangan...jangan kita lupa dengan LEBIH banyaknya keistimewaan PENCIPTA..main of power is Allah..super power is Allah..


Biarpun Pedih..

7:30 AM 9
Biarpun Pedih..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Satu masa kita akan ditinggalkan..Suatu ketika kita yang akan meninggalkan..Bezanya adalah cara..persamaannya adalah sama-sama kembali menemui PENCIPTA..
 Image
Google Image

28 December 2015

Pujilah Yang Utama..

9:33 PM 11
Pujilah Yang Utama..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat beristirehat di malam yang indah ukhuwah
Seandai ditanya..pastinya setiap kita suka akan pujian..namun awas kerana kadangkala pujian itu boleh membinasakan..beri pujian dengan ikhlas..terima pujian dengan rendah hati..
Mulakan pujian dengan memuji si pemberi nikmat..

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

Moga hari hari yang kita lalui penuh keberkatan...amin..

Luahan Rasa Itu..

4:00 PM 2
Luahan Rasa Itu..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image

Luahan rasa itu adakala tersekat dikurungan jiwa..sentiasa bergetar dan bergelora..buat minda rungsing sentiasa..Ada yang lebih memilih untuk terus mengunci rapi tidak kurang dikongsi dari hati ke hati..subhanAllah..

Biasa-biasa..luar biasa..dengan luahan yang satu ini..semua seharusnya berhati hati...dalam bicaranya terkadang bersulam air mata..tidak kurang menahan sebaknya di dada...dia sebahagian daripada kita..dan kita darah dagingnya hingga hujung nyawa ďan usia...

Wahai anak...bergembiralah jika ibumu menangis kerana kegembiraan..tapi awas sekiranya ibumu menangis kerana rasa rasa yang menghiris disebabkan tingkahmu..

Panas Enjin..

11:30 AM 5
Panas Enjin..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Pagi pagi sarapan roti
Sambil sarapan menonton televisyen
Eh sudah hari Isnin ni
Jangan tension 

Ibu berlembut ayah bertegas
Bukan tidak sayang tapi terlalu kasih
Selamat menjalankan tugas
Moga kita sentiasa gigih

Pagi petang makan pengat
Pengat pisang bersama sagu rendang
Hari hari suntiklah semangat
Agar diri sentiasa menang

Girangnya hati pulang ke kampung
Melepas rindu dengan insan tersayang
Tunggu PC datang bertandang
Boleh kita kembali bersembang

Serang bukan sembarang serang
Bukan serang bawa parang
Tapi serang terang terang
Tunggu PC datang

Kematian..

7:30 AM 5
Kematian..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Apa pun situasi..ingatlah kematian kerana syarat ajal itu bukan sakit..
Image
Google image 

27 December 2015

Cuti Blogwalking Seketika..

2:30 PM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syukur..alhamdulillah..subhanAllah..Allahu..
Moga ukhuwah sentiasa berada dalam situasi yang baik baik semuanya..amin...

PC minta maaf ya kerana sekadar singgah tapi tidak meninggalkan jejak...dan ada juga yang terpaksa hanya disinggah sepintas lalu...buat masa ini blogwalking juga cuti seketika...bila satu perkara itu sudah menjadi rutin...terasa bagai ada yang tidak kena bila diri sedikit meninggalkannya...maaf..in sha Allah nanti PC akan ziarah seperti sediakala...amin...

Rindu nak aktif...
Santai di kampung halaman...
Jamak semua cerita sanbil duduk atas pangkin bawah pokok manggis..hihi...




Pendengar..

7:30 AM 5
Pendengar..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mungkin kita tidak berdaya untuk membantu...atau menjadi tempat sandaran..namun setidaknya jadilah pendengar yang baik dan jujur

Image
Google image 

26 December 2015

Perlu "Disconnect" Untuk "Connect"

4:00 PM 9
Perlu "Disconnect" Untuk "Connect"
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah..syukur..dengan setiap nikmat dan kasih sayang Allah SWT..

Memberi dan menerima..menarik dan menolak..timur dan barat..utara juga selatan...berpasangan...saling berpadanan..dan jangan lupa hidup..akhirnya kematian...rahsia..hinggalah tiba saat dan ketikanya...

Kemampuan dan keterupayaan yang sangat terbatas...adakalanya kita perlu "disconnect" untuk "connect". .ini kerana adakala kita tidak berdaya untuk melakukan sesuatu serentak dalam satu satu masa yang sama..tapi dengan izinNYA tiada yang mustahil..Allahu..bertolak ansur itu perlu...berlebih kurang itu mesti..tapi jangan sampai jadi lemah dan ditindas...

Image
Google image 

Luar Jangka..

8:00 AM 5
Luar Jangka..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Air terjun itu di anggap air paling berani..jangan kita lupa air batu lebih magis..bekunya boleh dihancur..cairnya tetap bersatu..
Image
Google image 

25 December 2015

Istana Pasir..

3:30 PM 5
Istana Pasir..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Istana pasir...cantik..indah namun tidak bertahan lama..biar pun hempasan ombak itu menyapa lembut...tetap runtuh..kerana asasnya yang tidak kukuh..mantap asasnya in sha Allah teguh berdirinya..

Kecantikan tidak akan pernah bertahan...kebijaksanaan tidak juga selamanya kekal..kekayaan juga tidak sentiasa mendampingi kita...satu ketika ianya bakal kita tinggalkan..dan ianya bakal berkurangan...

Mempertahankan sesuatu itu satu tanggungjawab yang tersangat sukar...berbanding membinasa yang sangat-sangatlah mudahnya..bersedialah sentiasa dalam apa juga situasi bukan terus berserah tanpa usaha yang gigih...

Image
Google image 

Berselindung..

7:30 AM 4
Berselindung..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Berselindunglah di bawah kasih sayang Allah..kasih sayang Allah itu pendinding hidup kita di dunia dan akhirat..
Image
Google image 

24 December 2015

Hati Wahyu..

8:30 PM 5
Hati Wahyu..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hati.Menyimpan 1001 rasa dan rahsia.Sebuku darah yang unik anugerah Allah Yang Maha Pemurah..

*****************
Al Quran..wahyu daripada Allah..
Istimewa..surat cinta penuh dengan segala jawapan pada setiap persoalan dan keraguan..

******************

Rasulullah SAW  bersabda:

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس ، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka Allah s.w.t. akan menulis baginya dengan bacaannya tersebut, bacaan seluruh Al-Qur’an sebanyak sepuluh kali”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi dalam kitab Al-Jami’e As-Sunan beliau kitab Fadha’il Al-Qur’an pada Bab Ma Ja’a fi Fadhl Yasin.

Bohong Tanpa Sedar..

3:30 PM 4
Bohong Tanpa Sedar..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bila sesuatu perkara yang kita tidak lakukan...tetapi orang tuduh kita lakukan...mahunya tidak angin seluruh pelusuk anggota..rambut pun boleh berasap dik..tengok semua benda kecil je...meja yang keras pun boleh jadi lembut macam tauhu...tumbuk dulu..sakit belakang cerita...maklumlah nak puaskan hati...*pengaruh drama sangat...maklumlah suka layan...depan mata setakat bertekak bercekak pinggang ada...bertumbuk nauzubillahiminzaliq..itu pun dah berjoget kepala lutut*

Rajin bersedekah alhamdulillah..rajin pergi majlis ilmu..syukur..suka bantu orang yang perlukan pertolongan..subhanAllah..ramah tamah...mencairkan qalbu akhlaknya...mak mak tengok rasa tidak menyabar hendak jadikan menantu..hubungan sesama insan kita jaga...pertalian dengan Allah jangan lupa...dan rajin rajinlah berselawat supaya kita tidak menjadi ummat akhir zaman yang bakhil dan sombong..

Image
Google image