Ehsan..Google
Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum WBT..
Jom kita berselawat ke atas Rasulullah SAW..selamat berhujung minggu bagi yang sedang bercuti..dan selamat menjalankan tugas bagi yang sedang berada di tempat kerja..lakukan semua kerana Allah..walau sekadar mengutip sampah kecil bersebelahan bakul sampah..syukur atas setiap nikmat..alhamdulillah..
Baik,, bersopan santun,, lemah lembut,, adoii..itulah yang selalunya disukai..ye tak..mencanak peratusan yang meng"like"..suara lantang,, suka cakap menengking,, muka garang,, serius memanjang..pasti berada di tempat tercorot..betul tak..tak payah fikir panjang klik terus "unlike"nya..namun tanpa kita sedar,, kita ini memangnya suka menilai..macam mengaudit 5 S gitu kaedahnya ye..huhu..tanpa berfikir,, tidak menilai wajarnya di mana..ingat sesuatu yang berlaku pasti bersebab,, itu semua gerakkan dari Pencipta kita..dah kalau kerjanya nak ponteng sekolah saja..pak imam pun boleh jadi raksaksa marah anaknya..mulut tak berapi tapi kata katanya berbisa..biar sentap sekarang,, di dunia tanggung..di akhirat jawab..
Pandu cermat,, insyaAllah banyak nyawa selamat..amin..sebelum mulakan perjalanan..baca doa dulu..tak lama pun..apa pun jenis kenderaan yang kita naiki ye..kalau boleh berhenti rehat di RnR tu berjam jam..apa salahnya ambil sedikit masa untuk berdoa sebelum mulakan pemanduan..ye tak..walaupun bawa gerabak nak pergi kutip buah kelapa sawit je pun..ingat..ajal maut itu rahsia Allah..befitu juga bila kita mahu menegur atau bercakap..mesti berhemah..cukuplah dengan menggunakan bahasa yang sopan dan tertib..tidak perlulah hinggakan orang terlentok lena berpeta peta bagai..kesian..ingat..berpada padalah ye..
Jangan kita berasa sedih andai rasa kurang atau tidak dihargai pada setiap nasihat atau teguran yang cuba disampaikan..kerana kita telah dan sedang berpesan pesan pada kebaikkan..mungkin kesan perubahan itu bakal menjadi bekalan amal kebajikan kita setelah kita sudah tiada lagi..insyaallah..