30 August 2014

::akar JEJAK bumi::

10:30 PM 3
Ihsan Google

Bissmillahirahmanirahim, ,
Assalammualaikum..
Hye semua..

Syukur,,31 OGOS 1957..dan hingga kini alhamdulillah 31 OGOS 2014 bermakna sudah 57 tahun usia negara kita merdeka..syukur Ya Allah kerana MU menghidupkan kami di bumi bertuah ini,, masyaAllah,,


Sukarnya pejuang dahulu untuk memperoleh kebebasan ini,, maka hargailah kita ini rakyat yang mewarisi,,

Negara saja yang bebas tidak memadai,, kita perlu bebas,, merdekakan hati daripada hasad dengki,, nak iri hati bukan tidak boleh dengan syarat ianya bermanfaat dik..dia pakai lipstik merah menyala dik,, patutlah jammed,, semua yang memandang terkesima..adoii,, cantik pada dia tidak bermakna nampak comel pada kita,, ingat,, setiap kita berbeza beza,, keistimewaan juga tak sama,,

Nikmatnya bila tengok baby yang dibedung berjaya lepaskan tangan dan badannya daripada bedungan,,kita tengok pun lega,, baby tu apatah lagi,, yeyyyy..agaknyalah,, mak ayah kita saja yang ada memori zaman baby kita,, bila tengok baby,, begitulah kita dulu dulu,, hehe..jadi, jangan kejar sangat bebas kehidupan dunia yang terkadang banyak laghanya,, berilah ruang untuk mak ayah kita gembira di dunia,, tenang di sana..nak jadi anak yang baik tidak semestinya cerdik pandai,,bergaji besar,, cantik kacak,, no,, no,, no,, tapi yang sentiasa pandai membeza baik buruk,, tidak lupa sedekah jariah,, sederhana luaran namun cantik dan indah hatinya.,

Ingat,, bebasnya kita biar bersyariat,, bukan sewenang wenangnya menikmati kebebasan itu hingga tersesat..bebasnya burung hujungnya tetap kembali ke sarangnya,, dan kita juga kembalilah ke akar umbinya..

29 August 2014

::Gali::

7:28 AM 6
Sumber Google

Bismillahirahmanirrahim, ,
Assalammualaikum dan selamat pagi semua..

Pilihan pada kita..
Yang pasti setiap kebaikkan itu daripada Allah..
Oleh itu sebaik boleh,, tak usah menjadi tangan dan punca pada kebinasaan diri sendiri..

Salam Jumaat yang penuh berkat..
Kita cari kita dapat..kita gali selagi sempat..
Supaya diakhirat tidak merempat..
Saat itu tercari cari tempat..
Sedangkan semuanya telah terlewat..

24 August 2014

::TerbiasA::

12:59 PM 8
Ihsan Google


Bissmillahirahmanirahim..
Assalammualaikum dan hye semua..

Moga semua sahabat sahabat sihat senantiasa..alhamdulillah..dan sakit itu bukan ujian semata..disampingnya Allah gugurkan dosa dosa kecil kita juga..ingat,, bersabar pun dapat pahala ya..

Hati kita milik Allah,, malahan semua kita punya adalah kepunyaan Allah..yakininya..sepenuh jiwa raga ok..jangan ingat dok bercintan cinton saja bersungguh sungguh dik..putus cinta frust menonggeng tu panjat bumbung tido atas bumbung..lebih menyakitkan hati dan mata..tido atas bumbung rumah jiran..jadi bila bila masa hati kita itu boleh berbolak balik..namun doa sentiasa agar hati kita tetap dan dilandasan yang betul..

Jangan terlalu membenci kelak bertukar suka dan sayang..tidak molek andai begitu mengasihi takut itulah yang bakal dimusuhi..penyelamat adalah bersederhana..yes,,kan itu yang disyorkan..bila kita mula mendekatiNYA umpama berjalan..Allah pula ibaratnya datang berlari menghampiri kita..

Usahalah bersungguh sungguh agar Allah pandang kita..beruasaha untuk berubah..tanpa garisan permulaan bagaimana kita mahu menemui penamatnya..andai kita terbiasa lakukan kebaikkan,, kebaikkan itu juga membayangi kita..dan hati terasa takut untuk mendustainya..namun usah bermuram durja,, kerana taufiq dan hidayah Allah itu untuk semua..

23 August 2014

::Mula mula caras..kemudian cantaS::

11:29 PM 6
::Mula mula caras..kemudian cantaS::
Bissmillahirahmanirahim..
Assalammualaikum dan hye semua..

Menginjak hari baru esok..sudah berapa kali kita ucap rasa syukur "alhamdulillah"..ke ketawa lebih banyak berbanding istighfar dan zikir..seronoknya kita terkadang buat kita terlalai..PC pun acap kali begitu..ermm lepas ini kita ubah,, sambil ketawa,ucap masyaAllah, , sambil bersin dan sendawa ucap alhamdulillah,, dengar kawan bergosip..jalan molek molek,, bisikkan semerdunya pada telinga dia.."innalillahiwainailaihirojiun"..kemudian lari laju laju..simplekan..mulakan..jangan nangis..yang lepas biarkan berlalu..

Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..namun mesti bersesuaian dengan situasinya ye..girlfriend cun sanggup pimpin tangan konon keselamatan nak melintas jalan..nenek tua balik pasar melintas jalan tak pula dipimpin..jangan begitu..ingat satu saat andai Allah mengizinkan kita bakal berada di tempatnya..dan kalau nak beramal pun niat mesti betul..

Baik atau buruk itu kita acuannya..lorong mana yang kita pilih..walau guna khidmat GPS pun kita boleh tersilap jalan..jadi pastinya kita juga sentiasa terdedah pada kesilapan..yakin ada kebaikkannya pada setiap kejadian..cuba cuba akhirnya berjaya..nak cuba,nak berjaya silakan..asalkan bermanfaat, teruskan..kalau sebaliknya..lupakan..

Hendak lakukan sesuatu..mesti bersungguh..ingat perkara yang molek molek saja ok..nak berubah bersungguh kerana Allah..nak merempit??fikirkan semula ye..kalau nasi himpit..ermmm laaazat..dalam tempoh yang singkat ini,,caras yang mana lagha dan cantas yang mana sewajarnya..asalkan tidak mencaras dan mencantas apa yang telah disyariatkan..


19 August 2014

..Lenggang kangkunG..

11:20 PM 10
Ihsan:Google

Bismillahirahmanirrahim. ?
Assalammualaikum dan hye semua..

Celik mata ucaplah syukur..esok belum tentu kita boleh lagi melihat dunia..setiap kita merasai nikmat,, bersyukurlah..dah istighfarlah bila terkadang lagha..kita insan sememangnya terdedah dengan pancaroba dunia..sabarlah..

Kalau bukan kita siapa lagi mak ayah kita nak minta pertolongan..kedai sedepa cuma..senarai barang yang berjela tu mak dah senaraikan..pantang terlintas cepat mak menulis..maklumlah pen jadi sanggul..hihi..bapak letih geleng kepala dik..selagi terdaya,, jadilah anak yang patuh dan taat..jangan diuji kesabaran ibu ayah..biarlah lesung pipit menghiasi pipi..bukan anak lesung terselit dicelah gigi..ingat,redha ibu bapa itu redha Allah..

Kerja awak, awak buat,, kerja kita kerja awak juga...eh..lalalala..hei..hei..hei..bulat lonjong..bulat lonjong saja kita tengok awak ni tau tak..bersenang lenang..atas ketidakpuasan hati orang lain..ermmm bahagianya sekejap saja..mungkin dia lunaskan arahan itu,, tugasan itu..namun rintihan hatinya Allah dengar..boleh minta bantuan..tapi bukan tambah dan pindah bebanan..ini tiiidak adil..ingat..jujur..bukan sekadar pada kata kata..perbuatan juga sebenarnya..takut ada yang dipaksa makan sup kasut saiz 8..hihi..

Tiada jalan mudah untuk menjadi manusia yang hendak istiqhomah dalam amal maruf,, jauhi mungkar..semakin sukar kita perolehi sesuatu..buat kita semakin menghargai..bahagia di mana yang kita harapkan..terletak pada diri sendiri..

17 August 2014

::..Bersangka-sangkA..::

4:01 PM 8
Ihsan Google

Bissmillahirahmanirahim. ?
Assalammualaikum dan hye..

Yang menghadiri rumah terbuka aidilfitri..selamat menjamu selera..yang mana sedang bertugas..teruskan bertugas..selamat berhujung minggu..dan PC..bersantai di rumah saja..

Gabungkan..mata + hati = mata hati..
Kita melihat terkadang sesungguh hati..naik sengal tengkok berpusing..tak berkelip mata dik..nak tersembol lagi ada..kalau la biji mata tu boleh berkata kata..mesti dia merayu rayu..jangan seksa aku..jangan paksa aku katanya..kalau bercinta..dari mata turun ke hati..cewah..kelabu mata hitam hati..nauzubillah..sebelum berlaku begitu..baik tengok yang baik baik saja ye..husnuzon..didik hati kita begitu..

Antara nyata dan angan angan jadilah was was..
Kadang dah yakin tiba tiba teragak agak..yang pada asalnya tegak tiba tiba serong lorongnya..hati dan pendirian..bisikan hati mampu melorong dan mendorong hala tuju kita..berhati hati..

Sifat dan sikap..wait and see kaedahnya la..hihi..boleh dan bagus andai tidak suka busybody..tapi tak salah menyibuk demi kebaikkan bersama..ikut masa,, bersesuaian keadaan ye.."ala ok je tu"..."ala biasalah tu".."ermmm tak ada apa apalah".."biasa biasa je tu,,jangan kalot sangat lahh"..nak nangis guling guling pun tak guna dik ayam sereban di makan musang,, nak bebel 2 bulan pun dah tak berfaedah kak anak kucing siam dah di masak gulai..hihi..ada sesetengah perkara kecilnya kawan..besarnya musibah yang perlu kita lawan..kan Allah suruh kita berwaspada sentiasa..

15 August 2014

::..Selorong NAMUN TIDAK sematlamaT..::

9:03 PM 11
Sumber Google

Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan hye semua..

Selawat buatmu Ya Rasulullah SAW..alhamdulillah atas setiap nikmatMU Ya Allah..mood raya masih berbaki..hujung minggu diisi dengan agenda sinonim syawal..open house,, open table,, open door..dan masa nilah kena open minded bermaafan..tapi jangan open aurat..no..no..no..

Dalam satu kelas ada 30 orang murid..atau,dalam satu pejabat ada 40 orang pekerja,, setiap hari tempat yang dituju sama..sekolah..pejabat..namun kenapa tidak semua murid dapat keputusan cemerlang..dan mengapa ada kerja yang tidak selesai..kerana setiap orangkan ada akal,, nafsu..tak gitu..matlamat berbeza beza..dah kalau hari hari mak tunggu depan bilik dengan pelepah kelapa kering yang ada api..maunya tak mencicit pergi sekolah..tak pun dok angau nak tengok cikgu rose cun..tengok jiran beli kereta besar,, awak sibuk nak besar juga..beli trella je dik,, tak pun lori kontena senang dik..jadi datang pejabat..nak gaji..ingat..niat tidak menghalalkan cara..betulkan niat ye..

Zaman ribena semua mak ayah uruskan..tak suka pun terpaksa suka..jadi yang menurut perintah saja..hehe..namun menginjak dewasa..tidak semua tapi sebahagian besarnya berbeza..betul tak..maka tidak hairan adik lagaknya abang dan abang seolahnya adik..amboi..lawan tauke nampak..hehe..ingat saiz bukan ukuran you..di mana kita,siapa pun kita,, adab itu salah satu lambang keperibadian..jaga molek molek..kita boleh berubah bila kita nak berubah..insyaallah boleh..

Laluilah lorong yang sama selagi mana lorong itu menyatukan dan mendorong kita kepada kebenaran dan menuju redha Ilahi..insyaallah kitakan berjaya dunia,, cemerlang akhirat..

09 August 2014

Ragam..owhh malU

9:36 PM 7
Ragam..owhh malU
Bissmillahirahmanirahim..
Assalammualaikum semua..dan hye..

Lama..lama blog PC tak berupdate..tak berentry baru..masyaAllah..sedihnya hati..ingat..sentiasa ingat..maaf ye sahabat sahabat..lama Pc tak blogwalking..dan terima kasih banyak..kerana masih sudi singgah..meninggalkan jejak..hari ini 13 Syawal 1435H..yang mana masih berpuasa..teruskan..yang belum bermula tapi niat tu dah ada...ha..rialisasikan ok..yakin boleh..anggap open house..itu dugaan..bayangkan ganjaran yang indah indah di syurga Allah..hehe..

Waktu waktu beginilah tiada lagi stress dek jammed di jalan raya..highway..insyaAllah..anak anak dah bersekolah..ibu ayah dah kembali bekerja..hehe..selesai atau tidak..cukup atau tidak cuti dan beraya di kampung..tuntutan tugas mesti dilunaskan..tak apa ye..hujung minggukan boleh..hehe..mengeratkan silaturahim tidak terbatas dek bulan Syawal je ye..anywhere,, anytime..yang penting hati ye..hati kita..nak minta maaf hari hari pun tiada salahnya..dan memaafkan juga..

Gelagat..sengaja atau tidak..kadang melucukan..kadang menjengkelkan hati..warna warni kehidupankan..hehe..itulah asam garam hidup..kalau kita memerhati..jangan lupa kita juga sedang diperhatikan..dalam pada kita bergembira..riang ketawa..bermaafan sana sini..jangan sampai berhutang tanpa kita sedari..nikmatnya kita kecapi..jangan kita abaikan suruhannya..hidup ini terlalu singkat..mungkin semakin besar angkanya..namun semakin menghampiri saatnya..