10 January 2014

::..Kita kongsi rasa KECINTAAN..::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kekasih Allah ini..kerinduan umat sejagat..
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
Bonda tecinta Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Lahir 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi pada tahun Gajah
Yatim sejak berusia 2 bulan semasa di dalam kangungan bondanya lagi

Insan sentiasa disisi..
..Saidatina Khadija binti Khuwailid ketika berkahwin berusia 40 tahun pertama memeluk Islam
..Saudah binti Zam`aah merupakan seorang balu
Aisyah binti Abu Bakar satu-satunya anak dara yang dinikahi
..Zainab binti Khuaimah mempunyai gelaran Ummul Masakin(ibu orang orang miskin)
..Hindun binti Abi Umaiyah seorang balu juga
..Zainab binti Jahsy menyebabkan turun hukum membolehkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkat
..Juwairiyah binti Haris seorang balu yang kuat beribadat,puasa sunat dan qiamullail
..Ramlah binti Abi Sufiyan Sakhar balu dan adik kepada Muawiyah bin Abi Sufiyan
..Safiyyah binti Huyyai dari keturunan nabi Harun
..Maimunah binti Haris seorang balu bergelar ummul mukminin
..Maria binti Sam`un dan Raihanah binti Sam`un dari kalangan hamba

Permata hati penyambung salasilah..
Al Qasim bin Muhammad
Zainab binti Muhammad
Riqayyah binti Muhammad
Ummu Kalsom binti Muhammad
Fatimah binti Muhammad
Abdullah bin Muhammad
Ibrahim bin Muhammad
Abdul Manaf bin Aniq dan Hind bin Aniq (anak tiri)

Kita tidak pernah bersua dengannya..tapi pasti diakhirat kelak dia mengetuai kita semua..sedari kecil kita sering mendengar kisahnya..pahit,manis,umpat,keji,caci maki..menjadi habuannya ditelan demi ISLAM..dialah contoh terbaik..percakapan,perbuatannya menjadi sunnah buat kita..insan TERISTEMEWA..tidak pernah jumpa tapi rindu membara,,tidak pernah bertentang mata tapi cinta sentiasa mebara..auranya menggoda iman yang dahagakan syafaatnya..tanda kasih..kami titipkan selawat dan salam ke atas mu Ya Rasulullah..moga kita bertemu di sana..

10 comments:

  1. Syukur dan alhamdulillah jika kita umatnya ini dapat berkongsi rasa 'kecintaan' itu kak pc. Tapi sayang kita makhluk yang lemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita sentiasa berusaha perbaiki kelemahan itu..sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah pun memadai..selain amalkan sunnahnya..

      Delete
  2. seronok bila baca kisah rasulullulah s.a.w. Mengamit kerinduan. Sering-seringlah berselawat ke atas Baginda. Besar fadilatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la mama..tak pernah terdetik pun dalam jiwa rasa jemu..itulah keistimewaan aura baginda Rasulullah penutup segala nabi..moga lidah kita sentiasa berselawat ke atasnya..amin..

      Delete
  3. bila tengok keadaan di Malaysia sekarang, rindu dengan cara pimpinannya :)
    Maulidur Rasul beberapa hari je lagi.. first time zizie sambut di bumi Melaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun zie..cara pimpinan dan mentadbir Rasulullah negara cukup sederhana namun sangat berkesan..musuh menghormati baginda..telus dan tulus..zizie tak dapat balik terengganu ye.. :)

      Delete
  4. semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w

    sollu alannabiy

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..amin..amin Ya Rab..sama-sama menjadi penghuni syurga Allah kelak..

    ReplyDelete
  6. rindu rasullulah,walau tak pernah bersua rinduku padannya tidak akan pernah kurang dah hilang

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... tenang bila berselawat ke atas nabi junjungan.. salam maulidurasul...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..