01 October 2014

::BerpalinglaH::

Ihsan Google 

Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum 

Hujan..hujan dan terus hujan..sejukk..siapa yang teringin sangat nak ke bermastautin di negara berdingin dek salji..hehehe anggap ni latihan ye..sejuk hujan dah terketar ketar ye..air hujan membasahi  bumi..syukur..nikmat rezeki..kan Allah sangat pemurah..alhamdulillah..

Bila kita puas berusaha..dan Allah tunai setiap impian yang dicita..itu nikmat..nikmat sementara untuk kita..kena sentiasa beringat daripada mana asalnya kita..tujuannya supaya tidak mudah lupa diri..daripada sekecil kecil nikmat hinggalah sebesar besar nikmat..tahi lalat tu pun rezeki tau..ada yang sanggup buat tahi lalat palsu dik..gigih..hehe..

Menunggang motosikal..tidak salah..salahnya bila rasa merempit  itu syok..daripada orang tak tahu yang kita ini tidak berlesen..kan dah tahu..ermmm..andai bersopan lagi santun ala ala gula kapas bila menunggang motosikal atau memandu tu..tidaklah terserlah onar..aduhai..tak apalah..kumpul duit,,berdikit dikit,,daripada beli jam ben 10..manfaatkanlah duit untuk berlesen memandu ye..kemudian jangan langgar lopak air sesuka hati..takut takut terima hadiah sumpahan percuma..bila kita marah..lupa semuakan..tak rugi memaafkan..

Di bawah langit mana pun kita..di bumi mana juga kita berpijak..semua pinjaman sementara..dunia ini umpama serelung bendang...baik banihnya..cantik tuaiannya..di akhirat kekak..ingat..daripada Allah kita datang..kepada Allah kembalinya juga kita..

4 comments:

  1. Apa pun juga yg Allah jadikan memang ada hikmahnya. Kena ikut landasan diberi termasuk juga garispanduan syarak. Kalau nak bermotor biarlah berlesen, sama juga nak solat kenalah berwuduk. Setiap apa pun yg dilakukan biarlah menurut garispanduan supaya bahagia di dunia & akhirat.. wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu, budak2 baru nak up. Kalau tak rempit tak sah kan cik PC.. huhu.. Tak sedar yg nyawa ni pinjaman Allah semata-mata.. :'(

    ReplyDelete
  3. @Kakzakie
    betul kak..setuju..Allah dah hadiahkan kita Al Quran..melalui kekasihnya Rasulullah SAW..jadi kita hargainyalah..insyaallah..amin..

    ReplyDelete
  4. @Gee Lion
    Nyawa itu milik Allah..namun kita mesti berusaha menjaganya sebaik mungkin..biarlah diambil dlam keadaan yang baik..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..