31 March 2014

::..KapaS..::

8:56 PM 4
Sumber:Google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat kekasih Allah,, Rasulullah SAW..

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat..sesungguhnya Allah sangat mengasihi kita hambanya..biarpun berkali mengulangi salah dan silap..sentiasa menghampiri langkah yang kadangkala serong dan canggung..peluang dan ruang menginsafi kesilapan itu sentiasa terbuka luas..Ya Rabb..syukur..♡

Siapa pun,di mana pun..kita lahir tanpa seurat benang pun..tangisan pertama itu dinanti..kalau tak menangis..mau lebam nurse..pucat gigi..something wrong somewhere..tangisan itu menjadi detik terindah..dan hadiahnya azan dan iqamah..merdu..syahdu..masa tu kita tak komplen pun pitching ayah,, atok,, pakcik kita tu ke laut..sumbang mambang..ye tak..pasakkan pertama janji pada Allah yang satu..jadi simpul erat janji itu..hidup mati kerana Allah ♥

Nak cantik,, nak comel,, maka demam cotton melanda..kihkihkih..sang arjuna nak bercotton..pun boleh..asal tidak bersutera..dah memang naluri waras manusia yang berakal,, baligh lagi mummaiyez..hehe..tapi jangan kita salah anggap andai melihat sedikit kelainan pada insan lain..jangan cepat menghukum..wajar dan waraslah..ingat,, setiap insan punya bahagian rezeki masing-masing..jelas??..jadi bersihkan hati..

Lembut,mudah meyerah dan beralah..bukan bererti menyerah kalah,, panasnya kadangkala membahang suasana namun dinginnya bak salji yang berpanjangan..itu kita..hati kita,jiwa kita,naluri kita..tengok hero filem tamil kena tumbuk pun kita nangis..hindustan..korea..hamboi..merah hati kita..namun putih auranya..jangan gundah berkulit hitam kerana manisnya ada..gelisahlah dalam ikhtiar untuk kita putihkan hati dan akal kita daripada terus-terusan menjadi daerah yang bernoda hitam...




22 March 2014

..::HiduP::..

10:52 AM 10
Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat ke atas mu YA RASULULLAH SAW,,

MasyaAllah..rindunya PC nak berentry..nak ziarah sahabat blogger yang lain..sangat rindu..dan pastinya PC sedih diawal tahun lagi azam untuk lebih kerap berentry dan blogwalking sudah seakan kecundang...tapi tak apa...semangat...semangat...semangat..insyaAllah boleh..

Berepisod...beberapa hari lepas keputusan STPM dan SPM telah diumumkan..tahniah pada yang cemerlang..teruskan usaha bagi yang rasakan dirinya kurang berjaya..ingat..Allah hanya pandang hati kita..amal soleh kita...dan cuti sekolah telah bermula..jalan raya mula sesak..melancong time...bukan melencong ok..niat mesti betul..yeyyy..berilah masa yang berkualiti pada keluarga kita...walau sekadar berjimba di jambatan depan rumah jiran sebelah..

Seakan lumrah...sekali itu takdir,,kali kedua itu peringatan..kali ketiga itu amaran..tanda Allah sayang pada kita ini hambaNya..sentiasa memberi peluang dan ruang untuk lakukan perubahan..sambil lewa itu musuh,syak wasangka itu racun..dah tahu...jauhilah..kalau tidak yang dekat menjadi jauh..yang rapat menjadi renggang..tak ke haru biru silaturrahim..sedihkan..

Pandangan...bila kita suka sangat..amboi..pantang nampak..tu..bunga orang kita pulas batangnya sampai patah..nak tanam katanya...menjerit jeritlah pokok tu menangis..kita saja tak dengar..boyfriend girlfriend duduk jiwang atas hamparan rumput yang menghijau..tersedu sedan rumput menangis..tak nak jadi saksi di akhirat..hehe..hakikatnya benda hidup punya perasaan..mampu berkomunikasi satu sama lain..sesama jenis dan kelompok mereka..namun jangan pelik andai suatu kelainan berlaku kerana dengan izin Allah tiada yang mustahil..yakin dengan Allah..

16 March 2014

::..Milik PEMILIK..::

10:43 PM 4
Sumber google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat kekasih Ilahi Rasulullah SAW..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah atas setiap rahmat dan nikmat..moga hidup kami sentiasa diberkati sentiasa..amin..bila diuji kita masih mampu tersenyum walau hambar..itu bermakna masih tersisa rasa redha dijiwa..lantaran itu Allah hadiahkan nikmat berkat sabar yang tidak ternoda..oleh itu tingkatkan lagi rasa sabar dan redha itu..kita mampu..♡

Keinginan..setiap orang ada kehendak..nak itu,, ini,, kerana kita insan yang sememangnya begitu..kemampuan,, dan kebijaksanaan mencantas nafsu itu biasanya menjadi bala tentera yang menjadi bentengnya..betul tak..pendam sambil berusaha atau lupakan sahaja terus setiap keinginan..sambil termenung ditangga dapur..sambil juga berfikir..hehe..ataupun pinjam..pun boleh..asalkan dengan izin ye..bergantung pada jenis dan tempoh masa..asalkan kita menjaga sebaiknya tidak terkurang semasa kembalikannya..terlebih?..lagi baik..Yang penting kita mesti bertanggungjawab..

Memberi itu lebih baik daripada menerima..sesama insan,, begitulah resamnya..namun dalam pada kita ini memberi,, sebenarnya kita juga adalah penerima..sedar atau tidak..siapa pun kita..kita adalah hamba yang sentiasa menjadi penerima..setuju??..yeyy..cepat berselawat 100 kali..kan nak share syurga dengan Rasulullah SAW..jadi jangan culas berselawat..sekadar dalam solat tidak mencukupi ye..kita usaha untuk mendapat yang terbaik..lebih baik..seperkara kita mesti ingat..setiap hak kita adalah milik Allah..andai hati kita terasa sakit untuk bersabar..istighfarlah,, kalau luka di jiwa semakin mendalam untuk menjadi tabah..selawatlah..jentikkan rasa yang tidak terdaya untuk ditanggung itu telah Allah janjikan sinar yang paling terang..insyaAllah..


13 March 2014

::..Asam garaM..::

9:09 PM 4
Sumber google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat MU YA RASULULLAH SAW..

Syukur atas segala nikmat MU YA ALLAH..kuatkan hati dan iman kami agar sentiasa berada dilandasan LAILAHAILLALLAH..amin..nikmat dan kemanisan syurga yang kami idam-idamkan..insyaAllah..

Kadang-kadang...''sedap,, pekat,, melekat..tapi sayang tak ada gula..''..hehe..putus selera..atok ahmad albab marah bukan main..daripada kecil lagi..atok nenek,mak ayah kalau ngaja kita masak..garam, gula,asam, belacan tak tinggal..cakaplah begitu begini..mereka tetap teguh dengan resipi turun temurun..teguh pendirian mereka boleh dicontohi..tapi kalau buat air teh secawan manisnya bak susu setin..adalah lebih baik..cubit sikit pipi supaya tidak binasakan diri sendiri..masih ada masa untuk berubah..

Jarang-jarang..Rasulullah SAW..cinta,kasih dan sayang akan isterinya..jahit pakaianya sendiri bila terkoyak..bila tiada makanan di rumah, masjidlah tempat baginda mentarbiah hati dan jiwanya..ikutlah sunnah Rasulullah yang menyeluruh dalam kehidupan..dan kita umatnya..yang wanita menjadikan Saidatina Fatimah contoh..patuh..taat pada suami..dan bila melihat si suami persis ibu dan isteri dalam melunas urusan rumah tangga..sebenarnya tidak pelik sebaliknya sweet..kan molek tu..

Banyak-banyak..kita selalu mengeluh..satu hari 3..4 kali buang air kecil pun mengeluh..rasa lapar mengeluh..sedang memandu kereta..kenderaan belakang memintas pun marah..ish..ish..itulah kita manusia..tak apalah kalau itu dapat meredakan gundah,gelisah dijiwa..namun kita boleh ubah..ubah ke arah yang lebih sihat dan lebih mendekatkan jiwa padaNya..ingat..Allah sentiasa memandang hati kita..bukan tebalnya bedak diwajah kita..biarpun berjenama luar negara..H anya A llah T eduhan I nsan..

09 March 2014

::..TerataS..::

10:54 PM 6
Sumber:Google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..

Alhamdulillah dengan izinMU Ya Allah..hamba MU masih lagi mampu berbicara,, melihat alam terbentang luas..syukur yang tidak terluah..malah tidak mampu untuk ditafsir..masyaAllah..moga ianya berterusan..agar hamba MU terusan beramal untuk MU..

Silih berganti...siapa yang tak gembira bila berjaya..yeeyy..ye tak..begitu juga bila dilanda kesedihan..cuma bagaimana cara kita mempamerkan rasa hati itu berbeza satu sama lain..sujud syukur..atau ucap alhamdulillah..bila suka..ataupun menyendiri..hempas segala pinggan mangkuk tatkala bersedih..semua berbalik pada bagaimana kita mentarbiah hati..

Bermusim...andai khatulistiwa itu panas dan lembab sepanjang waktu..kutub utara juga selatan itu berais membeku..itulah fakta dan notanya..berulangkali ditanya bilangkali juga itu jawabnya..tapi jangan tanya budak yang baru belajar merangkak..itu seolah menumbuk diri sendiri..sakit tak??..ini bermakna kita mesti cerdik mengenalpasti situasi..

Berkira-kira...berniaga mesti nak untung,, asal tak mencapai trofi riba' maka halal la rezeki kita..berniaga itu sunnah Rasulullah SAW..nak lebih sweet dalam berniaga itu kita bersedekah juga..ermm sangat sweet nih..begitu juga dalam kita berbicara..perlu ambil kira pelbagai sudut dan ada tatacaranya..kerana telinga itu sahabatnya hati..jaga-jaga..waspada..bila mana kita yakin pada diri..percayalah semuanya dengan izin Ilahi..bulatkan hati kita..untuk DIA saja..dalam apapun situasinya letakkan rukun iman yang keenam iaitu percaya pada qada dan qadar pada peratusan paling besar..  

08 March 2014

::..Ohh tempayan..tempurung pun oK..::

11:09 AM 10
Sumber..Google

Assalammualaikum semua..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat MU Ya Allah..hujan dan panas bersilih ganti..syukur..nikmat dan ujian MU terlalu luas..moga ianya mampu mendidik jiwa-jiwa hamba menjadi sabar,..amin..rindunya PC nak berentry..berblogwalking..meninggalkan sepatah dua kata pada kotak komen rakan semua..subhanallah..maafkan PC..

Bersilih ganti..setiap hari berbeza beza..mungkin hari dan waktunya sama namun peristiwanya berbeza..kerana kita ini manusia yang seringkali bertindak mengikur naluri hati dan akal..bukan robot..pastinya rutin yang berbeza itu mendatangkan pahit manis,masam kelat dalam episod kehidupan kita..hehe..

Sandarkan..anak yang kecil..pastinya menyandarkan semua pada ibu bapa..dan suatu ketika berilah peluang dan ruang yang istimewa untuk ibu bapa bersandar pada kita..walaupun kita tak mampu memberi yang terbaik sepertimana mereka beri pada kita suatu masa dulu..kalau tidak kita memberi jangan kita menambah lelahnya..''give and take''..goes around comes around''..yang sedang hangat bercintan cintun jangan nak berani bersandaran..ingat..ibu ayah tak nampak..tapi Allah melihat..yang telah berlaku lupakan..jangan ulangi lagi..

Hidup ini terlalu singkat..semakin meriah kita menyambut ulangtahun kelahiran hakikatnya ajal itu semakin menghampiri..eh jangan lepas ni seram pulak nak buat birthday party..tak apa..buatlah asalkan berpada pada..yang penting niat mesti lurus dan tulus..ok..besar,banyak,bukan membayangkan kehebatan..kecil dan sedikit itu tidak menunjukkan lemah..tiada gunanya tempayan yang besar dan penuh airnya namun retak..lebih baik tempurung yang kecil,, walau hanya mampu mengisi sedikit air..kalau rajin mengayungnya hasilnya juga lumayan..


03 March 2014

::..BerdayA..::

8:53 PM 16
Sumber:Google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat mu ya Rasulullah SAW..

Syukur,, dengan izin MU ya Allah..air hujan membasahi bumi..nikmat rezeki yang tidak terduga..tidak terjangka..rintihan hamba MU mendapat jawapan..alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..

Budak kecik kalau kena marah pun pandai menangis..cuma tak pandai nak lari dari rumah je..kalau orang dewasa..kena marah..tak nangis..yang marah tu yang menangis..sebab yang di marah adoi slumber tahap gaban..kalis bebelan,, teguran,, kemarahan..Tak apalah..cuba lagi untuk terus menasihati..lillahitaala..jangan kita berundur dan tersungkur terlebih dahulu..ingat tu..kan nak berjihad..

Kesilapan..kegagalan..yes..guru terbaik..kuat semangat boleh menjadikan kita super berjaya..yang lemah..pun boleh juga..boleh jadi terus keciciran..justeru itu pagar hati kita dengan iman dan semangat yang tak reput dek hasutan nafsu..mudah hancur dek kata nista dan dusta dunia..kita boleh dam mampu..jangan mudah menyerah dan berserah..

Hidup yang singkat ini sering dicemburui..bukan oleh superman, batman mahupun ultraman..sedihnya oleh syaitan yang sudah bersumpah dan berjanji untuk menjadi sumber kesesatan..namun dia tetap sujud pada Allah..sifatnya yang panas itu kadangkala meleburkan iman dan iktikad kita pada ILAHI..nauzubillah..namun sejauh mana kita sudah berpaling daripada DIA..menjauhi kiblat dan melupakan kitab (Al Quran)NYA..usah segan silu untuk toleh ke titik permulaan..biar Allah yang menilai kerana syurga atau neraka itu milik Allah..