17 November 2013

::..MasanyA..::

sumber : GOOGLE


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Meriah dengan suara budak-budak..daripada yang baru pandai berlari sampailah yang dah pandai sepak bola..sangat meriah..maklumlah cuti sekolah dah pun bermula..ingat ye..cuti sekolah..bukan cuti solat..bukan cuti mengaji..nak bermain di padang kena fikir banyak kali..musim hujankan sekarang ni..kalau termakan hasutan kawan-kawan jawabnya malam tidur di dpan pintu luar rumah la ye..ha..ada berani??bagi yang dah pernah kena..memang serik walaupun kawan tu dok memujuk sakan..sorry bro..saya sayang bantal busuk saya..ecececeh..J..

Bagi ibu bapa yang bekerjaya..inilah peluang dan ruang untuk bersama anak-anak..daripada awal tahun lagi..bila rakan sekerja sakan bercuti..yang ada anak-anak..control sabar..mengenangkan anak-anak yang bakal bercuti panjang hujung tahun..inilah masanya nak bercuti..nak memberi masa yang berkualiti..nampak tak pengorbanan ibu bapa kita..esok lusa bila kita kerja..jangan kedekut cuti hantar ibu bapa kita bila mana mereka tak sihat ye..awak comel..tapi zaman PC kecik-kecik..bila cuti sekolah je..rutin pertama mengaji lebih daripada biasa muka suratnyateman arwah nenek pegi kebun petik kopi..teman je..untuk bersembang..bekal makanan mengalahkan nak pergi berkelah tepi pantai 7..8 orang nak makan..budak-budak..umpan makanan kegemaran kelabu mata..hehehe..rindu zaman tu..rindu sangat..

Jangan kita lupa pada yang masih lagi menduduki peperiksaan..kesian mereka..masih berjuang di dewan peperiksaan..kita sama-sama doakan mereka mudah menjawab soalan..pada hal dalam hati tak sabar nak join adik-adik yang dah sakan becuti..adik-adik pulak sabar je tunggu kakak,,abang habis peperiksaan..walaupun dah tamat perjuangan..jangan lupa keputusan peperiksaan juga turut dipengaruhi oleh segala tindak tanduk dan perbuatan kita..jadi kena giatkan berdoa dan berpuasa sunat serta bersolat hajat mohon agar pemeriksa lembut hati semasa menanda kertas jawapan kita..ingat tau J

Kita seronok bercuti..dalam negara..luar negara..tak kisahlah..bergantung pada rezekikan..secara tak langsung memberi rezeki pada pengusaha resort,,hotel,,homestay..warung,,restoran..apabila adanya permintaan pastinya ada penawaran..sebagai pembeli jangan kita terlalu boros..dan sebagai peniaga jangan pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan..biar sedikit namun ada keberkatannya..pastinya kita tidak terlepas dari perhatian AllahJ..selamat bercuti..

7 comments:

  1. kita kena tahu keperluan dan kehendak ..ikut priority untuk buat sesuatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..betul..barulah hidup kita teratur dan tenang.. :)

      Delete
  2. bebudak skrg, lain dh cara dorg spend waktu cuti... masa secondary school, zizie spend cuti jg anak buah... dpt la upah bulan2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sangat zie..jauh berbeza dalam segenap sudut daripada kita..hehehe..tak apalah..kalau ibu ayah bawa bercuti tu sebagai ganjaran mereka sepannjang tahun gigih belajar.. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..