30 January 2014

::..OlahaN..::

1:37 PM 14
Sumber google

Assalammualaikum..
Ya Rabb
Selawat dan salam buat Rasulullah kekasih Allah SAW..

Alhamdulillah sebahagian daripada kita sudah mula bercuti..inilah peluang dan ruang untuk kita bersua satu sana lain..masing masing sibuk berbalas pesanan ringkas..atau pun membalas pesanan peribadi di laman muka buku..naik senget jari dok tekan abjad.,hehe..macam skema la pulak..ibu ayah ternanti nanti kepulangan anak anak..atok nenek duduk ditangga sambil bertasbih..menunggu cucu muncul..begitulah rutinnya bila cuti panjang berlangsung..tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk pergi melancong..berhoneymoon..ingat kita adalah duta kepada agama dan negara..maka peliharalah ia..silakan..alhamdulillah..


Alhamdulillah..nikmat luas terbentang..bila kita rasa sedih..pandang apa yang kita ada..bersyukurlah..bila kita gembira,, cuba lihat air mata insan sekeliling kita..kongsilah rezeki yang ada..nilai kegembiraan bukan terletak pada wang semata mata..kadangkala wang ringit bukan menjadi keutamaan..mungkin kita hanya perlu luaskan cuping telinga..lapangkan hati dan minta untuk mendengar sedikit keluh kesah., bergantung pada siapa kita sedang berhadapan..atau cukup sekadar kita bermain dam ular..tak pun batu seremban..atau teng teng..itu cukup buat menyapu air mata mereka..imbas kenangan silam kaedahnya..lain orang lain cara dan situasinya..


Allah sentiasa memberi ruang pada kita..menyediakan peluang terbaik juga..sama ada kita sedar atau tidak terpulang untuk kita mentafsirnya..demam dan fenomena vitamin c sudah pun bermula..sejak beberapa hari yang lalu..amboi siap sorok bawah bantal lagi..dengan harapan keajaiban berlaku ye..manalah tau bangun tidur tengok tengok sebiji limau boleh jadi 2 biji kek oren..mana mungkin mimpi jadi nyata tanpa usaha..ye tak..haha..*pengsan..andai kita tidak mampu memberi sekotak limau..sukuplah walau seulas andai itu mampu menerbitkan sekuntum senyuman..itu juga ibadah..itu lebih daripada kita hanya memberi haruman yang semerbak namun hanya kulit dan biji yang ditinggalkan..ianya lebih menyakitkan..




29 January 2014

::..RenjataN..::

7:03 PM 16
sumber : Google

Assalammualaikum,,
Ya Rabb
Selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW

Alhamdulillah cuaca cerah hingga ke petang hari ini..walaupun angin bertiup kuat..meliuk lintuk dahan dan pelepah pokok..bunga berguguran..melayang dibawa angin.. walau pandangan mata tidak mampu melihat sang bayu..memadai dapat merasai kedinginannya itu..syukur dengan nikmat Allah berikan..

Bila berjumpa saudara mara,sahabat handai,, atau berziarah..kita diajar untuk memberi salam juga berjabat tangan,,budak kecil pun pandai beri salam..walaupun versi yang kadangkala tak dapat dikesan bahasanya dari negara mana..hehe..bila assalammualaikum bertukar tam tim tom..tak pun ooommm..sekurang kurangnya mereka tahu adab..ye tak..tidaklah sergah dari belakang melulu..kesian kawan tu tercekik batang jagung..terperanjat bukan main..tak sempat nak hadiahkan kita sup selipar saiz 8..dah masuk ward..bukan ke kejam kita..nauzubillah..ingat nak bergurau ada batasannya ye..

Ada bahagia,, ada derita..lumrah kehidupan kita..setuju?zon selesa kadangkala buat kita lalai..apatah lagi andai setiap apa yang diingini mudah untuk terlaksana..ok..alhamdulillah itu rezeki..pastinya kita lipat gandakan tanda kesyukuran itu dengan lebih istiqhomah melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..boleh?yes yang mengangguk tu sangat comel♥..namun tarbiah diri agar bersedia untuk menghadapi ujian Allah..mungkin ujian itu teguran Allah pada kita,amaran agar tidak terusan tergelincir dari landasan...insyaAllah..

28 January 2014

::..Adat kitA..::

3:44 PM 12
Sumber google

Assalammualaikum..
Ya Rabb

Anak itik lompat lompat,
Bulu pelepah tanggal sehelai,
Jangan kita terlompat lompat,
Takut tak sudi mak jejaka nak datang mengintai.
**hilang mood terus nak masuk merisik ye..jadi apa salahnya berkain batik itulah warisan zaman berzaman..tak gitu..hehe

Makan keropok bersulam air,
Makan di atas tangga ronggak,
Jangan hanya nilai pada yang zahir,
Kelak diri sendiri rosak.
**masa bercinta masa hati kembang setaman..tak pe you tak pandai masak,, kedaikan banyak,,Bila cinta terasa kuncup..Haruman setaman tak berguna lagi..adoii..

Panjat pokok berkain sarung,
Kambing jantan tersenyum aneh,
Bukan mudah nak hidup senang,
Mesti rajin berusaha gigih.
**tiada yang semudah petik jari..sama ada suka atau tidak..hidup mesti berjuang..nak hidayah Allah pun mesti usaha cari you..hihi..

 Bangun pagi pergi sekolah,
Botol susu terselit di celah buku,
Didiklah hati takutkan Allah,
InsyaAllah tiada perkara buruk akan berlaku.
**takutlah pada azab Allah kerana ianya sangat pedih,, bila kita ingat itu,insyaAllah kita tidak mahu mendekati keburukkan..walau sekadar jeling paku..hehe..


27 January 2014

::..Kongsi pusaT..::

6:40 PM 17
sumber google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sedari kita masih di alam rahim lagi berkat kesedaran ibu bapa..mereka gigih menabung untuk kita..tak banyak pun tapi kerana kerajinan dan sikap tak pernah jemu itulah yang sedikit menjadi banyak..sediakan payung katanya..tak hujan pun tak apa kerana cuaca panas pun payung tetap berguna juga..alhamdulillah..berbanding sekarang lebih banyak kaedah untuk ibu bapa melindungi anak anak dalam bentuk simpanan..nak dengan tidak saja..kaedah dan tempatnya juga harus diambil kira dan tidak dipandang mudah harapnya..yang utama keberkatan mesti didahulukan..kemudian keuntungan..ibu bapa role model terbaik anak anak..

Tinggi sama didaki..lurah sama dituruni..hati gajah sama dilapah,,hati kuman sama sikit dirasai..zaman kecil kecil kongsi apa saja on tak kisah dia sepupu ke,,anak jiran ke..gula gula,,jajan,,air sirap bandung selasih ok..maklumlah budak budak..walaupun dah seminggu kawan tu tak gosok gigi..haus punya kes bagi juga sesedut dua air..hehe..akrab yang melampau sampai kutu pun di faraid kann..adoii..naik rabak kulit kepala di garu-garu..dan naik bengkak juga peha kena cubit kerana ingkar pesan mama..pakai tudung masa bermain..itu dulu..dulu yang bila di kenang boleh buat PC atau awak..kamu dan sahabat blogger juga tersenyum sendiri..zaman belum baligh..belum mumaiyezz..masih bergigi susu,,motifnya cuma nak berkawan..berjumpa bermain main,bersuka ria..

Semakin lama semakin dewasa..menempuh alam yang mendidik hati dan jiwa menjadi manusia..yang berkualiti iman dan akhlaknya..sempurna agama dan peribadinya..tidak mudah,bukan seperti nak,tunjuk,ambil dan bayar..no..misi dan visi perlu jelas..walau kadangkala sedikit tersasar..walau sentiasa terpadam semangat yang membara..segera bangkitlah..kesakitan,kepayahan,kegembiraan,kekayaan tidak pernah mengenal siapa..di mana kita duduk,dari mana asal usul kita..kerana itu semua milik Allah..warna kulit tidak pernah membantaskan silaturahim untuk kita saling berukhwah..kerana kita ini berkongsi arah kiblat yang satu..dulu,kini dan hingga alam hancur lebur..jangan sesekali kita menukar kiblat itu kerana kelak binasalah diri kita..

26 January 2014

::..NgaM..::

8:44 PM 14
Sumber google

Assalammualaikum..
Ya Rabb

Ahad terakhir di bulan Januari 2014..yang menyambut ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan..selamat ulangtahun., semoga sihat dan berbahagia sentiasa..yang menyambut dan menerima kehadiran insan baru dalam rumahtangga..alhamdulillah tahniah..bersyukurlah dengan rezeki Allah..ada juga yang meraikan ulangtahun ikatan persahabatan..moga ukhwah terus utuh dan kukuh..

Latar belakang berbeza..mak ayah lain lain..warna kulit langsung tak sama.,, tapi kita satu Malaysia..hehe..itulah yang mengikat kita..ikatan yang bukan menyesakkan tapi memeriahkan hari hari yang dilalui..perbezaan bukan halangan..bukan benteng dan bukan alasan..yang penting masing masing tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan..

Ada sempoi..ada pulak teliti teramat..dan tak kurang yang sederhana..dalam soal memilih..tak kisahlah pilih apa..jadi bila pergi shopping mall..dan pasar malam sekali pun..berbintanglah si peneman dan peniaga..huhu..bengkak tahap menanah hati tu..cukup sekali tidakkan diulangi untuk menjadi peneman sejati...adoii..Duit kita,hak kita untuk pilih yang terrrrbaik..yes..namun hanya ciptaan Allah yang paling sempurna..pujuklah hati untuk menerima sedikit kekurangan kerana kita juga tidak sempurna..fullstop..

Apa yang Allah beri itu yang terbaik untuk kita..untuk kita berasa senang hati dan berlapang dada..manakala dugaan Allah pula untuk uji kita agar tidak terlalu berasa selesa kerana adakalanya kita terlupa untuk berkongsi keselesaan itu pada yang memerlukan..cantiknya Allah menyusun perjalanan hidup kita..jangan kita rosakkan dengan syak wasangka yang tidak sewajarnya..

25 January 2014

::..Ikat pun mesti smart..bukan harD..::

2:37 PM 20
Sumber google

Assalammualaikum

Selamat berhujung minggu semua sahabat,, yang mana sedang bersantai bersama keluarga..moga hubungan kekeluargaan semakin erat..yang mana sudah mula bercuti,selamat bercuti..Ha yang ni mesti semua suka nih..sshoppinggggg..yeyy..lompat bintang..Pastikan semasa berada di luar rumah faktor keselamatan diutamakan..terutama terhadap anak anak..

Setiap insan telah Allah tetapkan bahagian masing masing..ini bermakna rezeki juga..betul?..Allah tidak pernah berjanji bahawa yang berkahwin itu mesti mempunya zuriat..namun jangan sesekali jemu untuk berusaha ok..♥..bersyukur bagi wanita bergelar ibu..40 hari berpantang..Yang lebih gigih tu sampai 100 hari..kalau dulu air rebusan akar kayu menjadi hirupan saban pagi..sekarang lebih moden..berbengkung juga semakin mudah..lagi ketat dan kemas ikatan..lebih ramping..kihkihkih..ramping????waaa..tak kisahlah asalkan kesihatan kembali pulih..tenaga dan semangat perlu mantap kerana tugas besar sedang menanti..mahu mendidik khalifah amanah Allah..

Zaman nenek nenek kita dulu nak basuh baju beramai ramai ambil air dari kolam..air sungai..amboi sambil bergurau senda dengan kawan kawan..Gigihnya mereka..bukan sebakul tapi berbakul pakaian kotor..pokok kelapa dijadikan tiang mengikat tali ampaian..Amboi bersilang silang..simpulan yang rapi dan kemas itu mampu menampung beban kelembapan kain tersidai..Mereka mengikat dengan perasaan yang teguh agar penat lelah membasuh tidak tertewas dek tali yang putus menyebabkan kain menyapa bumi..

Sebatang lidi mungkin boleh membuang habuk,, namun sebatang dan sesikat penyapu boleh membersihkan sebuah rumah..Betapa sebuah ikatan yang kukuh itu sangat membantu untuk membina tapak yang mantap..kemudian setiap tiang yang didirikan pastinya juga tegap..begitu juga hati kita..apabila terikat erat dengan kasih sayang dan cinta oada Allah..jasad pun tidak mampu menongkah arus..



24 January 2014

::..ChampioN..::

5:15 PM 12
From Google

Assalammualaikum

Alhamdulillah kerana kita masih lagi boleh melangkah dengan riang gembira di muka bumi Allah ini..petang penghulu segala hari yang mulia..hari Jumaat yang mana tersirat rahmat dan nikmat berlipat ganda bagi yang bijak mengurusnya..pasti berjaya bagi insan yang cerdik dalam mengurus waktu..insyaAllah..amin..

Siapa yang tak suka jadi juara..tempat pertama,, first prize lagi..ha tak ke teruja tu..belum dalam daftar apa apa pertandingan..dengar saja pun biji mata lebih besar dari mulut..hehe..excitedkan..ok tak salah pun, lagi lagi kalau senarai hadiah dah diketahui..itulah pendorong semangat..alhamdulillah elok jalau kena pada masa,tempat dan caranya..asalkan semasa kita berusaha itu tidak memudharatkan orang lain dan diri sendiri..

Hari ni siapa yang pergi solat Jumaat kaum adam?..alhamdulillah..kamu memang kacak..yang tak pergi tu solat zuhur tak tadi..ni dah asar pun..tak mengapa selagi tidak melebihi 3 kali berturut turut..namun elakkan la dari ponteng ye..sebelum pintu rahmat tertutup untuk kamu..nauzubillah..kadangkala perkara yang tidak diwajibkan itu bila kira abaikan ianya mendatangkan kesan besar pada diri..jadi berhati hati..

Daripada zero..menjadi hero heroin..puncanya,selamatkan anak kucing parsi kepunyaan anak kembar pak sudin terselit celah dahan rambai..haa gitu..bila Allah nak hadiahkan kemanisan pada hambanya..satu kampung tahu tu..wow..Nikmat dunia yang pastinya seketika..jadi balaslah ia dengan menjadi muslim muslimah yang champion juga agar nikmat itu kekal sampai syurga..alhamdulillah.. 


23 January 2014

::..Positif laH..::

10:45 AM 10
Terima kasih en google

Assalammualaikum
Ya Rab

Moga hari ini membawa 1001 kebaikksendiri kita semua..masih di awal tahun..tapi kita sudah dihidangkan dengan belbagai kisah tragis..haiwan kesayangan Rasulullah dibakar hidup hidup..kisah pembuangan bayi tidak berdosa..kisah pembunuhan anak kecil yang tidak bersalah..Allah..Allah..Allah..sebaknya hati..bagaimana mereka tergamak melakukan sebegitu rupa..KEJAM wahai manusia..bertaubatlah..selagi mana malaikat maut belum meragut nyawa kamu..

Nak menjadi insan yang baik bukan mudah kerana kita terpaksa bertarung dengan nafsu sendiri..tapi itu bukan alasannya..kita boleh didik diri agar sentiasa positif..niatkan dihati..setkan pada minda perkara perkara yang positif..dan suntik semangat supaya kuat untuk melawan segaka hasutan..bukan dok melawan cakap mak ayah..ingat tu..hehe..yang mana pernah terbuat tu minta naaf ye..tak usah tunggu hari raya ok..♥..

Andai baik yang terdetik..maka baik jadinya..kalau buruk saja ucapnya maka kurang elok hasilnya..aura positif mesti kita semai dalam diri..terutama bersangka baik pada Allah..yang ni tak boleh tawar menawar langsung..walau bagaimana pun..dalam kita wajar berfikiran dan bertindak positif..kepekaan itu mesti ada..kalau malam malam jiran kita tu menangis je..cubalah intai intai..kembung perut ke..lapar ke..faham??..dalam situasi positif juga mesti ada keseimbangan..sediakan sedikit ruang untuk berasa sangsi supaya kita berhati hati dan bersedia..


22 January 2014

::..BerpotensI..::

10:56 AM 12
Sumber:en Google

Assalammualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kita pada Allah atas segala nikmat rezeki yang diberi..syukur♥..setiap apa yang diusahan berhasil atau sebaliknya bergantung dengan keizinanNYA juga..

Tabur dan tanam benih lada..kalau menjadi dapat juga berjimat sikit..hari ni jimat sikit,esok sikit..maka jimat itu akan bertambah banyak..yeyy..hehe..atas tapak semaian yang sama,tanah pun sama,semua sama..bila tumbuh..ada pulak yang tak sama..ada yang tinggi..ada pulak yang ketot..wajarlah kerana semuanya bersaing dan riwayatnya berbeza..tak apalah..redha..siapa tahu yang ketot itu lebih banyak hasilnya..berbaik sangkalah..kihkih..

Dua kegembiraan kita yang terlalu nikmat..saat menantikan waktu berbuka puasa..dan saat untuk kita ke syurga Allah di akhirat kelak..betulkan andai PC tersilap ye..bila kita ziarah bayi yang baru lahir juga moodnya lain..bersamanya terserta haruman syurga..beruntunglah para doktor dan nurse yang tugasnya menyambut kelahiran bayi..jadi buat tugas itu sehabis baik..lillahitaala..jika kita jaga aib orang,maka aib kita juga terpelihara..Dan masa ni jugalah ramai yang jadi tukang tilik mengalakan nujum pak belalang..pendapat meramal masa depan..atok,nenek,usu,angah, uda pun join..macam persidangan teka potensi naik tegang urat kentot..dan bayi tu..hohohoi..lena..

Bila mana kita semua masih mampu bernafas,maknanya kita masih berpotensi untuk melakukan sesuatu..hidup,mati,sihat, sakit..bila bila boleh terjadi..daripada buruk kepada baik juga tidak mustahil..dan sebaliknya andai Allah tarik segala hidayahnya..namun kita mesti bijak mengenal potensi diri..bentuk dan lorongkan agar menuju redha Ilahi..★


21 January 2014

::..Tak semudah 1,2,3..atau A,B,C yA..::

11:41 AM 15
Ikhsan: Google

Assalammualaikum,,

Moga semua sahabat berada dalam keadaan seperti mana yang diharapkan..amin..kita boleh merancang..seberapa banyak yang kita harapkan..impikan..adanya perancangan sedikit sebanyak membantu agar segala tindakan menjadi tersusun dan rapi..yeyy alhamdulillah..insyaAllah taklah merapu je.. ○¿● asalkan kita sesekali tidak menolak ketepi Perancangan Allah yang terbaik..

Setiap orang ada tanggungjawab..suami selaku ketua keluarga mesti bertanggubgjawab pada isteri dan anak anak,,anak bertanggungjawab pada ibu bapa..guru disekolah bertanggungjawablah pada anak murid di sekolah..jadi jangan hairan bila nampak tok penghulu berkain sarung malam gelap gelita meredah banjir membantu penduduk kampung ye..nak makan pun kena masak dik..bukan mudah nak lunaskan tanggungjawab..tak gitu..terpulang pada cara dan kaedah masing masing..kadangkala apa yang kita lihat tidak sama dengan hakikat yang terpaksa mereka lalui..

Seribu langkah yang kita ambil itu pastinya bermula pada langkah pertama pastinya..dan pada setiap langkah itu  juga tersirat 1001 cerita dan kisah..bukan mudah..tidak senang..berbanding hanya sekadar berbicara dengan kata kata puitis..mampu mencairkan dan mempersona..bila kita menemui kesusahan,kegagalan dan kejatuhan..itu bermakna kita sedang berusaha..tapi kalau kita ini bersungguh..pastinya bantuan Allah itu hadir..insyaAllah♥


20 January 2014

::..PuaS..::

7:49 PM 12
::..PuaS..::
Assalammualaikum..

Sedang menanti azan  berkumandang..irama mendayu yang paling indah..mampu melembutkan hati juga jiwa jiwa yang masih hidup..yang masih mahu berbicara dari hati ke hati dengan Pencipta..selurus dan setulus hati..sehari 5 kali..itu pun tidak mampu memuaskan hati..rindu..rindu sangat..

Setiap kita punya tahap kepuasan yang berbeza dalam menikmati warna warni kehidupan..betul tak..yang ada selagi tak habiskan dua gelas ais..dirasakan hidupnya bagai tidak mandi bertahun lamanya..kihkihkih..amboi..ais itu kelihatan sejuk di luar..tapi bila terlalu kerap dan banyak kuantiti yang di ambil..tidak begitu elok untuk kesihatan..jadi berpada pada ye..yang lepas biarlah..

Semakin jauh kita berjalan..semakin banyak yang kita temui..semakin itu juga kita sedar yang sebenarnya masih terlalu banyak yang kita tidak tahu..dan perlu ambil tahu..asalkan bukan buat buat tahu..ermmm buruk padahnya..setuju?..

Dalam hidup ini setiap insan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai setiap apa yang menjadi impian mungkin telah diidam sedari kecil lagi..usaha..lagi dan lagi..terus terusan..untuk perbaiki apa yang dirasakan kurang memuaskan..tidak mudah namun dengan usaha insyaAllah boleh..betul tak?..namun dalam kita mengejar duniawi ini., moga jangan kita lupa untuk menyediakan satu ruang dalam diri bagi mencari kepuasan dalam menjadi muslim dan muslimah yang istiqhomah mencari rahmat dan redha si Pencipta..


19 January 2014

::..Alahai si bawang merah,, bawang putiH..::

12:07 PM 15
..Ikhsan encik Google ye..

Assalammualaikum..

Selamat berhujung minggu..moga sentiasa berbahagia dan ceria selalu..bagi negeri yang bekerja dan bersekolah hari ini..moga terus menjalankan tugas sebaik mungkin..ada juga yang mana tidak berubah..tetap mula bekerja pada hari Isnin..ini lah masanya para ibu boleh tumpu lebih masa di dapur..memasak..bereskperimen..sambil tunggu anak pulang dari sekolah..wah..betapa terujanya si anak jejak je kaki di halaman rumah..menghidu aroma masakan air tangan ibunya..kempas kempis jantung si ibu di puji dek anak..bling sana..bling sini..hehe..

Memang dari dulu lagi..bawang merah bawang putih tu asas dalam masakan..tak gitu..dulu kecik kecik mak kita mesti kenalkan kita..ini bawang merah..ini bawang putih..ini halia..ini kunyit..ha ini batu lesung..apa lagi kasi tumbuk sampai lumat..hehe..kecuali masa belajar tu berangan..tak pun rabun tahap mengerikan..tu yang terlebih guna bawang putih..jiran sebelah pun pakai mask..maklumlah pantang buka mulut..tu belum kentut lagi..lipas lari lintang pukang nak cari oksigen..tak apalah..nak belajar mesti kena kuat semangat..tahan kena kritik..asalkan tak ada nyawa terkorban..alhamdulillah..

Kalau kita buat silap atau bermalas malasan..siapa yang tak marah..kalau ibu kita marah,,ibu angkat,ibu tiri..sesiap tegur kita..itu bukan bermakna mereka tak sayang..merajuk tu duduk tepi kolan tunggu si ikan kaloi..hehe..nyanyi la sampai hujan turun..motif?? Orang dah tak sayang..yang lagi hebat..lari dari rumah..sembunyikan diri..tak jauh pun..dalam reban ayam belakang rumah je..mentaliti kita kena ubah ok..semua orang berpotensi untuk melakukan kesalahan..yang membezakan tahap kesabaran dan keimanan saja..tak gitu..

Warna itu membantu kita untuk belajar membezakan..setiap satunya punya fungsi berbeza..rasa pastinya juga berbeza..begitu juga dalam kehidupan kita..Allah tidak menilai paras rupa kita..namun apa yang membezakan penilaian Allah itu pada kita adalah hati yang ada dalam tubuh kita..bagaimana kita mentarbiahnya agar sentiasa terhindar dari titik hitam yang sentiasa mahu menodainya..

18 January 2014

::..Penghujungnya..sandarkanlaH..::

3:40 PM 8
sumber..Google

Asalammualaikum,,

Syukur pada Allah atas nikmat yang tidak mampu kita hitung..dan tidak langsung terdaya untuk kita menidak dan menafikan..alhamdulillah..ingat ye..jangan lupa ucap syukur..tanpa izinNya mana mungkin kita boleh lakukan sesuatu itu walau hanya perbuatan atau tindakan sekecil mengenyitkan mata..hehe..jadi jangan salah gunakan sepasang mata yang cantik itu..♥

Letih,, lesu memang tidak dapat dihindar..kan buat kerja..lap itu ini..sapu sana sini..buang sawang atas bawah..susun begitu begini..ermm kalau hasilnya sampai menyilaukan mata..tak hairanlah letihnya bukan calang-calang..tak gitu..tu yang tersandar dibalik pintu..dan buka sembarangan juga bila buka stor super hebat padat dan sendatnya ye..hehe..nak masuk pastikan bateri lampu suluh sudah berganti..nak lagi elok bawa kompas takut sesat dalam stor rumah sendiri..kihkih..

Makan sama-sama,buat apapun sama..kata bestfriend..saling bergantung harap..gitu katanya..tapi dah janji juga jodoh citarasa masing-masing..hehe..taknak sama pulak..eh..iyelah siapa jodoh tukan rahsia Allah..bersiap sedia sajalah jadi insan yang baik..ganjaran juga yang terbaik..tak gitu..bila dia tak dapat jawab bila cikgu soal dalam kelas kat sekolah kita cover..bila giliran kita tak dapat jawab bila cikgu soal..sampai hati dia buat muka hamster kembung..eh..ermm satu das kita kena dengan cikgu ea..garu kepala tak berkutu..bila bestfrien bertukar badfriend..jangan marah..kita redha dan muhasabah diri sendiri ★★

Indahnya alam ini..langit dan bumi terbentang luas untuk kita merasai isinya..Allahuakbar..kasih dan sayangNya pada kita tiada batasan..Kalau kita berusaha dan kita berjaya bersyukurlah itu semua dengan izinNya..andai hari ini kita disayangi,dihormati dan disegani..itu juga hadiah daripada DIA..dan andai kita acapkali menemui kegagalan juga sering rasa disakiti., itu juga atas restuNYA..walau apa pun warnanya,rasanya dan situasinya..sandarkan segalanya padaNYA..
Setelah dahulukan doa,, usaha,, ikhtiar,, tawakkal..♡♥♡





17 January 2014

::..Masanya terbukA..::

12:47 PM 9
::..Masanya terbukA..::
Assalammualaikum..
Ya Rab..

Syukur pada Allah atas nikmat yang tidak terhitung..moga sentiasa diberi kesihatan kudrat yang baik..dan kesakitan itu bukan dugaan semata ianya tak ubah seperti sabun yang menghapus kotoran pada pakaian..baiknya Allah melalui kesakitan DIA gugurkan dosa dosa kecil kita..alhamdulillah..Jumaat ketiga ditahun baru..selamat bercuti semua..

Ada yang sentiasa menantikan hari Jumaat penghulu segala hari ini..yeyy..lompat bintang..untuk bersama ahli keluarga..berjimba jimba sampai berselisih buku lali gamaknya..hehe..seronok untuk beramal soleh..berseri seri muka..dapat menggandakan amal kebajikan..ada pulak yang muncung..eh dah kenapa..ermm malas nak pegi solat jumaat??..amboi..pergilah wahai kaum adam yang soleh..siapa pergi solat jumaat dia comel,kacak lagi wangi..hehe ♡..

Kadangkala perkara yang kita suka  lakukan itu lebih membawa kebinasaan..yang manis itu tidak semestinya nikmat ia boleh bertukar menjadi sakit yang amat..jadi kita mesti sentiasa berhati hati pada setiap tingkah dan perbuatan..terlajak dan tersilap bukan bermakna kita terus hanyut..asalkan kita kayuh bersungguh untuk kembali ke garisan permulaan..


16 January 2014

::..Terma dan syaraT..::

2:26 PM 12
from Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bakal pak mertua : kau tahu mengji Al Quran tak?solat?..
Bakal anak menantu : tahu pakcik..**hui seram misai melentik..
Bakal Pak mertua : Bagus..boleh jadi imam yang baik untuk isteri dan anak-anak..**senyum kambing..
Bakal pak mertua : Kau pandai berenang tak?..
Bakal anak menantu : pandai pakcik..**berenang katak..
Bakal pak mertua : bagus,,supaya anak pakcik tak lemas mandi di pantai bila korang pergi honeymoon..
Bakal pak mertua : kau reti memasak tak?..**boleh tumpang makan sekali..ke berkali-kali..hehe
Bakal anak menantu : reti pakcik..**idolaku chef wan..
Bakal pak mertua : bagus..senang la nak bersalin setiap tahun..meriah ramai cucu..hehe..

Masa terus berlalu..berganti tahun..corak hidup,pemikiran,pengetahuan semakin berubah..pendek kata lebih style..alhamdulillah..kalau dulu anak-anak lepasan sekolah walau bijak macam mana pun pengakhiran ke dapur juga..tidak hairan muda lagi tapi anak dah tinggi sama mak ayah bila berjalan..dulu anak belum habis sekolah orang dah masuk meminang..tapi sekarang open minded..kadangkala perkara tidak sewajarnya pun di ``open minded`` kan..eh boleh gitu..hehe..

Bakal pak mertua : awak kerja apa?betul nak kawin dengan anak pakcik?sanggup bagi hantaran tinggi?anak pakcik berjawatan,berpangkat,bergaji besar,dihormati..lulusan luar negara..
Bakal anak menantu : **biji mata terkebil-kebil,,tergolek-golek,,tersipu-sipu,,
Bakal pak mertua : sanggup?mampu?boleh?
Bakal anak menantu : Saya mencari isteri seperti Saidatina Khadijah dan Aisyah puteri Rasulullah akhlaknya,,pandai menjaga batasan auratnya,tutur katanya,mentaati Allah kerana saya yakin bila seorang wanita itu mentaati Allah..dia pasti boleh mentaati bakal suaminya..itu lebih bernilai dan tidak mampu dinilai dengan wang ringgit sekali pun..boleh pakcik?
Bakal pak mertua : **biji mata terkebil-kebil,,tergolek-golek,,tersipu-sipu,,

Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat yang dulu-dulu tu kuno..tak canggih..tak style..tak itu..tak ini..tanpa kita sedari yang dulu-dulu tu lebih berharga..lebih asli style nya..kita wajar mengikut perkembangan semasa,kecanggihan yang ada..namun kita juga mesti bijak mengasingkan antara hukum yang disyariatkan dengan hukum ciptaan duniawi..nas-nas dalam Al Quran itu sesuai sepanjang zaman,,jadi jadikan ia sebagai panduan.. J..nak masuk syurga pun ada syarat tau..hehe..