27 February 2014

..::SembunyI::..

9:06 PM 13
Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat mu Ya Rasulullah..

Syukur..syukur atas segala nikmat dan rahmat Ilahi..rindu nak berentry setiap hari..namun sentiasa tewas dengan kelemahan diri sendiri..tahniah pada yang masih terus berentry setiap hari..boleh kongsi banyak kisah dalam sehari..bila la boleh PC ikut jejak sahabat semua..kelemahan PC tidak boleh disembunyikan lagi..hehe..

Pilihan pada kita..bila spare tyre tak pun burger bertingkek tingkek tu di perut..amboi bukan main beriya iya nak sembunyikan..hehe..maka saiz L,XL menjadi pilihan..tak gitu..malu katanya..segan..dengan izin Allah..nyah lemak yang bertingkek berjaya,, huhu berkat usaha yang lebih dan gigih persis model 5 star gaya dan rupanya..tapi sayang rasa malu hilang di bawa bersama lemak yang mencair..kihkihkih..kalau boleh biarlah keimanan dan rasa kasih sayang kita pada Allah terus bertingkek tingkek..boleh??..tp tak apa..Allah sentiasa memaafkan..

"Kita kira dulu 1 sampai 10 tau..awak semua cepat sembunyi..nanti kita cari.."..jawabnya berdesup lari cari tempat menyorok..bawah rumah,dalam tempayan kosong,bawah tangga,, selagi muat dan boleh..on saja..reban ayam saja tak sampai hati nak sembunyi..takut sebulan tak lalu nak makan..begitulah resam anak anak,,Biarkan mereka menikmati zaman ribena,, dan kita bertindaklah selari dengan usia,, agar tidak dipandang sinis dan menimbulkan fitnah pada setiap tingkah..

Semakin jauh kita berlari semakin lelah kita..dan semakin itu juga kita memerlukan udara untuk bernafas..untuk meruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini kita mesti bertabah hati,sandarkan segalanya pada Ilahi..sentiasa..bila bila dan di mana mana..kecil atau besar,, sekit atau banyak kesilapan yang kita sengaja atau sebaliknya lakukan..rujuk kembali pada DIA dalam kadar segera..mana mungkin kita mampu menyembunyikan kerana DIA yang mencipta kita..




23 February 2014

..::SumbeR::..

9:16 PM 9
Sumber:Google

Assalammualaikum..
Ya raab..

Syukur atas segala nikmat..syukur juga atas segala apa kurniaanMu Wahai Ilahi..kami hambaMu sangat mensyukuri kerana tiada satu pun kami mampu menafikannya..

Dulu kita meminta,tak faham apa punkan..nak pergi sekolah ..mak nak duit..abah nak duit..dah PC pulak..babah mama dah sediakan tempat khas..sebelum pergi sekolah..ha situlah diintai dulu..senyum lebar..saat itu kita tahu menerima saja..dalam minda..nasi lemak..keropok lekor,, air sirap..hehe..bertungkus lumus pergi pagi balik senja mak ayah banting tulang empat kerat mencari rezeki untuk anak-anak..biar tak mewah,tak hebat mana yang penting halal dan suci..kerana akan menjadi darah daging..ingat tu..

Siapa suka pakai baju cantik yang sopan,ayu,menunjukkan muslimah yang comel..kacak,segak..tampan menjadi idola muslim montel
 sejagat...haaa sila hadiahkan selawat kepada Rasulullah SAW banyak-banyak..boleh..ermm kalian sangat sweet tau tak..
Amboi sebut baju cantik,sweet...senyum simpul dia ye..adatlah insan..suka memuji dan dipuji..yang penting ikhlas..Namun perlu di ingat satu perkara..syariaat jangan dipunggirkan..pasti bersebab mengapa lelaki diharamkan memakai emas..berpakaian berasaskan ulat sutera..jadi..tuntut ilmu..

Kita saling memerlukan..tua muda,besar kecil..hidupan di darat mahupun di dasar lautan..ada mangsa dan pemangsa..yang penting biarlah habitat buaya itu di sungai atau laut..jangan di darat..kesian la hai..begitu kukuh kebergantugan itu..Namun jangan kita sesekali labuhkan segala rasa pada duniawi..kerana ia bakal merosakkan..sebaliknya ikat ketat-ketat,, simpul mati keyakinan dan pengharapan kita pada ALLAH SWT..DIA sumber yang sebenar-benarnya..SUBHANALLAH..betulkan hati..jernihkan niat..kita masih punya waktu..tiada istilah terlewat asalkan kita mahu berubah..♥♥

19 February 2014

..::Boleh fahaM::..

9:00 PM 13
Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..
Ya Rabb..

Alhamdulillah titisan air hujan semakin kerap  membasahi bumi..syukur sangat..ada panas..ada hujan..sahabat baik ini sentiasa bergilir melunaskan tugas seperti yang telah Allah tetapkan..rezeki..jadi jangan mengeluh..tak usah berceloteh seolah memarahi Ilahi..ingat tau..hehe..

Bila haiwan peliharaan lagaknya seperti anak kandung,,, nak tidur sekali,makan bersuap,, meroyan selagi tak nampak muka tuannya..itu tidak mustahil berlaku..maklumlah sedari kecik tuannya menjaga mengalahkan si ibu..kasih yang melimpah bak empangan pecah itu menganyam hubungan jiwa yang erat..ini bermakna tiada sempadan dalam kita berkasih sayang..

Buat salah..tak ada siapa tahu..tak siapa nampak..tapi tingkah yang canggung itu mampu dikesan..betul tak..lagilah naluri ibu bapa terhadap anak anaknya..sembunyilah walau dalam tempayan ikan pekasam..hehe..bagitu juga di tempat kerja..kelainan kita mampu dikesan kawan kawan..mungkin mampu dirahsiakan daripada sesama insan..namun tidak pada Allah..ye tak...

Mata melihat,telinga mendengar,, adakala hati mentafsir yang tidak..tidak..kadang cemburu,kadang terasa sesak dan sebu..sedangkan ianya dunia semata..terpulang pada kita bagaimana nak bawa hala ke arah lebih jernih dan putih..


16 February 2014

..::TeaM..::

12:10 AM 14
Sumber:Google

Assalammualaikum,,
♥Ya Rabb♥

Semoga para sahabat sentiasa berada dibawah lindungan Ilahi..amin..sama sama kita berdoa agar banjir yang melanda di negeri Sabah segera pulih..amin..ukhwah itu mengajar kita erti belas ikhsan,saling menyayangi dan menghormati..manisnya ukhwah..itulah yang Rasulullah ajarkan..binalah ukhwah walau dengan musuh sekalipun..

Yang berat kalau sama sama dipikul..ianya menjadi ringan..pucuk pangkalnya bersatu hati,, seia dan sekata..tak gitu..kalaupun kita tidak terdaya untuk membantu..jangan pula kita menambah lagi bebanan tanggungannya..dengan kata kata sahaja pun ianya mampu mengubah situasi..semakin membeban,, atau sebaliknya..jadi berbicaralah dengan penuh hikmah dan sederhana..biar buku rekod belah kanan tu bertingkek tingkek..yeyy..

Nak beli tak handbag mahal,baju mahal,kasut mahal,, pendek kata semua mahal mahal..amboi..tapi belajar tu mesti smart..bukan hard..gitulah pesan cikgu dulu..nak bakar hangus rentung semangat anak anak muridnya..lagi lagi yang bakal menduduki peperiksaan penting..maka bermulalah study group..bergilir gilir you..Rumah kita,dia dan mereka..ha gitu..kayuh basikal sampai kopak tapak kasut jenab oii..hehe..tujuannya satu untuk saling membantu satu sama lain untuk menguasai pelajaran..tiada istilah menumpang populariti si pintar atau membuli si lemah..

Lantaran itu mengapa Allah meningkatkan ganjaran pahala sekiranya kita berjamaah..agar kita mempereratkan ukhwah,bersatu hati..dan ianya bertujuan menyempurnakan sebahagian iman dan agama seseorang hamba..insyaAllah..

13 February 2014

..::UkhwaH::..

9:18 PM 13
Sumber:google

Assalammualaikum..
♥Selawat buat Mu Ya Rasulullah SAW♥

Moga semua sahabat sentiasa berada dalam situasi yang baik baik hendaknya..amin..alhamdulillah cuaca yang sedikit panas,, bertukar sedikit dingin..hujan atau panas itu hadiah Allah..datangnya dengan izin Allah..syukurilah nikmat anugerah Ilahi..

Jauh,dekat,timur barat,utara selatan..tak menjadi tembok bila  telah Allah suratkan..aturkan..ukhwah..tak gitu..pelbagai cara..bermacam kisah..kadangkala itulah yang mampu menyatukan..hubungan baik jiwa ataupun silaturahim..tak gitu..

Jangan risau,, tak usah pelik,, dipeluk dicium..dikendong bagai..Kadang kadang tu kongsi tab mandi sama sama you..eh..eh..boleh gitu ye..nak tidur bersama..bergurau senda sakan..tak ada siapa boleh complain..walaupun kadang mata naik bengkak 
 memandang..ermm bersembang pun seolah kekasih awal dan akhir..itulah dia..bila rasa kasih dan sayang itu mula melimpah bukan saja sesama insan..malah dikongsikan juga dengan makhluk lain juga..alhamdulillah..untunglah si kucing parsi..bertuahlah si bunga orkid di taman..

Kita berusaha memelihara ukhwah sama insan..menangis bila berasa terguris hati,sentap bak kata muda mudi sekarang..kecewa bila mana teraniaya..bersungguh sedih,pilu, sayu..bertemu ukhwah juga berpisah silaturahim..namun jangan sesekali kita membiarkan ukhwah dengan PENCIPTA menjadi hambar,layu dan sendu..nauzubillah..tidak mudah untuk berubah kepada kebaikkan..namun itu bukan alasan untuk kita berterusan berada dilembah kemurkaan..kita boleh dan mampu untuk berubah..mohon sentiasa padaNYA..insyaAllah..

09 February 2014

..::Kait..mengenA::..

5:51 PM 17
Sumber..google

Assalammualaikum,,
Selawat buat Rasul junjungan..

Pantas waktu berlalu..hujung minggu bagi sesetengah negeri bakal berlalu..dan bagi sesetengah negeri hari pertama persekolahan dan bekerja..bergantung juga pada sektor mana..kerajaan atau swasta..tak gitu..hehe..tak kisahlah asalkan kita mengisi setiap masa itu dengan melakukan perkara yang bermanfaat dan tidak mensia-siakannya..insyaAllah..amin..

Sengaja atau tidak..kita berkawan,bersahabat..lumrah..suka..tak suka..iyelah lain orang lain cara..lain ragamnya..begitu juga dikalangan adik beradik pun..ngam dengan yang itu..atau tak ngam dengan yang ini..adoii..tak suka jadi cacian,, amboi yang suka biasalah meninggi pujian..dan di mana kita..di pihak mana sebenarnya..kita diam seolah tidak mencampuri..dua belah pihak datang menyembang..luaskan juga cuping telinga..hehe..kadangkala jadi delima juga..kihkihkih..nak elak tak berdaya..angguk angguk..geleng geleng..walau tidak serasi dengan keadaan sebegitu..Allah mengetahui..istighfar sajalah..comelnya kalau mampu menjadi peace maker..hakikat kehidupan..

Rantaian..saling berkait rapat..kan hidup dibawah langit Ilahi..saya,awak,kamu,dia..kita sama insan tapi tak serupa dari beberapa sudut lainnya..tahi lalat sama warna tapi beza jumlahnya..hehe..kan??..namun itu bukan alasan untuk kita sentiasa berkata ''entah'' ataupun ''tak tahulah''..lagi la kalau memang tahu..kan dah berdusta tu..niat nak lepas diri..eh..boleh gitu..hehe..janganlah ye., semakin banyak kita membantu..semakin mewah bantuan hadir dalam hidup kita..Allah memang tak suka kita membazir..tapi dalam hidup yang singkat ini tiada istilah membazir tenaga selagi apa yang kita lakukan itu memberi manfaat..


08 February 2014

..::CelarU::..

11:04 AM 14
Sumber google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..

Alhamdulillah..kerana masih berpeluang untuk kita semua menikmati nikmat yang tidak terhitung ini..syukur Ya Allah..semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat,ceria dan gembira serta berbahagia sentiasa..

Cerdik..yes kita cerdik..alhamdulillah..bezanya sama ada kena atau tidak kita mengaplikasikan kecerdikan itu..sama ada ianya mengundang hikmah atau musibah..hehe..mesti pintar untuk menjadi cerdik dik oii..tak gitu..asal tidak melulu dan terburu-buru..kerana kadangkala kita perlu kaji dan selami terlebih dulu persekitaran di mana kita berada..Insan soleh solehah yang bijak cerdik lagi pintar bila dia mampu menyesuaikan diri pada setiap situasi di mana pun dia berada tanpa merosak dan mencalarkan akhlak juga ikrarnya pada Ilahi..

Yakin..nak yakin pun kena berpada pada..ukur pada keterdayaan diri sendiri..ye tak..dah dewasa purba senja lagi kala..mana mungkin sesuai pakai baju standard adik umur 4 tahun..lengan pun koyak rabak dikk..yes..hebat..sentiasa mendapat pujian..ermm dalam masa 2 bulan nak siapkan 25 pasang baju yang bermanik,bersulam dan berlabuci bagai..adoii..moga tiada mata dan hati yang bengkak..antara keupayaan dan keinginan boleh buat kita sedikit tersasar..jadi kembali pada niat asal..apa dan tujuan asalnya..

Zuhud dan istiqhomah..kalau kita rasa sedikit keliru carilah guru yang boleh membimbing bukannnya buat kita terbaring hingga Allah berpaling daripada kita..lumrahnya insan..sering lakukan sedikit salah dan silap..itu rencah kehidupan..namun jangan sampai kita celaru untuk mendasari asal usul dan kembali ke titik permulaan..selagi mana kita berpegang teguh pada Al Quran..insyaAllah kecelaruan itu mampu dileraikan..

05 February 2014

..::Langkah pertamA::..

9:56 PM 14
Sumber google

Assalammualaikum..
Ya Rab..

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat,, setinggi tinggi munajat pada MU Ilahi..moga kita sentiasa berada dibawah rahmat dan kasih sayang NYA..insyaAllah..amin..sebaik baik perancang adalah Allah..yakinlah..jangan raguiNYA ok.. 

Nak sesuatu kita mesti usaha..tiada cara singkat,tiada jalan pendek pun..lebih payah dan sukar,, kita akan lebih bersungguh berusaha..dan akan lebih menghargainya bila dapat..betul?..namun yang paling penting semangat mesti kuat dan tinggi..jangan mudah mengalah dan cepat mengaku kalah,, tak gitu..berdoa minta pada Allah supaya sentiasa kuat semangat..cekalkan hati kita semua..amin..

Sesuatu yang telah lama kita idam idamkan..usahakan,doa yang tidak putus..bila diperolehi..siapa yang tidak teruja..yeyy..ucapan syukur bertali arus..lompat bintang jangan cakap..senyum bukan setajat sampai telinga lagi dah.,naik kebas bibir ye..macam nak retak lantai rumah..begitulah resamnya kita ini manusia..tapi jangan lupa sujud syukur ye bila berita gembira menjelma..kegembiraan juga ujian..jangan kita terleka,, jangan kita mula bersikap angkuh kerana semua pinjaman semata..

Tanpa sedar kita adalah pejuang..kita wira wirawati..amboi dah macam nak pergi tertempur ye..yes setiap hari kita bertempur..melawan nafsu agar tidak berbuat perkara yang tidak baik..setuju?..tanpa sedar juga sebenarnya kita berusaha untuk menjadi juara..juara agar Allah pilih kita jadi penghuni syurgaNYA..alhamdulillah..kita tidak boleh terusan berserah pasrah tanpa berusrah..ciptalah langkah pertama agar Allah sentiasa pandang kita..jangan risau bila insan tidak pandang kita..tapi berasa takutlah andai Allah tidak melihat kita..kerana takut kita dilitupi kabus noda dan dosa..nauzubillah..


03 February 2014

..::Tanpa sedar,, rupanyA::..

8:27 PM 12
Sumber google

Assalammualaikum..
♥ S M I L E ♥

Alhamdulillah dengan izinNya kita masih dihidupkan..hari ni ada yang dah mula kembali bertugas seperti biasa..ada juga esok baru mula bertugas dan tak kurang yang masih berada dalam mood bercuti..alhamdulillah rezeki..ingat,, cuti pun rezeki juga ye..PC dapat balik kampung..Tak lama pun tak pe..asal dapat melihat babah mama..abah mak..kualiti itu lebih penting dari kuantiti..hehe..majlis kawin pun sekarang diadakan pada hari Jumaat..moga peroleh lebih keberkatan..amin..owh rindu nak blogwalking dan berentry juga ni..

Sehebat mana pun kita di muka bumi ini..kita tetap seorang hamba yang mesti patuh dan taat pada suruhan Ilahi..meninggalkan dan menjauhi segala larangannya..dua kalimah syahadah itu janji kita..jaga..pelihara sebaiknya..namun bukan sekadar itu..malah perlu pelihara segenap aspek..tanpa sedar,kesilapan boleh berlaku dan dilakukan..baik dalam gurauan,dalam tawa riang dan sembang sakan..maklumlah syok sangat katanya..hehe..bila tersedar istighfarlah ye..

Dulu dibahunya tempat kita bersandar..susah senang,suka duka,pahit manis..cikgu cubit kat lengan yang tak seberapa sakitnya pun kita tetap mengadu..sambil buat muka sehabis sedih tapi comel..ingat nak raih simpati..rupanya raih cubitan berdas das..hehe..kita tau luah saja..itulah hakikatnya..dah lega kita masuk bilik dengar lagu hindustan..boleh gitu..ibu bapa sahabat terbaik kita..kita semakin dewasa..mereka semakin dimamah usia..hulurlah bahu kita pula untuk mereka bersandar selesa..bila mereka mula mahu berkongsi rasa,,itu bermakna kita mampu menjadi teman baiknya..indahnya..masa ini baru kita sedar oh dah dewasa dan betapa sudah cukup matangnya kita untuk menggalas tugas dan mentafsir dengan hati dan minda yang positif..

Begitu juga kita mengapa disyariatkan untuk amal maaruf,, nahimungkar..kerana bila mana sudah baligh dan mumayez seseorang itu..dia perlu tanggung dosa dan pahalanya sendiri..banyak perkara baik dilakukan maka pahala ganjarannya dan sebaliknya..