::..TelunjuK..::

sumber : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas kita hari ini..bagi mangsa bencana alam..banjir..kita bantu setakat mana termampu..paling tidak pun doakanlah agar dugaan ini segera berkesudahan..moga mereka tabah dan sabar sentiasa..ameen..

Tidak semua kita mampu menghadapi dugaan..kalau tidak masakan ada saja kes-kes yang kurang enak di dengar dan dilihat..ini bermakna tidak semua orang juga mampu mengakui kesilapan diri..sukar untuk bersikap jujur pada diri sendiri apatah pada ILAHI..padahal sedia maklum Allah itu maha mengetahui..tak gitu..sembunyilah dilubang mana sekalipun..mungkin tidak terlihat pada pandangan manusia tapi Allah..sikap suka menafi manusia sesudah melakukan itulah menjadi wabak  sengkete sebenarnya..

Kadangkala kita lebih takutkan manusia daripada Allah..ada juga tak takut azab Allah apatah lagi manusia..perasan hulk ke??bukan ke watak hulk itu pun manusia yang reka..hehehe..sentap jijah mak..ke badang..tapi kena makan muntah la pulak ye..baik makan biskut cicah air milo..woo lagi sedap..perut pun kenyang..huhu..sukar untuk kita meramal sikap manusia..mudah berubah-rubah..

Jari telunjuk kurniaan Allah itu perlu digunakan sebaiknya..bukan untuk menuding jari mencari salah dan silap orang lain..jangan kita lupa..jari jemari yang lainnya tunjuk ke arah kita,,itu bermakna berat bebanannya..mencari kelemahan diri..muhasabah sendiri dan perbaiki itu adalah yang terbaik..wassalam J
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ujian yg Allah turunkan membuka mata dan minda kita moga keimanan bertambah kukuh. Tak payah nak tuding-tuding. Tuding guna utk membaca quran labih baik haha.. Tapi yg sedih tu ditempat pemindahan banjir kakak lihat sangatlah daifnya walau perkara ni dah terjadi tiap tahun... cara dan method masih sama - sedihlah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..tunjuk pada diri sendiri..kerana diri sendiri pun tak begitu sempurnakan..hehehe..setuju kak..setiap tahun terutamanya hujung tahun musim tengkujuh pasti muncul..kerana hujannya sedikit luar biasa kak..sewajarnya kita ini bersedia terlebih awal dan terlebih dahulu..kerana kita tahu sejarah pasti kan berulang..PC sedikit terkilan kak :(

      Padam
  2. selalu sangat menuding jari pada org lain tapi kesalahan sendiri tak pernah ambil peduli

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah lumrahnya manusia dik..sebenarnya ia mampu diubah..cuma terpulang pada hati kita bagaimana untuk mentarbiahnya :)

      Padam
  3. jangan kita asyik salahkan orang lain sahaja...kita perlu muhasabah diri dan melihat diri kita juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu achik..akak setuju..tapi susah kita nak jumpa insan yang mudah mengakui kesilapan diri tanpa mengheret orang lain..moga kita tidak begitu..amin..

      Padam
  4. sikap manusia memang begitu, kadang-kadang bukan masalah dia pun, dia yang maki berbakul2.. xtahu la apa yg dia dapat dengan buat mcm tu... huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah zie..yang baik kita ikut..yang tidak baik kita abaikan..Allah melihat setiap apa yang kita lakukan..

      Padam
  5. semoga mereka dapat mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa...tak perlu menuding jari kepada sesiapa..sebaiknya, muhasabahlah diri sendiri terlebih dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..setuju sangat..bila mengambil ikhtibar maka ianya tidak akan berulang..jom kita muhasabah diri :)

      Padam
  6. Betul tu.. jangan kita menunding jari ke arah orang lain.. :-)

    BalasPadam
  7. ungkapan syahadah menggunakan jari telunjuk

    BalasPadam
  8. Kunjungan pertama rasanye ni.. salam kenal^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama