31 March 2014

::..KapaS..::

Sumber:Google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat kekasih Allah,, Rasulullah SAW..

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat..sesungguhnya Allah sangat mengasihi kita hambanya..biarpun berkali mengulangi salah dan silap..sentiasa menghampiri langkah yang kadangkala serong dan canggung..peluang dan ruang menginsafi kesilapan itu sentiasa terbuka luas..Ya Rabb..syukur..♡

Siapa pun,di mana pun..kita lahir tanpa seurat benang pun..tangisan pertama itu dinanti..kalau tak menangis..mau lebam nurse..pucat gigi..something wrong somewhere..tangisan itu menjadi detik terindah..dan hadiahnya azan dan iqamah..merdu..syahdu..masa tu kita tak komplen pun pitching ayah,, atok,, pakcik kita tu ke laut..sumbang mambang..ye tak..pasakkan pertama janji pada Allah yang satu..jadi simpul erat janji itu..hidup mati kerana Allah ♥

Nak cantik,, nak comel,, maka demam cotton melanda..kihkihkih..sang arjuna nak bercotton..pun boleh..asal tidak bersutera..dah memang naluri waras manusia yang berakal,, baligh lagi mummaiyez..hehe..tapi jangan kita salah anggap andai melihat sedikit kelainan pada insan lain..jangan cepat menghukum..wajar dan waraslah..ingat,, setiap insan punya bahagian rezeki masing-masing..jelas??..jadi bersihkan hati..

Lembut,mudah meyerah dan beralah..bukan bererti menyerah kalah,, panasnya kadangkala membahang suasana namun dinginnya bak salji yang berpanjangan..itu kita..hati kita,jiwa kita,naluri kita..tengok hero filem tamil kena tumbuk pun kita nangis..hindustan..korea..hamboi..merah hati kita..namun putih auranya..jangan gundah berkulit hitam kerana manisnya ada..gelisahlah dalam ikhtiar untuk kita putihkan hati dan akal kita daripada terus-terusan menjadi daerah yang bernoda hitam...




4 comments:

  1. Mencorak diri yg telah dari awalnya dicorakkan bapa/atok/pakcik dgn azan harapnya mahu jadi insan terbaik.. bila dari awal mahu dicorakkan yg baik jgn sesekali diri sendiri mencorak yg putih bak kapas kepada yg kotor dan hina...

    ReplyDelete
  2. kapas putih kalau dah kotor, susah nak dibersihkan...

    ReplyDelete
  3. kAPAS DAN KEKABU ...SEAKAN2...PUTIH BERSIH BAK BAYI BARU LAHIR...

    ReplyDelete
  4. Kak zakie:betul kak..setuju..jangan kita cemari apa yang telah disemai sedari bayi lagi..

    Zizie:jadi kita kena sentiasa jaga diri..insyaAllah..

    Bunda:betul bunda,, namun putihnya itu yang kita harapkan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..