12 January 2014

::..Banyak cara,,pelbagai rupA..::

From Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Siapa suka makan tebu..sila tarik hidung kawan sebelah..dah..dah..over pulak dia ye..hehe..Jyang suka lompat-lompat..yang ada sejarah silam dan fobia dengan tebu..adoii kecut perut..ada tebu hitam,,tebu telur yang warna kekuningan tu..wuu terbayang air tebu nih..nak cantik susun atur tanamannya kena sediakan batas..pancangkan kayu untuk ikat biar tidak condong dan bengkok batang tebu tu..walau warna tebu berbeza..cara tanamnya sama..ye tak..ke ada yang cuba tanam tebu di pinggir bibir..huhu..jangan ye..tak baik..

Satu kelas,satu guru,sama ilmu,,tapi cara penerimaan berbeza-beza..yes,,,masa dalam kelas sewajarnya mendengar arahan guru..kalau ingkar takut ilmu tak berkat..ingat tu..jadi tak hairan belajar pangkal hujung lesap..belajar hujung pangkal lesap..lama-lama cikgu berasap anak murid lesap..dalam bab menjahit baju,,ada yang suka siapkan kain dulu..ada pula yang gemar selesaikan baju dulu..tak kisahlah asalkan selesa,,sesuai dan boleh dipakai..asal jangan ada orang kata kita pakai baju si adik-adik..tak ke biru muka kita dibuatnya..

Siapa suka naik roller coaster..acap kali kita dengar orang cakap..hidup ini umpama roller coaster kaedahnya..tidak semua orang berani naik roller coaster..yang berani alhamdulillah..yang kecut perut tu..duduk kat kaunter tiket jual beg plastik dengan minyak angin..berliku,,ada naik turunnya,,berwarna warni..silap langkah gelap jadinya..boleh jadi cerah juga..insyaAllah..kegembiraan dan kesusahan boleh datang dalam pelbagai cara..perantaraan atau secara langsung..adakala kita ketawa dan menangis kerana melihat orang lain ketawa dan menangis..macam ada link pulakkan..itulah emosi..yang ada sikat rambut nampak uban sehelai menangis sampai tak selera makan..tua katanya..padahal itukan peringatan Allah..hehe..bila Allah beri kita kegembiraan atau kedukaan..keduanya ujian sebenarnya..terduga atau tidak..sengaja atau tidak..yang penting kita tabahkan hati,redha dan sentiasa berdoa moga Allah teguhkan keimanan kita hingga hujung nyawa..wassalam..

16 comments:

  1. assalamualaikum kak setiap orang ada caranya yang tersendiri, ada pemahaman yang sendiri mengikut acuan sendiri.. ^_^ itu lumrah ...semoga semua orang turs sebarkan kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam acik..betul..setiap orang ada cara tersendiri..lain orang lain cara walau matlamat sama...dengan syarat cara,, gaya itu tidak bertentangan dengan syarak..aminn..

      Delete
  2. assalam,

    yang penting kuatkan iman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam bunda..setuju..iman tunggak pada amalan yang lain..aminn..

      Delete
  3. Assalam jua dari krole sekeluarga.. Mula2 nak gtau mrs.krole n baby zahrah kim slm hihi. Btul tu tiap apa yang brlaku ada sebabnya.. Dr kta je cmna nak trima. Smua yang brlaku adalah hikmah.. Kerana Allah lebih mngetahui apanyang trbaik bat kita smua.

    P/s : sntiasa sronok mmbca entri d blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..alhamdulillah sihat ye kalian semua..kita tidak boleh lari dari qada dan qadar Allah..kalau kita tak percaya..rosak iman kita..sebab tu kita kena sentiasa redha walau sedikit terasa pahit..dan kepahitan itu akan Allah ganti dengan kemanisan., amin..terima kasih mr krole dan family..

      Delete
  4. iqa suka air tebu!
    taubat xnak naek roller coaster da! cuz rasa mcm nak tercabut jantung je naik bende tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronok ye..minum waktu panaskan..ermm..lazat..hehe..Allah hidupkan dan suburkan tumbuhan dibumi untuk manfaat kita bersama..akak tak pernah naik roller coaster..takut semua orang lari lintang pukang nanti dengar akak menjerit..hehe..

      Delete
  5. Manusia memang tak sama. Sebab itu bila kita lihat org lain tanpa sedar org pula melihat kita. Org lebih kita pula kurang, ada juga kita lebih org lain yg kurang. Apa yg perlu mana yg baik jadikan teladan yg tak baik tinggalkan.

    Rambut putih, kulit kedut, gigi mula luruh, mata rabun (kakak dari kecik dah rabun) semua itu petanda nikmat kian diambil, ingat nyawa pun bila-bila boleh diambil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..kita memerhati..dan kita juga diperhati..apa yang penting muhasabah diri bukan telunjuk lurus kelingking bartaut..dan yang perlu selalu kita ingat..Allah sentiasa melihat gerak geri kita..bila nikmat mula diambil sedikit demi sedikit..ianya satu peringatan..

      Delete
  6. baru semalam minum air tebu kak.. Alhamdulillah, sedap sangat :) betul tu kak.. setiap orang penerimaannya lain-lain.. berbeza... tapi yg lambat tangkap tu, jgn la dimarahnya pulak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sedapnya..tapi jangan kerap sangat minum tau..sekali sekala ok..akak biasanya minum air tebu ni bulan Ramadhan je zie..hehehe..kesian akak..huhu..iyelah betul..tahap penerimaan setiap orang berbeza-beza..kemahiran,kebolehan,bakat pun berbeza..jadi kita kena bersabar dalam menhhadapi ragam yang juga berbeza.. :)

      Delete
  7. moga kita tabah hadapi ujianNya
    sedap tebu kan sis..hmmm..tringin nak minum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..moga Allah tabahkan hati kita..sentiasa..hingga nafas yang terakhir..amin..lagi la kalau cuaca panas...ermm sedapnya..lagi kalau ada pisang goreng panas panas... :)

      Delete
  8. Masa Ida kecil dan tinggal di Mentakab Pahang, arwah opah ida ada tanam tebu kat depan rumah... bila dah panjang sikit opah tebang dan kupas kulitnya kasi Ida makan...masa memula Ida memang tak reti nak makan tebu tu... opah suruh makan juga dia kata masa gigit tebu tu elok untuk kesihatan gigi... gigi jadi kuat dan putih bersih...

    ReplyDelete
  9. suka entri PC ni.. terima kasih ingatkan...
    psstt.. dah lama x minum air tebu... slalu ke pasar mlm wajib beli... :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..