19 February 2014

..::Boleh fahaM::..

Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..
Ya Rabb..

Alhamdulillah titisan air hujan semakin kerap  membasahi bumi..syukur sangat..ada panas..ada hujan..sahabat baik ini sentiasa bergilir melunaskan tugas seperti yang telah Allah tetapkan..rezeki..jadi jangan mengeluh..tak usah berceloteh seolah memarahi Ilahi..ingat tau..hehe..

Bila haiwan peliharaan lagaknya seperti anak kandung,,, nak tidur sekali,makan bersuap,, meroyan selagi tak nampak muka tuannya..itu tidak mustahil berlaku..maklumlah sedari kecik tuannya menjaga mengalahkan si ibu..kasih yang melimpah bak empangan pecah itu menganyam hubungan jiwa yang erat..ini bermakna tiada sempadan dalam kita berkasih sayang..

Buat salah..tak ada siapa tahu..tak siapa nampak..tapi tingkah yang canggung itu mampu dikesan..betul tak..lagilah naluri ibu bapa terhadap anak anaknya..sembunyilah walau dalam tempayan ikan pekasam..hehe..bagitu juga di tempat kerja..kelainan kita mampu dikesan kawan kawan..mungkin mampu dirahsiakan daripada sesama insan..namun tidak pada Allah..ye tak...

Mata melihat,telinga mendengar,, adakala hati mentafsir yang tidak..tidak..kadang cemburu,kadang terasa sesak dan sebu..sedangkan ianya dunia semata..terpulang pada kita bagaimana nak bawa hala ke arah lebih jernih dan putih..


13 comments:

  1. kalau naluri ibu bapa kuat, xyah la berdalih.. pernah kantoi dengan mak.. ingatkan nak sembunyikan pasal demam, tuptup, kantoi.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Sick-Sense sebagai ibu kakak setuju sgt sebab kakak ada rasai itu semua. Dulu masa anak-anak masa kecik kakak boleh tahu sebab mereka belum beraqal kita boleh agak tapi kakak suka trick "Mama kalau pejam mata boleh nampak tau". Itu yg biasa mereka tak boleh bohong.

    Kurniaan Allah sebenarnya sebab dari setitik air bersatu hingga boleh bergerak semua kita yg jaga mana boleh nak selindung kan hihi...

    ReplyDelete
  3. mama singgah nak cepat kak, tak sempat baca entri, senang2 mama baca ye kak..

    ReplyDelete
  4. terpulang pada kita bagaimana nak mencorakkannya...

    ReplyDelete
  5. Memang tak boleh berahsia dgn mak bapak kan.. =)

    ReplyDelete
  6. @Nurul Farahizzati
    Ibu dan isteri biasanya ada rasa yang sangat sensitif..pada persekitaran terutama bagi insan yang paling hampir..hehe..

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie
    Hehe..betul la kak..secara tak langsung..boleh didik anak anak tak berani untuk berbohong..amin..

    ReplyDelete
  8. @Norhasniza Khalid
    Tak apa mama..ok je..tinggal komen pun dah syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. @Farah Waheda Wahid
    Betul..cantik warnanya moleklah hasilnya..tak gitu..

    ReplyDelete
  10. @Gee Lion
    Setuju..Allah anugerahkan perasaan itu pada ibu ayAh kita..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..