14 October 2014

::Champion sangaT::

Bissmillahirahmanirrahim
Assalammualaikum..hye semua..

Ihsan Google

Moga setiap apa yang kita lakukan memberi manfaat untuk sejagat..bukan kuantiti menjadi ukuran..namun kualitinya menjadi sandarannya..insyaAllah..amin..

Serba boleh itu hadiah Allah..bakat yang digilap..atau kebolehan semulajadi..semuanya kun fayakun Allah..milik Allah..pinjaman semata mata.,semua Allah punya..ingat tu..pesan dengan kawan kawan.."tolong tegur..tolong ingatkan..bila saya terleka..bila saya mula lupa..lupa yang hidup di dunia sementara"..

Boleh anyam kerongsong (istilah jawa ni..adoii) ketupat sambil pejam mata..amboi hebat tuh..lagi lagilah boleh jadi bentuk kambing..sila tepuk tangan sampai kebas ye..akan lebih terserlah bila mana hanya kita saja yang mampu lakukan..tak gitu..kembang hidung jejak cuping telinga dik dipuji..itu baru pujian manusia..nak pujian Allah pastikan hati kita bebas daripada noda bintik bintik hitam..istighfar sentiasa ye.,kita boleh..

Sedar atau tidak hakikatnya kita sedang berlawan..melawan musuh yang tidak terzahir namun tersedia ada mendampingi diri..terkadang kitalah juara..namun acap kali kita juga sering gagal..tidak mengapalah asalkan kita sentiasa berusaga menjuarai perhatian Pencipta..

8 comments:

  1. biarlah champion di mata Allah, tidak champion di mata manusia semata kan cik pc.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Yup tiada apa pun milik kita bak kata majalah Jom, yg menjadi milik kita hanyalah pilihan.. iaitu pilihan sama ada kita nak berlawan atau tidak :D

    ReplyDelete
  3. Sebabnya dalam diri kita ini pun duduknya qarin kita dan sentiasa menggoda setiap waktu.. kena kuat melawan dgn iman..

    ReplyDelete
  4. betul tu yang penting amal dan taqwa
    tapi selalu terleka dengan keduniaan

    ReplyDelete
  5. @Ibnu Ramli
    moga pilihan kita seperti yang telah Allah susunkan..

    ReplyDelete
  6. @Kakzakie
    tulah dia kak..acapkalinya kita tewas..

    ReplyDelete
  7. @Tihara
    setuju sangat..kita sentiasa lalai..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..