03 December 2013

::..Mudah dalam kepayahaN..::

sumber google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari ketiga dalam bulan Disember..bulan akhir tahun 2013..sangat pantas berputarnya waktu..alhamdulillah Allah berikan nikmat kesihatan pada kita semua..syukur  Ya Allah..esok dah masuk bulan Safar..rasanya seolah baru semalam kita menyambut awal Muharram..eh ramadhan dah semakin dekatlah..yang mana hutang puasa banyak hari tu..boleh la mula berdikit-dikit mengqadanya..esok lusa kita tak tahu apa akan terjadikan..moga Allah panjangkan usia kita semua..aminJ..wuuu sejuknya..masih hujan lagi..

Beberapa hari lepas..PC balik ke kampung..dalam keadaan sangat tergesa-gesa..ibu mertua dimasukkan ke wad..sebak..kalau sesuatu perkara nak berlaku..tak ada siapa mampu jangka..adakala Allah mahu menguji kita melalui orang lain..dan adakalanya juga melalui kita orang lain rasa sangat teruji kesabaran dan keimanannya..contohnya,,kadang-kadang kita lulus dari segi kewangan,,kasih sayang dan tanggungjawab..namun kita gagal dalam aspek kesabaran..simple saja..SABAR la bro..SABAR la sis..relak ok..cool..yes sokongan moral itu bagus..alhamdulillah..namun ia tidak semudah kita mengungkapkannya..tak semudah kita makan jajan rota tu ha..tak pun keropok lekor..hehehe..wah telah air liur nampak.. J

Sesuatu perkara itu akan menjadi mudah atau sukar mengikut persepsi dan tindakbalas kita sendiri..ibaratnya nak seribu usaha,,dah kalau tak nak tu pelbagai dalih la jawabnya..Allah melihat dan menilai hati kita juga..dan banyak cara bagaimana Allah mahu membentuk jiwa kita..badan letih,,hujan lebat..mata pulak mengantuk..dikejutkan pun boleh tak sedar..kalau sedar pun ala-ala ayam baru sedar dari pengsan kena tumbuk dengan musang..owhh bila sedar rasa sangat terlewat..ermmm..yakinlah ada hikmahnya mengapa Allah izinkan keadaan tersebut berlaku..yakin dengan Allah..jangan kita marah orang lain tau..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..yakinlah..yakin..


Hidup ini sekadar sementara..entah lusa entah tulat..siapa tahu ajal menjemput kita..mudahkanlan apa yang senang..dan kepayahan itu anggap ujian daripada NYA..wassalam :)

15 comments:

  1. Begitulah PC.. kehidupan kita boleh dirancang tapi qada' dan Qadar Allah kita kena redha. Ujian tetap ada. Apa yg penting sediakan apa terbaik utk bekalan di dunia dan akhirat. Usaha kena ada sebab kita memang tak tahu sampai lama mana hidup kita ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan kita ni kadangkala terlebih pada nafsu dan emosi..kerana kesempurnaan itu hanya milik ILAHI kan kak..betul kak..yang utama kita sediakan dan lakukan yang terbaik untuk bekalan ke akhirat kelak :) amin..

      Delete
  2. Allah sebaik perancangan , dia tahu yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bercakap dan berdoa yang baik-baik moga Allah beri kita kekuatan untuk menghadapi dugaanNYA..amin..

      Delete
  3. sekejap je kan dah bulan 12 kak? ya Allah .. cepat sungguh masa berlalu..banyak lagi yang belum tercapai.. Azwa doakan semoga hidup akak sentiasa sukses di bulan baru ni ya! (: ujian yang Allah datangkan pada kita tu adalah untuk mematangkan diri kita..hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahkan..dah nak masuk 2014..tak dapat realisasikan tahun ni..kita sambung tahun depan ye..insyaAllah..kita sama-sama berdoa ye supaya hajat kita Allah makbulkan..impian kita terlaksana berkat usaha doa dan tawakkal..amin :)

      Delete
  4. yup. kita merancang dengan cita-cita. tapi Allah merancang dengan cinta-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan yang terbaik itu adalah rancangan bersama cinta Allah..kerana itu penuh dengan kebaikkan :)

      Delete
  5. family zizie pun baru2 ni menghadapi musibah.. musim tengkujuh kan.. rasa xsedap hati bila tgh berjauhan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. banjir ye zie..tulah akak pun risau zie..kat Johor pon dah ada kawasan yang terlibat dengan banjir ni..moga Allah pelihara kita semua daripada sebarang musibah..amin..

      Delete
  6. Assalam, kita cuma boleh merancang..Qada' dan Qadar ditangan Nya...Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bunda..betul setuju tu bunda..Qada dan Qadar itu rukun iman..lita mesti mempercayainya..andai tidak..rosaklah keimanan kita..

      Delete
  7. mmg masa sekarang dapat rasakan begitu pantas beredar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap siang..sekejap malam..cepatnya putaran waktu atau sekadar perasaan kita saja..

      Delete
  8. itu lah kak,, banyak benda2 tak terduga berlaku dalam hidup kita . semoga ibu mertua kak cepat2 sembuh

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..